Perniagaan yang menguntungkan dunia dan akhirat
Dalam Al-Quran perkataan ‘tijarah’ bermaksud perniagaan. Dalam Islam perniagaan sangat digalakkan kerana Rasulullah adalah seorang pedagang yang berjaya.
Allah mengingatkan bahawa jangan mencontohi orang munafiq semasa menjalankan perniagaan iaitu mengambil kesesatan dan meninggalkan petunjuk, membeli kekufuran dengan keimanan.
Meninggalkan petunjuk yang Allah berikan, ia seolah-olah tidak akan mendapatkan keuntungan kerana orang munafiq memilih untuk: (Al-Baqarah: 19).
1. keluar dari petunjuk dan memilih kesesatan
2. jauhi penyatuan menuju kepada perpecahan
3. menghindari keamanan pergi kepada ketakutan
4. meninggalkan sunnah dan menuju kepada bid’ah.
Tidak akan sama akhlak seorang munafiq dan seorang muslim. Seorang muslim apabila menjalankan perniagaan Allah memerintahkan:
1. agar menulis dan merekodkan hutang untuk waktu yang ditentukan. Ini akan menguatkan transaksi dan tidak menimbulkan keraguan.
2. transaksi dilaksanakan kerana percaya akan tunaikan amanah hutang pada waktu yang telah ditetapkan
3. menulis dengan benar dan adil, tidak boleh menolak untuk menulis. Jangan sembunyikan sesuatu dan orang yang pandai menulis, hendaklak menulisnya dan beri kebaikan kepada orang yang tidak pandai menulis.
4. jika lemah akalnya hendaklah walinya melakukan imlak dengan jujur iaitu sesuatu yg dikatakan atau dibaca supaya ditulis oleh orang lain, dan direncanakan.
5. saksi diperlukan untuk validasi dan memberikan kekuatan kepada sesuatu transaksi. Saksi terdiri daripada 2 orang lelaki atau seorang lelaki dan 2 orang perempuan.
6. keperluan saksi ini kerana jika penghutang itu lupa ada seseorang yang akan mengingatkan.
7. jangan jemu menulis hutang baik kecil atau besar kerana menulis dengan kebenaran akan lebih adil, menguatkan bukti dengan tanpa keraguan. (Al-Baqarah:282)
Seorang muslim perlu menjauhkankan diri daripada hal-hal yang akan mengugat kekayaan dan jiwa manusia semasa menjalankan perniagaan. Seorang muslim perlu ingat bahawa Allah:
1. melarang memakan harta mereka dengan menjalankan perniagaan yang tidak mengikut syari’ iaitu dengan riba,berjudi, muslihat dan tipu daya.
2. menyukai muslim menjalani perniagaan seperti yang disyariatkan dengan redha antara penjual dan pembeli.
3. Menyatakan bahawan antara kesempurnaan semasa jual beli iaitu suka sama suka adalah menetapkan tempat untuk memilih barang.
Ia umpama membunuh diri sendiri jika melakukan perniagaan berkaitan dengan:
1. hal-hal yang haram
2. berbuat maksiat terhadapaNya
3. memakan harta dengan batil iaitu yang rosak, salah, palsu, tidak memenuhi syarat dan rukun, keluar dari kebenaran, terlarang atau haram menurut ketentuan agama.
Dengan ingatan Allah ini, sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang terhadap hambaNya. (An-nisa: 29). Menjalankan perniagaan itu adalah satu sunnah, Allah mengingatkan dan menawarkan kepada manusia, perniagaan yang bagaimana akan memberikan keuntungan dunia dan akhirat.
Allah mengingatkan bahawa Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada manusia yang fasik kerana mencintai kurniaanNya melebihi dari Allah, Rasul dan berjihad dijalanNya. ( At-Taubah: 24).
Siapakah yang Allah tidak akan berikan petunjuk? Rasulullah memberi peringatan bahawa Allah tidak akan berikan petunjuk kepada manusia yang sibuk dengan :
1. jual beli yang mengandungi unsur riba
2. sibuk dengan penternakan
3. rasa puas dengan hasil pertanian
Dengan kesibukan ini hingga meninggalkan jihad, maka Allah akan menimpakan kehinaan jika tidak kembali kepada Allah.
Allah menerangkan bahawa perniagaan yang tidak akan rugi ialah dengan :
1. membaca Al-Quran
2. mendirikan solat
3. memberi infaq
Dengan ibadah ini seorang muslim mengharapkan pahala dari Allah dan Allah akan menambahkan rezeki yang berlipat ganda yang tidak pernah terlintas dihati. (al-fatir:29-30)
Apa pula perniagaan yang menguntungkan? Perniagaan yang menyelamatkan diri daripada azab yang pedih dan memperolehi syurga ad’n ialah dengan : ( as-saff:10-11)
1. Beriman kepada Allah dan Rasul
2. Berjihad dengan harta dan jiwa.
Menjalankan perniagaan sesorang muslim pastinya akan sentiasa sibuk dan mudah untuk dilalaikan dengan urusan-urusan perniagaan yang dijalankan tetapi ingatlah dengan jelas bahawa janganlah seorang muslim itu terus menerus di dalam kelalaian. Allah mahu hambaNya itu mengutamakan :
1. ketaataan
2. kecintaan dan
3. keinginan terhadap Allah melebihi daripada daripada diri sendiri.
(an-nur:37)
Selain dari urusan-urusan penting yang hendak diselesaikan, seorang muslim juga mudah dipengaruhi dengan hiburan semasa menjalankan perniagaan hingga boleh melewatkan atau meninggalkan solat demi mencapai keinginan urusan dalam perniagaan. Allah sentiasa berada disamping setiap hambaNya dan disisinya jualah yang terbaik, Allah adalah pemberi rezeki maka bertawakkalah! Allah akan beri pada masa dan waktu yang telah ditetapkan.
(al-jumu’ah: 11)
Menjadi seorang muslim yang terlibat di dalam bidang perniagaan perlu melihat setiap urusannya selari dengan apa yang Allah perintahkan dan mendahulukan Allah dalam setiap urusannya. Kesibukkan yang tersusun dan memberi manfaat kepada agama akan sentiasa memperolehi petunjuk dan redha Allah.
Tahniah berSKDA Puan Ati!