DAH BUAT BAIK.. adakah balasan kita SYURGA?
Secara logik akal itulah sepatutnya kedudukan seseorang yang dah beramal dengan kebaikkan. Namun dalam Al-waqiah :61 membuka satu lagi mata hati saya untuk memahami maksud Ayat.
Betapa Allah merahsiakankan di manakah penghujung hidup kita. Tugas kita selaku hamba buat sahaja apa yang Allah mahu dan tinggal apa yang Allah larang. Berdoa selagi masih berada di dunia ini.. buatlah pilihan yang baik agar mendapat Rahmah kasih sayang Allah untuk kita..
Di akhir nanti..bukan amalan yang di kira.. tetapi Rahmah dan kasih sayang Allah juga lah yang kita harapkan.
Surah Al-Fath, surah yang sangat disukai Rasulullah s.a.w, kita akan dapati manifestasi ilahi menjurus kepada maghfirah atau keampunan Allah sebagai kejayaan mutlak.