Tertipu
Dia bingung.
Dia takut.
Jantung dirasakan bagai mahu terpecah-pecah
Balasan dipaparkan di depan mata.
Neraka Jahannam, melihat sahaja sudah menggerunkan.
Dia meraung.
“Mengapa saya tidak pernah diperingatkan dengan ancaman ini? Saya bukan orang jahat. Saya tidak mencuri. Saya cuma sibuk daripada belajar Al-Quran.”
Dan sesungguhnya, akan Kami isi neraka Jahannam banyak daripada kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak digunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak digunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.
Al-‘Araf, 7 : 179
Sepanjang hidup, dia berasa tenang.
Kerana dia menyangka dia bahagia dengan hidupnya.
Dia tidak mengganggu kehidupan orang lain.
Dia tidak sibuk dengan kehidupan orang lain.
Tetapi amal kebaikannya kurang.
Kurang ilmu yang disampaikan.
Kurang infaq yang dihulurkan.
Maka timbangan amal kebaikannya sangat ringan.
Lalu balasannya neraka yang kekal.
“Hey! Kenapa saya tidak pernah diperingatkan dengan ancaman ini?”
Dan barangsiapa ringan timbangan kebaikannya, maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, mereka kekal di dalam neraka. Wajah mereka dibakar oleh api neraka, dan mereka dalam keadaan muram dengan bibir yang cacat.
Al-mukminun, 23 : 103-104
Pemandangan menuju ke sekelompok yang lain.
Ringan timbangan sahaja begitu menakutkan.
Bagaimana pula dengan mereka yang bahkan langsung tidak ditimbang amalnya oleh Allah?
Tidak ditimbang langsung amalannya?
Ini menakutkan.
Allah, mengapa engkau tidak menimbang amal kebaikan kami?
“Mengapa tiada yang mengingatkan kami tentang ancamanMu ini?”
Katakanlah (Muhammad) : “Adakah perlu Kami beritahu kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya?” (iaitu) orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya. Mereka adalah orang-orang yang mengingkari ayat-ayat Tuhan mereka dan tidak percaya terhadap pertemuan denganNya. Maka sia-sialah amalan mereka, kerana Kami tidak memberikan penimbangan terhadap amalan mereka pada hari Qiamat.
Al-Kahf, 18 : 103-105
Saya ingatkan ayat ini adalah “mereka” yang kafir.
Tetapi ayat ini sebenarnya adalah “saya” yang tak nak belajar Quran lalu tak tahu apa yang Quran cakap…
Hey! Bukan semua orang Islam confirm masuk syurga ke?
Kenapa ada yang kekal dalam neraka walaupun mereka muslim?
Dan mereka berkata “Neraka tidak akan menyentuh kami kecuali beberapa hari sahaja.” Katakanlah, “Sudahkah kamu menerima janji daripada Allah sehingga Allah tidak akan mengingkari janjiNya, ataukah kamu mengatakan tentang Allah, sesuatu yang tidak kamu ketahui?”
Bukan demikian! Barangsiapa berbuat keburukan dan dosanya teah menenggelamkannya maka mereka itu penghuni neraka. Mereka kekal di dalamnya.
Al-Baqarah, 80-81
Kenapa apa yang saya faham sebelum ni lain daripada kebenaran?
Kenapa baru sekarang saya tahu kebenaran?
Kenapa saya tertipu?
“Kenapa tiada yang ingatkan saya tentang semua ni?”
Dan kebanyakan mereka hanya mengikuti sangkaan. Sesungguhnya sangkaan iu tidak berguna sedikitpun untuk melawan kebenaran. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan.
Yunus, 10 : 36
Hidup saya cool je.
Tenang.
Saya perasan saya dah jadi calon syurga.
Rupa-rupanya syurga itu mahal???
Bukan mudah nak masuk syurga??
Atau adakah kamu berfikir bahawa kamu akan masuk ke dalam syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) seperti (yang dialami) oleh orang-orang terdahulu sebelum kamu.
Al-Baqarah, 2 : 214
Dia lantas terjaga.
Mimpi rupanya.
Denyutan nadi masih laju.
Jam menunjukkan 5 pagi.
Allah, kusyukuri Engkau masih memberiku peluang hidup.
Agar dapat aku perbaiki salah silapku.
Menyelamatkan diri daripada terus tertipu.
Wahai manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutilah pada hari yang ketika itu seorang ayah tidak dapat meolong anaknya, dan seorang anak tidak dapat menolong ayahnya walau sedikitpun. Sesungguhnya janji Allah itu benar, maka janganlah sekali-kali kamu terpedaya dengan kehidupan dunia dan jangan sampai kamu terpedaya dengan penipu dalam mentaati Allah.
Luqman, 31 : 33
***
#NegativeReinforcementFromAl-Quran.
#BehaviourModification.
#BehaviouralTherapy.
#A-B-CModel