Tadabbur Tazakkur

ALLAH & PARENT???

Klik Disini untuk menonton video

~ALLAH & PARENT~

 

 

 

 

 

 

Zakri Al Haq merupakan seorang dai’ dan beliau sangat aktif dalam menyampaikan ilmu terutama sekali mentauhidkan Allah.

 

Zakri sangat sensitif dengan isu mensyirikkan Allah.

 

Isu ini boleh menaikkan darah beliau kerana Allah tu tuhan kita.

 

Of Course la!! Marah!! Lagi-;lagi orang yang macam Zakri. Dah la Dai’, tauhidkan Allah No.1 !!

 

Ketika di Masjid

 

Zakri: Ana tak faham betul lah dengan Si “TUTTTTT”. Boleh pulak dia nak menduakan Allah!! Cakap punya lah lebat!! Sembang Kuat!! Hari pun malam!! (Kenyataan Zakri terhadap seseorang yang menduakan Allah).

 

Ariff: Sabar Zakri… Ana faham dengan perasaan anta. Ini mungkin ada kesilapan orang islam juga. Contohnya, tidak memberikan pendedahan atau pun teguran kepada dia. Tugas kita sekarang perlulah mengelakkan perkara camni berlaku.

 

Zakri: …………huh!! (Tarik nafas panjang)

 

Ketika dirumah

 

Zakri baru pulang dari masjid lantas masuk ke rumah dan memberikan salam..

 

Zakri: Assalamualaikum wbt….

 

Bonda: Waalaikumusalam wbt…Balik dah nak…..Mak nak minta tolong ni….boleh tak tolong mak petang ni….anta mak ke rumah makngah…

 

Zakri: Emmm…Mak takkan..tak tau….Zakri kan tak de masa…..masjid sana sini mintak zakri bagi tazkirah ceramah….mak minta tolong adik tu…bukan wat apa pun….

 

Bonda: Nak….Adik tu bukan ada lesen pun…lagipun dia da banyak tolong mak kat umah ni…bila lagi mak nak rasa anak sulung mak ni tolong mak….

 

Zakri: Yela-yela…tapi mak kena keluar awal la…sebab Zakri ada talk petang ni….

 

Adik: Bang….syirik tu berdosa besarkan (Adiknya tahu abangnya sensitif bak syirik ni)??

 

Zakri: Yes!! Exactly!! Orang macam patut di perang!!(Emosi lebih)

Adik: Adik tadabbur dalam quran surah Al-Isra’ ayat 23….Allah berfirman “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.”

 

Abang rasa kalau tidak berbuat baik kepada ibu bapa dosa besar tak?

 

Zakri: emmmmmm…..ye….tapi syirik kepada Allah tu lagi dahsyat!!

 

Adik: Abang Allah ulang ayat ini 5x dalam Al-Quran. Benda yang sama…..Abang tak rasa ke apa yang Allah nak sampaikan kalau Allah da ulang 5x…..kalau da banyak kali ni da macam Allah nak sangat kita ambil peringatan. Itu tanda Allah sayang kita. Allah gandingkan jangan syirikkan dia dan berbuat baiik kepada ibu bapa. Betapa besarnya dahsyatnya tidak berbuat baik kepada ibu bapa sama seperti syirik kepada Allah. Ini dalam quran bang….bukan adik saja-saja buat hukum…

 

Zakri:………(terdiam sejenal) terima kasih dik….(terus ke dapur bertemu bondanya)

Mak….. Zakri minta maaf selama ini…Zakri tak berbuat baik kepada mak…ada je alasan zakri bagi kat mak…..zakri berdosa besar mak…wat mak camni….maafkan zakri mak…..maafkan zakri….

 

Bonda: Allah maha pengampun nak…..Mak maafkan anak…..

Al-Isra’ 17:23. Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

 

Allah mengganding Dia dan ibu bapa? 🤔

 

Mensyirikkan Allah adalah kesalahan ataupun dosa yang teramat serius

 

DAN!!!

 

Allah gandingkan kesalahan itu dengan berbuat baik kepada ibu bapa…..hmmmphhhh 🤔

 

Betapa seriusnya berbuat baik kepada ibu bapa sama seperti jangan sekutukan Allah…..

 

MALAH!!!

 

Allah mengulangi perkara ini sebanyak 5x dalam surah yang berbeza!!!

 

5 kali!!!

 

Ini menunjukkan Allah memperingatkan!!( Allah sayang kita)

 

Perkara ini menjadi makin serius!!

 

1!

Al-Baqarah 2:83. Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat”. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.

 

2!

An-Nisa 4:36. Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;

 

3!

Al-An’am 6:151. Katakanlah: “Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) – yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.

 

4!

Al-Isra’ 17:23. Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

 

5!

Surah Luqman:

  1. Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:” Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”.

 

  1. Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

 

Rasulullah SAW juga menekan kan Allah dan ibubapa!!

 

KESERIUSAN INI SEMAKIN HANGAT!!

 

1!

Nabi SAW. pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?” Maka mereka (para sahabat) pun menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah.” Baginda menjelaskan: “*Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa* (perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.”

(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

 

2!

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya :“*Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.*”  (Hadis riwayat al-Tirmidzi )

 

IBU ATAU BAPA DULU???

INI BUKTINYA!!

“Seseorang datang kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata: “Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti?” Nabi s.a.w. menjawab: “Ibumu!” Dan orang tersebut kembali bertanya: “Kemudian siapa lagi?” Nabi s.a.w. menjawab: “Ibumu!” Orang tersebut bertanya kembali: “Kemudian siapa lagi?” Beliau menjawab, ‘Ibumu.’ Orang tersebut bertanya kembali: “Kemudian siapa lagi.” Nabi s.a.w. menjawab: ‘Kemudian ayahmu.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Ya Allah…..Ampunilah kami…..

Engkau lembutkan hatiku ini dalam mengesakan Mu dan berbuat baik kepada kedua ibu bapa kami….

Ya Latif……

 

Aku sedar dengan peringtan Mu…..

 

Engkau sayangi aku dengan memberi petunjuk(Klu) dan peringatan….Engkau tidak jemu memperingatkan aku…….Sememangnya Engkau Maha segala-galanya……
ALLAH CHOOSE OUR PARENT FOR A REASON…Allahualiim….

One thought on “ALLAH & PARENT???

  • subhanallah hebatnya penemuan ini..

    Reply

Leave a Reply to shibrah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.