Tadabbur Al-Anfaal 8:2-3 “Quality checklist” keimanan yang sebenar

MKS005 008_002-003 Canvas       MKS005 008_002-003 Palette

Saya terpanggil untuk bertadabbur dengan ayat ini setelah dikongsi oleh Tuan Raja Azmi dan dirumuskan oleh Tuan Fazrul sebagai “proses dan output”. Ini adalah tadabbur yang mengambil masa paling lama untuk saya siapkan setakat ini untuk merungkai satu persoalan: ciri-ciri orang beriman yang pertama dan kedua berbunyi seolah-olah ianya di luar kawalan kita dan tidak boleh kita lakukan dengan kehendak kita sendiri. Rasa takut bukan sesuatu yang boleh kita buat-buat, ia datang sendiri dalam hati. Keimanan bukan sesuatu yang kita boleh tambah mengikut apa yang kita mahukan. Kita tiada peranan aktif yang boleh kita mainkan dalam dua ciri yang pertama.  Maknanya, kita adalah input pasif dalam proses-proses ini dan terpulang kepada Allah apa terjadi kepada kita sebagai output. Or, is it?

8 thoughts on “Tadabbur Al-Anfaal 8:2-3 “Quality checklist” keimanan yang sebenar

  • February 22, 2017 at 11:18 pm
    Permalink

    Apa maksud tuan: kita tiada peranan aktif? Dalam ayat ini, diingat nama Allah dan dibacakan ayatNya, ia akan memberi kesan pada diri. Ayat ketiga ialah aktiviti aktif untuk menjemput manfaat dari ayat 2.

    Reply
  • February 22, 2017 at 11:50 pm
    Permalink

    Izinkan saya untuk menjelaskan dengan lebih lanjut Tuan Fazrul.
    Bacaan saya daripada rangkuman kedua-dua ayat memberikan ciri-ciri orang yang benar beriman berikut:
    Ciri 1 – hatinya bergetar takut apabila diingat nama Allah: seolah-olah pasif (sebenarnya aktif)
    Ciri 2 – imannya bertambah apabila dibacakan ayat Allah: seolah-olah pasif (sebenarnya aktif)
    Ciri 3 – dia sentiasa bertawakal kepada Tuhannya (aktif)
    Ciri 4 – dia mendirikan solat (aktif)
    Ciri 5 – menginfaqkan sebahagian daripada apa yang dikurniakan Allah kepadanya (aktif)

    Ciri 1 – 3 domain nya adalah hati dan Ciri 4 -5 domain nya adalah zahir yang masih berkait rapat dengan hati.

    Focus saya adalah mencari jawapan kepada persoalan yang timbul dalam diri saya terhadap Ciri 1 dan Ciri 2, dan jawapan yang saya temui saya lakar di dalam Canvas. They are not passive after all.

    Harap tuan dapat tunjukkan jika terdapat sebarang kekeliruan. Terima kasih.

    Reply
  • February 23, 2017 at 7:00 am
    Permalink

    Assalam. Ini perbincangan kata kerja pasif dan kata kerja aktif ke?

    ذُكِرَ اللَّهُ – Ini kata kerja pasif (ada bunyi uuu_i @ u_aaa)
    وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ – Ini kata kerja aktif (sbb xde bunyi spt di atas)
    وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ – Ini kata kerja pasif
    زَادَتْهُمْ إِيمَانًا – Ini kata kerja aktif.

    Yang saya nampak, external factors (Nabi yang menyampaikan Quran, Allah yang menurunkan Quran) ditulis pasif. We don’t have the power to control. Allah yang berkehendak menurunkan Quran & menghadirkan Nabi untuk menyampaikan kepada kita. Ust Nouman pernah berkongsi ibrah penggunaan perkataan pasif. Bila Quran menggunakan perkataan pasif, fokus atau “flashlight” yang ditujukan adalah objek bukan subjek. Semua fokus kepada apa dan bukan kepada siapa. Maknanya dalam ayat ini, Allah nak fokuskan kepada “apa” iaitu Quran. Bukan siapa yang memberikan / menurunkan/ menyampaikan. The doer is not being mentioned but the “done-to” is being highlighted. Dia macam umpama kita atas stage, ada beberapa watak. Tapi tiba-tiba kat scene tu, lampu hanya fokus kepada 1 watak je. In this case the focus are Allah & ayaatihi.

    tapi, “gementar hatinya” dan “bertambah imannya”… saya tak nampak macam perkataan pasif. Maknanya its within our choice.

    ke?

    Anyway, tadabbur dengan ayat quran lain mungkin membantu untuk memahami ayat ini.

    وَالَّذِينَ اهْتَدَوْا زَادَهُمْ هُدًى وَآتَاهُمْ تَقْوَاهُمْ
    47 : 17
    Dan (sebaliknya) orang-orang yang menerima petunjuk (ke jalan yang benar), Allah menambahi mereka dengan hidayah petunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa

    Ada 2 perkataan dari kata akar yang sama tapi “keluarga sarf” berbeza.
    Ihtada dengan haada.
    ihtadau- bersungguh-sungguh ikut petunjuk (ayat aktif)
    hada – petunjuk (Allah janji nak bagi kalau orang tu bersungguh-sungguh dapatkan petunjuk.

    Reply
  • February 23, 2017 at 11:27 am
    Permalink

    Terimakasih Ayat. Jelas.

    Reply
  • February 23, 2017 at 1:07 pm
    Permalink

    Assalamu’alaikum sahabat syurga.

    Terkait ayat yang dibincangkan, terfikirkan sesuatu. Bilamana Allah menggunakan ayat pasif, Dia tidak memfokuskan kepada Si Pelaku sebaliknya kepada Apa yang dilakukan.

    Jadi, tak kisahlah siapa yang menyebut nama Allah mahupun membacakan ayat-ayat Allah. Boleh jadi si anak kecil , atau staf pekerja kita, atau orang gaji. Tak kisahlah siapapun, bilamana diri ini orang yang beriman (mukmin), terdengarkan nama Allah dan ayat-ayatNya, tidak kira dari mulut siapapun, Pasti akan bergetar hati dan bertambah iman.

    Allahu Akbar. Mendidik untuk merendahkan sayap dan tunduk pada ayat-ayat kebenaran QalamNya.

    Tambahan, perbincangan struktur ayat di atas adalah berkaitan tajuk Jumlah Shartiyyah (conditional statement). Dalam Quran memang ada struktur ayat Sebab-Akibat. Kalau begini, jadi begitu. Biasanya struktur ayat akan bermula dengan “Iza” (Mungkin & pasti berlaku), “In” (Mungkin berlaku, tapi mungkin juga tidak) atau “Lau” (Pasti takkan berlaku). Dalam ayat tadabbur kita ni, dia mula dengan “Iza”.

    Panjang pula celotehan. Al-Quran ni menarik dan amazing sangat. Maaf ya.

    #JomBlajaBahasaArabQuran

    Reply
  • February 24, 2017 at 12:26 am
    Permalink

    Terima kasih banyak Ayat dan Maryam atas komen yang diberikan, membantu saya untuk melihat ayat ini dari sudut yang lain melalui analisis ayat.

    Namun saya bukan seorang linguist, jadi pendekatan asal saya dalam mentadabbur di sini adalah sangat basic, lebih kepada apa yang saya rasa apabila diaudit dengan ciri-ciri yang diberikan.

    Pertama, saya rasa saya tidak boleh mengarahkan hati saya untuk bergetar atau rasa takut seperti mana saya boleh mengerakkan anggota badan untuk melakukan solat. Contoh yang mungkin kelakar, apabila berhadapan dengan seekor kucing saya tidak boleh kata kepada hati, “takutlah kat kucing tu” dan saya terus rasa takut. Berlainan pula kalau berhadapan dengan seekor buaya, takut itu datang sendiri. Maksudnya ada faktor luar kawal yang menerbitkan rasa takut dalam hati. Contoh yang lebih relevan dengan ayat adalah lidah saya boleh berkata, ” saya takut kepada Allah” tetapi dalam hati saya mungkin tidak wujud rasa takut itu. Jadi apa sebenarnya yang saya boleh buat supaya hati saya bergetar dan takut apabila dinggatkan tentang Allah?

    Kedua, saya juga rasa saya tidak boleh menambah iman seperti memenuhkan satu balang dengan air. Selagi balang itu tidak penuh saya boleh ambil air lagi dan tuang ke dalam balang. Dan pastinya jika saya terus menuang air ke dalamnya balang itu akan penuh terisi. Iman di hati saya turun naik, dan ada masanya usaha saya untuk menampung kebocoran iman dan menambahkannya lagi dengan amalan-amalan yang setahu saya boleh menambah iman tidak menjadi. Tidak seperti menuang air ke dalam balang yang saya pasti akan penuh jika cukup kuantiti airnya. Jadi apa sebenarnya yang saya boleh buat supaya hati saya bertambah iman apabila disebutkan ayat-ayat Allah?

    Inilah yang menyebabkan saya pada pada awalnya merasakan diri saya satu entiti yang pasif dalam Ciri 1 dan Ciri 2 yang mendorong saya untuk bertadabbur dengan ayat ini untuk mencari jawapannya. AlhamduliLlah, saya rasa saya sudah jumpa.

    Reply
  • February 24, 2017 at 8:29 am
    Permalink

    MasyaAllah. Tahniah Tn Khairul. Moga Allah berkahi usaha & amal, terus melimpahkan dengan petunjukNya.

    Alhamdulillah, kerana telah bertemu dengan jawapannya.

    Islam, agama makhluk yang berfikir. Bukan “magic” dan quran itu bukan sekadar untuk dibaca (tanpa faham) semata-mata sbg ayat penenang, jampi-jampi.

    Saya nampak 2 kata kunci yang boleh dimanfaatkan mencari jawapan.
    “Iman” dan “Hati”

    Seorang kanak-kanak yang tidak tahu/ tidak mengerti akan bahaya, akan menjadi seorang yang juga tidak takut kepada bahaya. Untuk berperasaan, ya, juga perlukan ilmu.

    Tadabbur dengan ayat lain, terkait hati yang bergetar

    “Di antara hamba-hamba Allah yang takut kepadaNya, hanyalah ulama’ ”
    Fathir, 35 : 28

    Ulama’, orang-orang yang punyai ilmu. Adakah mereka orang-orang yang ada kelulusan ijazah tinggi pendidikan agama? Mengapa ada sahaja ustaz/ustazah yang “menyelar” orang lain, bertelingkah dan menjatuhkan orang-orang lain. Tidak berakhlak seperti orang yang takut kepada Allah?

    Allah tidak menyekat nikmat Islam ini hanyalah untuk mereka yang berpeluang belajar subjek keagamaan. Ya, kita juga boleh menjadi golongan yang takut kepada Allah, jika kita berusaha mencari ilmu, memahami QalamNya.

    Mahu iman yang meningkat dengan ayat-ayatNya? Memang itu yang seharusnya dengan memenuhi syarat yang paling minimal. “Baca dengan haq.”

    “Orang-orang yang telah Kami berikan kitab, mereka membacanya sebagaimana yang sepatutnya, mereka itulah yang beriman kepadanya. ”
    Al-Baqarah, 2 : 121

    Mengapa ayat di atas tidak berhenti pada “mereka membacanya” sahaja. Mengapa ditambah “sebagaimana yang sepatutnya.”? Kerana mungkin ada manusia yang menganggap dirinya telah membaca tetapi hakikatnya, dirinya belum membaca. Umpama seorang rakyat Malaysia yang diberikan buku berbahasa perancis. Lalu dia “membaca”nya dari muka ke muka tanpa faham. Kemudian diulang lagi berkali-kali sehingga habis berkali-kali. Adakah itu “membaca sebagaimana yang sepatutnya”?

    Itu bukan membaca, itu “menyebut” (kerana belum faham). Sekadar eja.

    Dan itu yang berlaku di Malaysia (dan kebanyakan negara lain). Ramai selesa dan rasa “cukup” dengan “menyebut” Al-Quran berhari-hari tanpa rasa satu kesalahan jika tidak membaca dengan sebenar-benarnya. Sedangkan Allah menyebut dalam ayat tersebut (2:121) bahawa itulah kunci untuk beriman. Bagaimana iman boleh meningkat jika akal tidak dapat memproses dan memahami apa yang didengari?

    Alhamdulillah, kita hidup di zaman yang memudahkan kerana adanya banyak terjemahan. Dan jika berpeluang, moga-moga Allah limpahkan rezeki untuk kita, orang yang bukan Arab ini, untuk mempelajari bahasa Arab Quran yang mudah itu. Sebagaimana membaca nukilan Shakespeare berbahasa melayu tidak akan sama dengan memahami nukilan asal Shakespeare yang berbahasa Inggeris. Membaca nukilan HAMKA berbahasa inggeris tidak akan sama dengan memahami nukilan asal HAMKA yang berbahasa Melayu. Apatah lagi Al-Quran. Lost in translation. Bagaimana hati mahu bergetar dan meningkat seandainya bahasanya sahaja menjadi kekangan untuk memahami.

    ” Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Quran yang berbahasa Arab agar kamu memahami.”
    Yusuf, 12 : 2

    Sejujurnya, suatu ketika dahulu, saya pernah cemburu dengan Bangsa Arab kerana Al-Quran terpilih untuk mengambil bahasa mereka (Kitab taurat, injil, zabur, bukan berbahasa Arab. Bahasa Arab khusus untuk Al-Quran). Saya cemburu dengan orang-orang Arab pada malam Ramadhan di masjid UIA, kerana mereka dengan mudah bergetar hatinya, menangis mendengar qalamNya dalam terawih 20 rakaat. Dan saya ketika itu, entah, ke laut juga tidak mengerti bacaan quran. Menangis di dalam solat kerana tidak mengerti apa yang dibaca tok imam.

    Lalu Allah memujuk dengan QalamNya. Kerana Dia yang menjadikan Quran untuk seluruh umat manusia (2:185). Dan Dia tahu bahawa di dunia ini banyak bahasa (30:22). Lalu Dia memotivasi untuk mempelajari salah satu dari bahasa dunia ini dengan niat yang benar, iaitu untuk memahami QalamNya (12:1-2). Possible kan? Sebagaimana kita “dipaksa” dari kecil mempelajari bahasa Inggeris. Mengapa tidak mempelajari bahasa quran? Kerana itu menjadi kewajipan untuk adanya manusia yang terus menerus mengajar (3:79). Kerana ayat Al-Quran itu mudah dan dimudahkan (54:17), tidak sukar. Andai ada ayat-ayat yang tidak difahami,samar-samar, ketahuilah, itu sedikit sekali (3:7). Majoriti ayat Quran itu mudah. Kerana Quran untuk semua umat manusia. Mulakan dengan yang mudah (73:20). Tak perlu risau sehingga mahu cepat-cepat, gopoh-gapah sedangkan Allahlah yang akan mengurus itu, memasukkan ayat-ayatNya ke dalam hati kita insyaAllah (73:4 ; 75:16-19).

    Moga hati itu bergetar dengan namaNya.
    Moga iman itu meningkat dengan ayat-ayatNya.
    Kuncinya, mudah.
    Mendengar namaNya dan ayat-ayatNya dengan faham.
    Kuncinya faham.

    Dan Allah pasti akan membuka jalan (29:69) kepada mereka yang bersungguh-sungguh meniti jalanNya. Bahkan Dia Yang Maha Pemurah, akan menambah lagi petunjuk kepada kita jika kita menapak ke hadapan menuju petunjukNya. Ya, Dia yang menambah, Dia yang menambah, setelah kita memenuhi syaratNya (19:76 ; 18:13-14 ; 47:17 ). Dan syaratNya mudah, ikutilah petunjukNya dahulu. Kemudian Dia yang akan menambah petunjuk atas petunjuk.

    Dan apabila diturunkan suatu surah maka di antara mereka ada yang berkata “Siapakah di antara kamu yang bertambah imannya dengan (turunnya) surah ini?” Adapun orang-orang yang beriman, maka surah ini menambahkan lagi imannya dan mereka berasa gembira.

    Dan adapun orang-orang yang di dalam hatinya ada penyakit, maka (dengan surah itu) akan menambahkan kekafiran yang sedia ada dalam diri mereka dan mereka akan mati dalam keadaan ingkar.
    At-Taubah, 9 : 124-125

    #SayaBukanUstazah
    #RujukJawapanExpress:Corpus.quran
    #NotaCeramahDuluDuluDalamKepala
    #TadabburLevel6

    Reply
  • February 24, 2017 at 10:39 am
    Permalink

    Segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan kami kepada jalan ini, dan pastinya kami tidak akan mendapat petunjuk sekiranya Allah tidak memberi petunjukNya.

    Terima kasih Ayat. I think you beautifully nailed it.

    Dua rumusan penting yang saya dapat:
    1. Hati bergetar apabila disebutkan nama Allah apabila adanya ilmu. Maka kena ada usaha aktif untuk mencari ilmu yang membawa kepada mengenal Allah.
    2. Iman bertambah apabila ayat-ayat Al-Quran didengar dan dibaca dengan sebagaimana yang sepatutnya. Maka kena ada usaha aktif untuk memahami dan mengamalkan ayat-ayat yang didengar dan dibaca.

    Izinkan saya untuk mengambil point-point penting ini untuk saya masukkan ke dalam Palette dan Canvas sebagai penambahbaikan.

    Jzk.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.