Tadabbur Tazakkur

Medan Graviti Negatif

MEDAN GRAVITI NEGATIF

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

Surah Al-Isra’ 17:32

Ayat ini Allah menyebut bahawa jangan “hampiri” zina..

JANGAN HAMPIRI ZINA!!

Hampiri?

Aahkan…

Allah tidak sebut jangan berbuat zina….

Sedangkan sekarang Allah sebut jangan Kau Hampiri…….

Apa pula maksud zina?

Berdasarkan ayat diatas zina adalah perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

Atau kata lain ia adalah perbuatan yang negatif dalam bahasa umum.

Berbalik kepada hampiri,

Jika dihampiri, ia seakan-akan perlahan-lahan tarik mangsanya kearah negatif.

Kerana ia mempunyai 2 elemen yang akan menarik mangsanya

وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِي ۚ إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّي ۚ إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَحِيمٌ

Dan aku tidak (menyatakan) diriku bebas (dari kesalahan), karena sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan, kecuali (nafsu) yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, Maha Penyayang.

Surah Yusuf 12:53

Elemen pertama ia dipanggil Nafsu, ia berfungsi untuk kerap menarik mangsanya kepada perbuatan negatif.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ بِالْقِسْطِ شُهَدَاءَ لِلَّهِ وَلَوْ عَلَىٰ أَنْفُسِكُمْ أَوِ الْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ ۚ إِنْ يَكُنْ غَنِيًّا أَوْ فَقِيرًا فَاللَّهُ أَوْلَىٰ بِهِمَا ۖ فَلَا تَتَّبِعُوا الْهَوَىٰ أَنْ تَعْدِلُوا ۚ وَإِنْ تَلْوُوا أَوْ تُعْرِضُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا

Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah, walaupun terhadap dirimu sendiri atau terhadap ibu bapak dan kaum kerabatmu. Jika dia (yang terdakwa) kaya atau-pun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatan (kebaikan-nya). Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu karena ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar-balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka ketahuilah Allah Mahateliti terhadap segala apa yang kamu kerjakan.

Surah An-Nisa’ 4:135

Jika mangsa nafsu tidak melawan nafsu malah tumpas dengan nafsu ia akan membawa kejalan yang sesat.

فَطَوَّعَتْ لَهُ نَفْسُهُ قَتْلَ أَخِيهِ فَقَتَلَهُ فَأَصْبَحَ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Maka nafsu (Qabil) mendorongnya untuk membunuh saudaranya, kemudian dia pun (benar-benar) membunuhnya, maka jadilah dia termasuk orang yang rugi.

Surah Al-Ma’idah 5:30

Dahsyat sekali apabila mangsa berada dalam genggaman nafsu, ia tarik mangsa untuk membunuh saudara. Apabila mangsa telah membunuh, jelas mangsa itu rugikan diri sendiri.

يَا دَاوُودُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الْأَرْضِ فَاحْكُمْ بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعِ الْهَوَىٰ فَيُضِلَّكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ

(Allah berfirman), “Wahai Dawud! Sesungguhnya engkau Kami jadikan khalifah (penguasa) di bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah engkau mengikuti hawa nafsu, karena akan menyesatkan engkau dari jalan Allah. Sungguh, orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, karena mereka melupakan hari perhitungan.”

Surah Shad: 26

Setelah mangsa sesat dari jalan kebenaran, Allah menjanjikan azab yang berat kepada mangsa kerana mangsa lupakan hari pembalasan.

قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ

(Iblis) menjawab, “Karena Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalan-Mu yang lurus,

Surah Al-A’raf 7:16

Hamba ini pula diibaratkan seperti “Pom-Pom team” sentiasa sorak untuk mangsa yang berada dalam “radius” zina. Dalam bahasa sains iblis ini adalah “catalyst”. “catalyst” ini mempercepatkan lagi proses penarikan mangsa ke arah negatif.
Bahaya juga ini, tidak cukup nafsu, ditambah pula dengan iblis.
قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ

Ia (Iblis) berkata, “Tuhanku, oleh karena Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,

Surah Al-Hijr 15:39

Ini adalah cara “catalyst” ini bekerja, mindset mangsa akan berubah bahawa apabila mereka berada dalam radius negatif, mereka rasa yang negatif itu nikmat bagi mereka sedangkan azab Allah menanti mereka.

Eh! Iblis ni….macam pasang jerat pulak! Hebat jerat mereka kerana mempunyai tarikan graviti negativiti.

وَاسْتَفْزِزْ مَنِ اسْتَطَعْتَ مِنْهُمْ بِصَوْتِكَ وَأَجْلِبْ عَلَيْهِمْ بِخَيْلِكَ وَرَجِلِكَ وَشَارِكْهُمْ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ وَعِدْهُمْ ۚ وَمَا يَعِدُهُمُ الشَّيْطَانُ إِلَّا غُرُورًا

Dan perdayakanlah siapa saja di antara mereka yang engkau (iblis) sanggup dengan suaramu (yang memukau), kerahkanlah pasukanmu terhadap mereka, yang berkuda dan yang berjalan kaki, dan bersekutulah dengan mereka pada harta dan anak-anak lalu beri janjilah kepada mereka.” Padahal setan itu hanya menjanjikan tipuan belaka kepada mereka.

Surah Al-Isra’ 17: 64
Huh!! Satu VS ramai……
Tidak terkata betapa susahnya nak keluar daripada graviti ini. Tidak cukup nafsu dan iblis, angakatan tentera iblis datang tarik sekali.
Mangsa seperti diikat dan diseret(tarik) oleh tentera. Makin laju mangsi ditarik.
Itulah sebab kenapa Allah SWT tidak memberi kita hampiri zina. Jangan terdetik sekalipun untuk dekati zina. Ye memang nikmat! Tetapi selepas itu azab menimpa diibaratkan seperti dajjal menawarkan syurga atau neraka. Jika dipilih syurga(nikmat dunia), neraka menanti(azab dari Allah SWT).

Senang cerita jika neraka itu melangit sangat.
Rujuk gamba diatas sekali. Kalau ditarik graviti sampai ketanah itu apa jadi? Anda mempunyai akal fikiran yang sihat, gunakan!

4 thoughts on “Medan Graviti Negatif

  • Maryam Musa

    Penulisan yg baik Aiman. Berada di atas kapal, mengharung laut yang dalam tidak menjadi alasan utk berTME.

    My ustaz had once told me, zina itu ibarat tarikan magnet yang mana apabila seseorang mendekatinya, dia seakan-akan tertarik dan terus tertarik menuju zina. Kerana itu manusia yg lemah itu harus keras menjauhinya agar terselamat daripada tarikan “radar” yang negatif itu.

    Bermula dengan kisah hasutan iblis terhadap moyang kita, Nabi Adam. Allah tidak melarang mereka “Jangan MAKAN buah khuldi”. Sebaliknya Dia melarang “Jangan HAMPIRI pohon ini.”

    Hanya tatkala Nabi Adam & Hawa menjamah buahnya barulah mereka dihukum Allah. Dan syaitan memang berkehendakkan itu.

    Sama-samalah kita berusaha menjauhi daripada mendekati zina di zaman yang “dahsyat” ini. Zaman yg menghampiri zina itu di hujung jari sahaja.

    Reply
    • Aiman La Yubali

      Jazakillah khairan kathiran Kak….Insha Allah….sama2 kita jangan hampiri ia……💪🏿

      Reply
    • Konsep jangan dekati, hanya ada dua (setakat pembacaan di dalam al-quran) iaitu pada perbuatan zina dan harta anak yatim.

      Allah sangat tahu, kita ini lemah. Bukan jangan buat, tapi jangan dekat.

      Terima kasih tuan aiman atas perkongsian yang menarik ini.

      Reply
      • Aiman La Yubali

        Waiyyaka…terima kasih atas satu lagi perbuatan iaitu anak yatim…agak menarik juga anak yatim tu….kemungkinan dua perbuatan ini berkait….jadi sma2 kita dalami Quran…insha Allah

        Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.