Tadabbur Tazakkur

Mukhlas

Niat asal mencari makna ikhlas. Tetapi Dia mempertemukanku dengan perkataan Mukhlas. Mukhlas itu apa ya?

Mukhlas = perkataan pasif. Orang yang dipilih Allah. Orang yang diikhlaskan oleh Allah.

Special kan?

Ikhlas, kerana Allah yang mengikhlaskan mereka.

Bagaimana nak dapat “anugerah” itu?

Di bahagian bawah disediakan ayat-ayat Quran yang mengandungi ayat mengenai mukhlas. Izinkan saya membuat konklusi daripada tadabbur ayat-ayat tersebut sebagai berikut.

Konklusi utama : Orang yang mukhlas adalah orang yang memilih ikut petunjuk dan memilih untuk mengingkari syaitan.
Orang yang mukhlas adalah orang yang melawan hawa nafsunya dan memilih Allah.
Orang yang mukhlas adalah orang yang
tak ikut orang tua yang sesat,
tak ikut masyarakat yang sesat,
tak ikut akal fikiran yang sesat.
Orang yang mukhlas adalah orang yang ikut Al-Quran, jalan yang lurus.
Orang yang dipilih Allah adalah orang yang memilih Allah.
Allah, thank you for this love notes.
  • nine times as the form IV passive participle mukh’laṣ (مُخْلَص) – diikhlaskan oleh Allah
12:24 – Nabi Yusuf yang melawan hawa nafsu berdepan dengan godaan wanita
Dan sesungguhnya, perempuan itu menghendakinya (Yusuf), Dan yusuf pun berkehendak kepadanya, sekiranya dia tidak melihat tanda (daripada) Tuhannya. Demikianlah Kami palingkannya daripada keburukan dan kekejian. Sesungguhnya di (Yusuf) termasuk hamba Kami yang terpilih.
15:39-43 – Syaitan tidak berpengaruh terhadap orang yang mukhlas
Dia (iblis) berkata “Tuhanku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di bmi, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang terpilih di antara mereka” Dia (Allah) befirman, “Ini adalah jalan yang lurus (menuju) kepada Ku. Sesungguhnya kamu (iblis) tidak berkuasa ke atas hamba-hambaKu, kecuali mereka yang mengikutimu, iaitu orang yang sesat. Dan sesungguhnya , neraka jahannam itu benar-benar (tempat) yang telah dijanjikan untuk mereka (pengikut syaitan) semuanya.
37:40 – Ganjaran buat mukhlas
Kecuali hamba-hamba Allah yang terpilih, Mereka itu memperoleh rezeki yang sudah ditentukan. Iaitu buah-buahan dan mereka orang yang dimuliakan, di dalam syurga-syurga yang penuh kenikmatan.
37 : 69-74 – Hamba-hamba Allah yang mukhlas adalah mereka yang tak ikut bapa-bapa yang mengingkari.
Sesungguhnya mereka mendapati bapa-bapa mereka dalam keadaan sesat. Lalu mereka tergesa-gesa mengikut jejak (bapa-bapa) mereka. Dan sesungguhnya, sebelum suku Quraisy, telah sesat sebahagian besar daripada orang-orang terdahulu. Kami telah mengutus (rasul) pemberi peringatan di kalangan mereka. maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang diberi peringatan itu kecuali hamba-hamba Allah yang mukhlas
37:123-128 – Hamba Allah yang terpilih adalah mereka yang memilih taqwa berbanding masyarakat yang mengingkari
Sesungguhnya Ilyas benar-benar termasuk salah seorang rasul. (Ingatlah) ketika baginda (Ilyas) berkata kepada kaumnya “Mengapa kamu tidak bertaqwa? Patutkah kamu mengabdikan diri kepada ba’la dan kamu tinggalkan (Allah) sebaik-baik pencipta. Iaitu Allah TUhanmu dan Tuhan nenek-moyangmu yang terdahulu?”Teapi mereka mendustakannya (Ilyas), maka mereka akan diseret (ke neraka) kecuali hamba-hamba Allah yang terpilih (mukhlas) 
37:149-160 Hamba Allah yang terpilih adalah mereka yang tidak bersangka-sangka dan ikut akal fikiran terbatas, sebaliknya ikut wahyu ilahi
Maka tanyakanlah (Muhammad) kepada mereka (orang-orang kafir Mekah) “Apakah anak-anak perempuan itu untuk Tuhanmu sedangkanuntuk mereka anak-anak lelaki? Atau apakah mereka menyaksikan Kami menciptakan malaikat berupa perempuan? Ingatlah, di antara kebohongannya mereka benar-benar mengatakan “Allah mempunyai anak” Dan sungguh mereka benar-benar pendusta. Apakah Dia memilih anak-anak perempuan daripada anak-anak lelaki? Mengapa dengan kamu ini? Bagaimana (caranya) kamu menetapkan? Menagapa kamu tidak  memikirkan? Atau kamu ada bukti yang jelas? (Sekiranya begitu) maka bawakanlah kitabmu jika kamu orang yang benar. Dan mereka mengadan hubungan nasab (keluarga) antara Dia (ALlah) dan jin. Sesungguhnya Jin telah mengetahui bahawa mereka pasti akan diheret (ke neraka). Maha suci Allah daripada apa yang mereka sifatkan. Kecuali hamba-hamba Allah yang terpilih (mukhlas)
37 : 167-170 Tidaklah orang yang mukhlas itu, orang yang sekadar bercakap konon beriman kepada Al-kitab tetapi realitinya mengingkari. Seharusnya membuktikannya dengan amal.
Dan sesungguhya mereka (orang kafir mekah) benar-benar pernah berkata. “Sekiranya di sisi kami ada sebuah kitab daripada (kitab-kitab yang diturunkan) kepada orang-orang terdahulu. tentu kami akan menjadi hamba Allah yang terpilih (mukhlas). Tetapi ternyata mereka menginkarinya (Al-Quran), maka kelak mereka akan mengetahui (akibat keingkarannya).
38 : 82 – Syaitan tak boleh tawan orang yang mukhlas
(Iblis) menjawab, “Demi kemulianNya, pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang mukhlas. (Allah) berfirman “Maka yang benar (adalah sumpahKu), dan hanya kebenaran itulah yang Aku katakan. Sesungguhnya Aku akan memenuhi Neraka Jahannam dengan kamu dan semua orang yang mengikutimu.”

4 thoughts on “Mukhlas

  • Bagaimana pula dengan mukhlis? Adakah sama dengan mukhlas?

    Az-Zumar 39:14

    قُلِ ٱللَّهَ أَعْبُدُ مُخْلِصًا لَّهُۥ دِينِى

    Katakanlah lagi: “Allah jualah yang aku sembah dengan mengikhlaskan amalan ugamaku kepadaNya.

    Reply
    • Maryam Musa

      Mukhlas- Isim maf’ool. Done-to. Yang dilakukan ke atasnya. Allah yang ikhlaskan dia.

      Mukhlis – Isim fa’il. Doer. Si pelaku. Dia mengikhlaskan diri.

      Sumber : Ust Nouman’s lecture.

      Reply
      • Terima kasih cik puan maryam di atas penerangan di atas.

        Reply
  • Fadhlina Zul

    Allahu Akbar … Kehebatan Allah

    keikhlasan milik Allah, sesungguhnya sebagai hamba kita memohon supaya Allah memberi ikhlas tu pada kita.
    Pengalaman dahulu apabila seorang teman berkata”ko tak ikhlas” apahal waktu tu saya rasa dah buat terbaik ternyata baru saya faham apa yg dikatakan.

    betul sebagai hamba sifat ikhlas klu kita ckp saya yang buat makna saya berbohong, sbb saya perlukan balasan. Tp bila kita ckp Keikhlasan itu milik Allah. Allahu Akbar

    Ya Allah berikan aku keikhlasan itu kerana Engkau yang membenarkan!

    Reply

Leave a Reply to Fadhlina Zul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.