Izinkan aku menjadi aku

SATU

Haish, panjang queue di lane ini.

Kebiasaannya aku akan tenang-tenang saja.

Tetapi bila ada orang di sebelah yang mula rasa tak selesa.

“Ok-ok, kita tukar lane.”

Isyarat kereta diberikan.

Selamat “mendarat” di lane yang lain.

Tak lama kemudian baru nampak jelas papan tanda di hadapan

Lalu orang yang di sebelah mula mendengus.

“Alaa… ni lane Tunai sekali la. Slow. Tadi dah ok Touch N Go”

Monolog dalaman : Tadi salah, ni pun salah.

***

DUA

En. Hamzah melihat dari tepi.

Hannah terus pantas menyalin segala nota dari trainer, risau seandainya manager melihatnya tidak bersungguh-sungguh.

Maryam pula jauh berbeza.

Tenang seperti biasa.

Nota dicatat sekali-sekala.

Lalu En. Hamzah datang menyapa.

 

“Awak dapat tangkap tak apa yang dia sampaikan?”

– “Ya, Tuan.” Maryam masih tenang.

 

Nampak riak risau di wajah En. Hamzah. Dia lega melihat kesungguhan Hannah.

 

“Sekurang-kurangnya ada staf rajin yang lain boleh cover.”

 

Selesai sesi, kedua-duanya pulang ke bilik masing-masing. Hannah tangkas menyiapkan tugasan, manakala Maryam masih duduk di kerusinya, seakan-akan berfikir-fikir.

Dan keesokan harinya, dua laporan dihulurkan.

Satu dari Hannah yang telahpun siap di awal pagi.

Satu lagi dari Maryam yang baru dihantar menjelang tengahari.

Dan En. Hamzah mendapat kejutan petang itu. Hasil kerja Maryam yang nampak tenang-tenang dan kurang rajin itu bahkan jauh lebih baik berbanding yang lain.

***

Manusia itu selayaknya hebat, sebaik-baik ciptaan. Namun, harus dipenuhi 2 syarat.

Sesungguhnya, Kami telah ciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, maka mereka akan mendapat pahala yang tidak ada putus-putusnya.

At-Tin, 95 : 4-6

Izinkan aku menjadi aku.

Tidak hidup atas piawai dan kehendak mereka dan kamu

Tidak terpenjara oleh scriptwriting manusia yang menipu.

tetapi berpegang teguh pada apa yang Dia mahu.

 

Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang di bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu daripada jalan Allah. Yang mereka ikuti hanya sangkaan semata-mata dan mereka hanyalah melakukan pembohongan.

Al-An’am, 6 : 116

 

Izinkan aku menjadi aku.

Aku yang bebas menilai dan menganalisa,

yang bijak memilih tindakan berdasarkan firmanNya.

bukan berdasarkan emosi manusia semata-mata.

… kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum, Dia mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya, dan bersikap lemah-lembut terhadap orang-orang beriman, tetapi bersikap tegas terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurniaan Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas, lagi Maha Mengetahui.

Al-Ma’idah, 5 : 54

 

Izinkan aku menjadi aku.

Aku dengan potensiku dan dirimu dengan potensimu.

Sebagai anugerah Tuhan untuk saling berprestasi

Bukan untuk saling bersaing dan berkelahi.

 

Dan janganlah kamu iri hati terhadap kurniaan yang telah dilebihkan oleh Allah kepada sebahagian kamu atas sebahagian yang lain. (kerana) bagi lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi perempuan (juga) ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan. Mohonlah kepada Allah sebahagian daripada kurnianNya. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

An-Nisa’, 4 : 32

 

Izinkan aku menjadi aku.

Aku yang fitrah, bukan bermakna hidup sesuka aku.

Aku yang mulia dengan mengabdikan diri kepadaNya.

Bukan aku yang mendabik dada, melepaskan diri daripadaNya.

 

***

 

SATU

Queue masih panjang.

Dia yang di sebelah mula berasa tidak selesa.

Mula memberi arahan untuk bersegera.

 

Namun pilihan tindakan haruslah kerana Dia dan bukan dia.

Agar tindakan tidak cuai semata-mata.

Kerana destinasi kebaikan fokus utama.

Membuahkan amal soleh tujuan utama.

 

***

DUA

Dewan training yang semakin hangat.

Hannah mahu fokus penuh kesungguhan keranaNya, atau terperangkap dalam ilusi buat-buat sibuk kerana manager memerhatikannya?

Fokus kepada apa yang imannya mahu sehingga lahir amal soleh atau fokus pada apa yang manusia mahu, sehingga terkorban potensi dirinya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.