Al-Tawbah No Surah : 9 No Ayat : 40
“Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua,ketika ia berkata kepada sahabatnya: “Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagiMaha Bijaksana.”
No Surah : 9
No Ayat : 40
🍂Tadabbur Allah
Al- Jabbar – Allah Maha Perkasa ,
Al-Hakim – Allah Maha Balasan.
🌿Peringatan
Ingat! Allah akan membantu saya dalam kesusahan kerana pertolongan Allah tanpa disangka2.
🌿Penawar
Leganya walaupun saya dalam kesusahan, Allah akan membuka hati2 maklukNya utk membantu.
🌿Petunjuk
Saya jelas walaupun dalam kesukaran yang jelas, Saya mesti berdoa, berusaha & bertawakal dgnNya.
🌿Rahmat
Ya Allah! Engkau Maha perkasa dan Maha bijaksana, bantulah aku dalam kesukaran membuat keputusan.
🍂Tadabbur Ibadat
Pertolongan Allah itu tiada batasan.
🌿Peringatan
Ingat! Walaupun kepayahan dialami, percaya Allah akan membantu.
🌿Penawar
Leganya saya sedar bahawa pertolongan Allah sebaik2Nya.
🌿Petunjuk
Saya jelas untuk meminta pertolongan dari Allah.
🌿Rahmat
Ya Allah! Aku tidak mampu untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuanku, Engkau bantulah aku
untuk selesaikan masalah yang aku alami.
🍂Tadabbur Sirrath
Jangan sedih, Allah ada
🌿Peringatan
Ingat Apa yang berlaku adalah ujian, Jangan bersedih.
🌿Penawar
Leganya saya faham Allah tidak menjadikan sesuatu tanpa sia2.
🌿Petunjuk
Saya jelas tentera dari Allah banyak, Allah membantu dari sudut yang tidak disangka2.
🌿Rahmat
Ya Allah! Engkau keluarkanlah aku dalam kegelapan yang aku tidak nampak nikmatMu.
Allahumma Aaminn