The walking dead

Terpapar di kaca televisyen, berita perarakan kanak-kanak tadika dengan maskot masing-masing. Ada yang memakai costume haiwan. Ada yang memakai costume kenderaan. Dan ada yang memakai costume zombie.

What???

Zombie??

Oh nooo….

Kids are having fun being zombies???

TV series “The walking Dead” memang mengambil tempat kebanyakan masyarakat. Penceritaan aksi manusia melawan sesama manusia demi “survival” dalam dunia yang penuh dengan zombie. Muslim yang sensitif, tidakkah merasakan yang series ini menggugah aqidah. Menafikan keimanan kepada malaikat pencabut nyawa. Menidakkan alam kubur. Menjelmakan hari kebangkitan dalam imaginasi yang sangat dangkal.

Allah itu Maha Kuasa.

Dia mampu membangkitkan manusia sempurna bahkan melalui jari-jemari mereka.

Dalam Al-Quran, beberapa petikan membawakan kisah manusia yang dibangkitkan daripada mati bertujuan membangkitkan iman.

Atau seperti orang yang melalui sebuah negeri yang (bangunan-bangunannya) telah roboh hingga menutupi (runtuhan) atap-atapnya, dia berkata, “Bagaimana Allah menghidupkan kembali (negeri) ini setelah hancur” Lalu Allah mematikannya (orang itu) selama seratus tahun, kemudian dibangkitkannya kembali. Dan (Allah) bertanya “Berapa lama engkau tinggal (di sini)?” Dia (orang itu) menjawab “Aku tinggal (di sini) sehari atau setengah hari.” Allah berfirman, “Tidak! Engkau telah tinggal seratus tahun. Lihatlah makanan dan minumanmu yang belum berubah, dan lihatlah keldaimu (yang telah menjadi tulang belulang). Dan agar Kami jadikan engkau sebagai tanda kekuasaan Kami bagi manusia. Lihatlah tulang-belulang (keldai itu), bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami membalutnya dengan daging”.  Maka ketika telah jelas baginya, dia pun berkata  “Aku mengetahui bahawa Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu”.

 Al-Baqarah, 2 : 259

 

The walking dead?

Dunia penuh scarcity.

Terlepas daripada Allah Al-Qoyyum yang mengurus alam penuh teratur.

Allah, ketika Dia berkehendak membangkitkan manusia daripada mati, Dia mampu membangkitkan mereka sempurna.

Seperti Dia yang telah menidurkan pemuda Kahfi.

Dan mengizinkan Nabi Isa menghidupkan orang yang telah mati.

Imanilah, suatu hari nanti, kita akan dibangkitkan dan bumi ini akan digantikan dengan akhirat.

(Iaitu) pada hari (ketika) bumi digantikan dengan bumi yang lain dan (demikian pula) langit, dan mereka (manusia) berkumpul menghadap Allah Yang Maha Esa, lagi Maha Perkasa.

Ibrahim, 14 : 48

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.