Tadabbur Tazakkur

La ilah : Sudahkah saya menafikan segala ilah?

Menafikan ilah – Al-Mumtahanah (60) ayat 4

Kalimah syahadah yang menjadi pintu masuk Islam dimulakan dengan kesaksian teguh seorang manusia menafikan segala ilah.

La ilah

Tiada ilah.

Mengapa syahadah ini dimulakan dengan kata nafi? Apakah kerana di dunia ini terlalu banyak ilah sehingga hadirnya Islam memusnahkan segala ilah yang ada lalu menegakkan bahawa satu-satunya ilah yang selayaknya disembah adalah Allah?

Ilah itu apa?

***

Pokok Islam yang didirikan dalam jiwa manusia tergantung dengan blueprint yang dipilih. Ada yang mengabdikan diri kepada Allah pada masa yang sama masih mengabdikan diri kepada selainNya seperti hawa nafsu,syaitan, dunia dan sebagainya.

“Ya, Allah Tuhan saya. Tetapi saya ada juga ‘yang lain-lain’ menjadi sumber ketaatan saya.”

Ada yang bergelumang dengan sistem yang salah (riba) meskipun masih mendirikan solat sehari semalam.

Ada yang memilih tetap dalam suasana kerja yang menghalang solat, meskipun terus meng’qadha’kannya usai pulang dari tempat kerja lewat malam.

Pohonan yang tumbuh dari akar yang “rapuh” mana mungkin menghasilkan batang yang teguh dan buah yang ranum. Andai akar iman itu sahaja bercampur baur antara ketaatan kepada Allah, pada masa yang sama juga ketaatan kepada yang lain-lain (sistem sekular, nafsu syahwat, bisikan syaitan, manusia yang jauh dari Quran), bagaimana mungkin jiwa manusia muslim itu boleh berdiri teguh.

Kerana itu syahadah dimulakan dengan membersihkan dan mencantas sehabis baik “akar-akar” pengabdian diri kepada selainNya.

Tiada ilah.

Hancurkan langsung segala objek yang menjadi sumber rezeki, perlindungan, ketenangan sehingga sanggup berkompromi dengan ketaatan kepada Allah.

Tiada ilah.

Cantas sehabisnya segala akar ketaatan kepada formula-formula mahupun kefahaman-kefahaman yang tidak selari dengan Al-Quran.

Tiada ilah.

Tiada ilah.

Tiada ilah.

Melainkan Allah.

Suburkan akar dengan QalamNya.

Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya kuat dan cabangnya (menjulang) ke langit, (pohon) itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu dengan izin Tuhannya. Dan Allah membuat perumpamaan itu untuk manusia agar mereka ingat.

Ibrahim, 14 : 24-25

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.