Tadabbur Tazakkur

Jangan berkawan dengan orang Musyrik!!! Siapa dia tu??

TADABBUR & TAZAKKUR AL-MA’IDAH 5:77-82

ALLAH

  1. Allah memperingatkan jangan berlebih lebihdengan cara yang salah dalam agama kerana hal ini boleh menyesatkan.
  2. Allah memberitahu juga bahawa umat terdahulu juga di laknat akibat derhaka dan melampaui batas. Mereka ini tidak mencegah malah saling tolong menolong dalam kemungkaran.  Orang ini kekal di dalam azab
  3. Orang beriman tidak akan menjadikan orang musyrik itu teman mereka begitu juga Yahudi. Dan orang Nasrani adalah orang yang paling dekat persahabatannya dengan orang yang beriman dan mereka ini tidak sombong

 

IBADAH

  1. Allah melarang kita berlebih lebih dalam beragama hingga menyesatkan
  2. Jangan terlalu mengikut hawa nafsu.
  3. Mencegah perbuatan mungkar dan tidak bersekongkol dengan orang Musyrik.

 

SIRAATH

Allah melarang kita bersahabat dengan orang Musyrik. Siapakah orang musyrik? Iaitu orang yang tidak mempercayai amalan orang beriman (kafir) malah menentang segala suruhan Allah. Mereka ini mensyirikan Allah malah lebih teruk dari Yahudi dan Nasrani.

 

PERINGATAN

Ingat! Allah tak suka kita berlebih lebih serta menokok  tambah dalam beragama hingga menyesatkan.  Saya kena sentiasa merujuk kepada guru, Al-Quran dan Hadith

 

PENAWAR

Leganya bilamana saya tahu ada panduan untuk saya dalam memilih persahabatan.   Saya harus hindari ciri ciri orang musyrik.

 

PETUNJUK

Saya sedar bahawa Allah sangat murka dalam hal Mensyirikkan Allah kerana itu dia meletakkan tiada syurga bagi mereka yang syirik dan akan di azab dengan azab yang pedih.  Saya harus terus berdoa agar tetap di jaga oleh Allah akan laluan Saya.

 

RAHMAH

Ya Allah, ampuni saya yang lemah ini dan adakala mudah sangat mengeluarkan pendapat dari akal yang singkat.  Berilah saya kefahaman akan agama mu ya Allah agar saya mudah untuk berdakwah di jalanmu.   Jadikan kami orang orang yang tetap di jalan lurusmu. Lindungi kami agar tetap berada di dalam Ihsan, Iman dan Islam. Wahai Allah Ya Karim Jalla Jallaluhu.. perkenankan doa hambamu..

 

#jomtadabburtazakkur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.