Tadabbur Tazakkur

Blaja tangen-tangen!

Catatan ini khusus untuk adik-adik yang nak exam.
***
Zaman muda-muda dulu. Bila stress sewaktu revision week, semasa nak dekat dengan exam ingat 1 ayat ni.
“Katakanlah : DIalah Yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati.” Tetapi amat sedikit kamu bersyukur.
Al-Mulk,67 : 23
Apa kaitan ayat di atas dengan stress management buat student yang tengah mengulangkaji pelajaran?
Begini.
Walau sesusah manapun subjek yang kena studi tu. Ia tak sesusah penciptaan mata.
Walau se’complicated’ manapun formula yang cikgu ajar untuk saya dengari, ia tidak sesusah dan secomplicated penciptaan telinga.
Allah bukan suruh cipta mata & telinga tu dulu baru boleh guna.
Tak.
Tapi, Allah dah bagi free-free je. Tinggal nak guna je.
Umpama seseorang yang dah bagi kita kereta, tinggal nak drive je. Kenapa masih memilih nak jalan kaki? Tak menghargai?
Sebenarnya, saya dengan Bill Gates same je dari segi Allah yang bagi dia mata & telinga. Bill Gates guna mata dan telinga yang Allah bagi untuk menghasilkan teknologi hebat sampai jadi kaya raya. Saya pun boleh manfaatkan kehebatan ciptaan mata dan telinga Allah ini untuk kebaikan yang melimpah ruah.
Allah, mata ni hebat sangat. Apelah sangat usaha saya yang kecil ni untuk membaca dan cuba memahami ilmu-ilmu yang dipelajari. Tak setanding dengan hebatnya fungsi mata ni. huhu..
Allah, telinga ni hebat sangat. Saya boleh raih macam-macam kefahaman darinya. Boleh membuahkan idea yang macam-macam.
Subhanallah
Lupa tentang skor, tentang markah. Taknak fikir semua tu.
Yang penting, sebenarnya saya kena guna nikmat pendengaran, penglihatan dan hati betul-betul. Sebab semua nikmat tu special sangat. Special giler. Kalau Allah tarik semua nikmat tu, mana ada manusia lain yang sanggup jual dan derma kepada saya. Takde punye. Harganya tak terbayar. Mahal yang tak terbayar.
Saya malu.
Malu kat Allah. Sebab dah bagi macam-macam.
Sebab tu saya nak sungguh-sungguh baca buku guna mata ni. Bukan sebab nak skor ke apa. Tapi sebab malu kat Allah. So saya nak serius maksimumkan fungsi mata ni belajar. Macammana kalau Allah tarik nikmat mata ni semula?
Oh no!
Allah, susahnya nak belajar tanpa melihat dan mendengar…
Jangan tunggu sampai Allah tarik balik nikmat semua tu baru terfikir nak sungguh-sungguh belajar.
Pendengaran, penglihatan dan hati, semua tu pintu kepada ilmu yang luas.
Ya Aleem, kurniakanlah kami ilmu yang bermanfaat.
***
Kaunseling diri sendiri.
Heh.
***
“Blaja tangen-tangen” adalah bahasa Kayan.
Boleh teka apa maksudnya?(“,)
Belajar sungguh-sungguh !
(Bawah ni hadiah dari seseorang “berbulatan gembira” zaman muda-muda dulu. Saje nak berkongsi).

Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalam (tubuh)nya roh (ciptaan)Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur. 32:9
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur. An-Nahl, 16 : 78
Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada. 22 : 46

3 thoughts on “Blaja tangen-tangen!

  • Cutenya kakak! Terima kasih

    Reply
    • Ayat Ibrahim

      Adam boleh panggil saya makcik k 🙂

      Reply
  • siti sofiah md salleh

    inspirasi <3

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.