MERACUN

Tiga hari lepas aktiviti pagi nya diisi dengan meracun rumput yang panjangnya hampir ke lutut.Terfikir juga untuk buat ujikaji meracun di pokok keladi di parit tu.Sungguh susah untuk dicabut,sudah besar,akarnya terpasak dalam selut parit pula.Kita cuba tengak eksperimen ini berjaya atau tidak.

Selang beberapa jam hasil nya mula kelihatan.Balik je dari solat zohor ,nampak rumput rumput mula layu.

Esoknya hampir 90 peratus kawasan yang diracun itu mati sepenuhnya kecuali beberapa jenis rumput.Keladi di parit yang sebelum ini bukan main payah untuk dicabut itu pun sudah nampak tewas.Apalagi projek petang tu kita korek keladi parit.

Wah lega ,dahulunya nak korek pakai cangkul pun tak daya.Dah kene racun senang je di keruk.Syok tengok air parit yang dahulunya tersekat dengan sampah sarap kini jadi seperti sediakala.

Agaknya begitulah kita,ada masa kene racun,kene cangkul barulah kembali ke fitrah.Andaikata kita biar pokok keladi tadi lebih banyak lebih besar,silap gaya kene keruk pakai backhoe.

64;16 – OLEH ITU BERTAKWALAH PADA ALLAH SEDAYA UPAYA KAMU

Kene sungguh sungguh rupanya,cangkul sungguh sungguh,racun sungguh sungguh baru bersih kolam takwa.Baru jumpa jalan hidayah,sampai nanti lautan kemanisan iman.

One thought on “MERACUN

  • May 11, 2017 at 7:59 am
    Permalink

    Terdetik pula cerita azab….

    Bila x ikut quran…hidup ini x straight…..Allah bagi azab(racun)…barulah jalan hidup straight….senang(cabut) dah lepas tu nak kembali dan ingat Allah… 🙈

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.