Meluncur laju dengan bekalan berterusan

Ford Escape meluncur laju. Signal menunjukkan petrol berada di paras minima. Mujur terlihat papan tanda Petrol Station lagi 500m. Keresahan di hati terubat seketika. Usai tiba di salah satu pam, pemandu bergegas mahu membayar di kaunter. Namun, dia kaget, wang di dompet hanya berwarna hijau. Mata melilau mengharapkan adanya ATM berdekatan namun hampa. RM5 dihulur, mengharapkan kereta yang dipandu boleh melepasi kemampuan petrol sebanyak RM5 sahaja. Ford Escape kembali keluar menuju lebuh raya, mengharapkan keajaiban berlaku agar selamat tiba di destinasi.

***
Petrol, bahan bakar utama zaman ini, menjadi rebutan pelbagai pihak yang berkepentingan. Seakan-akan ia menjadi “nadi kehidupan”. Tanpanya, kehidupan itu sukar mungkin. 20 sen, 10 sen, biar berapapun naik harganya, pengguna tidak boleh lari daripada membelinya saban waktu. Menggunakannya seakan-akan suatu keniscayaan.
Ingin aku mengalihkan fokus entri ini kepada perihal solat.

Bacalah Kitab (Al-Quran) yang telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) danlaksanakanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar. Dan (ketahuilah) mengingat Allah (solat) itu lebih besar (keutamaannyadari ibadah yang lain). Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Al-‘Ankabut, 29 : 45

Beberapa analogi yang terkait :

1) Ford Escape = Jasad manusia
2) Petrol station = Solat
3) Wang = Hafalan Quran
4) Petrol yang diisi = Bacaan quran dalam solat / penanaman belief-system bersumberkan wahyu.

Setiap kita mungkin melaksanakan solat saban waktu. Minima 5 kali sehari semalam. Namun adakalanya, mengapa solat yang dilaksanakan tidak mampu mencegah diri daripada perbuatan yang keji dan mungkar?

Terkait ilmu psychology… Sistem kepercayaan (spiritual dimension) & emosi seseorang insan mempengaruhi hampir 90% tindakan seorang manusia berbanding intelektualnya. Seorang anak yang sempurna pancainderanya namun sering dimarahi & direndahkan ibu bapa berkemungkinan besar akan bertindak seperti orang bodoh yang lemah kudratnya dan banyak kekurangan. Berbanding dengan seorang anak yang cacat salah satu anggotanya tetapi seringkala diberi kepercayaan dan galakan oleh ibu bapa, akan tumbuh cemerlang, merentasi segala rintangan.

Seorang yang merokok, rata-rata mengetahui akibat buruk perlakuan tersebut tetapi masih meneruskan tabiatnya kerana faktor emosi yang terkait kuat dengan tabiat tersebut. Begitu juga dengan para peminum arak. Namun, ada satu kuasa yang boleh mengembalikan mereka kepada “jalan yang benar” iaitu melalui penanaman belief-system yang baru. Sebagaimana para sahabat yang sedang meminum arak, lantas menumpahkannya ke tanah tatkala datangnya perintah pengharaman arak. Begitu murninya hati mereka sehingga mampu berinteraksi dengan wahyu ilahi mengalahkan habit yang tertanam bertahun-tahun lamanya.

Seorang coach pernah mengajarku, setelah menyedari sebarang unhealthy belief-system yang ada dalam diri, cara untuk menanamkan belief -system baru yang bersumberkan wahyu ilahi adalah :

1) Relax n tenang (mode gelombang theta). Betulkan pernafasan.
2) Fikirkan dan visualisasi.
3) Repeat sehingga benar-benar mengimani kepercayaan yang baru.

Contoh unhealthy belief system
“Best makan chocolate cake  & minum CikguDrink hari-hari.Nikmat dunia, tak boleh tinggal.”

New belief system 
“Bila saya makan berlebih-lebihan, saya sebenarnya sedang membuang “sampah” dalam badan. Masalahnya “sampah” ni akan menjadi lemak dan menggemukkan diri. ”

… Makan dan minumlah, tetapi jangan berlebihan. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.

Al-‘Araf, 7 : 31

***

Menggabungkan penemuan psychology & petunjuk ilahi, dapat satu awareness hari ini. Hakikatnya, manusia berada dalam keadaan yang paling tenang, berada dalam gelombang theta tatkala dia berada di dalam solat, bercakap-cakap dengan Penciptanya. Dan sungguh, inilah waktu yang paling dahsyat dan terbaik menanamkan belief-system baru bersumberkan wahyu ilahi.
Tiba-tiba baru memahami ayat quran Al-Ankabut : 45 di atas. Now it makes sense… kenapa Allah suruh baca quran dulu, lepas tu dirikan solat. Dan tatkala kita mampu membaca ayat quran di dalam solat (kena hafal quran ok), dengan kefahaman ayat-ayat yang dibaca, nah! kita berinteraksi dengan wahyu ilahi, menanam benih-benih belief-system tersebut.. atau dalam bahasa tarbawi, menanam benih keimanan sehingga melahirkan peribadi rabbani.. Keimanan yang benar, belief system yang haq akan melahirkan seorang insan yang mahu taat dan patuh kepada Tuhan-Nya. Dan semua proses itu berlaku di dalam solat.
Analogi anekdot yang aku gambarkan pada awal entri, tatkala seseorang itu kekurangan modal, tak cukup wang, dia tidak mampu mengisi keretanya dengan petrol sebanyak mungkin meskipun dia memasuki petrol station yang sama dengan kereta-kereta lain. Ya, bagaikan seorang manusia yang kekurangan hafalan quran atau tidak peduli mencari solusi kehidupan melalui Al-Quran, meskipun dia melakukan solat, sama seperti manusia yang lain.. namun energy/kekuatan yang diperolehnya tidak sedahsyat insan-insan lain yang menanam benih-benih keimanan lewat hafalan quran yang dibaca di dalam solat, berinteraksi dengan Qalam-Nya. Sehingga nafsu itu mahu patuh dengan apa yang Rasulullah bawa..
Kuncinya :
1) Memahami bahasa arab Al-Quran.
2) Hafal Al-Quran..
dan.. baca ayat quran yang selari dengan isu kehidupan yang dihadapi ketika itu. Barulah jiwa itu segar seakan-akan mendapatkan siraman air dan baja yang mencukupi membuatkan imannya tumbuh subur, mekar menjulang..
Allah, thank you for the awareness..
Nak isi “petrol” banyak-banyak setiap kali solat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.