Perasan

Perasan

Perasan tanpa asas yang kukuh

Perasan istimewa.

Perasan confirm masuk syurga.

“Semua yang dapat Kitab guarantee masuk syurga”

“Kita kan orang Islam, kalau buat dosa, sekejap je masuk neraka, lepas tu masuk syurga.”

***

Pagi ini, terlintas untuk membelek-belek surah Ali-Imran. Kerana seseorang pernah memberitahu bahawa surah itu sesuai untuk tadabbur trainers/guru/ulama’ kerana banyaknya kisah Ahli Kitab di dalamnya. Golongan yang punyai ilmu tetapi memilih untuk menyesatkan orang awam yang tidak tahu.

Dan diri ini dipertemukan berkali-kali dengan “golongan ummiy” di dalamnya.

Siapakah golongan ummiy?

Dulu-dulu kita pelajari bahawa golongan ummiy adalah Kafir Quraisy Mekah yang tidak tahu tulis baca. Mereka itu golongan ummiy. Buta huruf.

Tetapi, apakah definisi “golongan ummiy” di dalam Al-Quran?

Dan di antara mereka ada yang ummiy, tidak memahami Kitab kecuali hanya berangan-angan dan mereka hanya menduga-duga.

Al-Baqarah, 2:78

Agak-agak, apa yang mereka angan-angankan?

Mereka merasakan yang masuk neraka itu sekejap je. Lepas tu masuk syurga.

Dan mereka berkata “Neraka tidak akan menyentuh kami kecuali beberapa hari sahaja ” Katakanlah “Sudahkah kamu menerima janji daripada Allah sehinga Allah tidak akan mengingkari janjiNya, ataukah kamu mengatakan tentang Allah, sesuatu yang tidak kamu ketahui?” Bukan demikian! Barangsiapa berbuat keburukan dan dosanya telah menenggelamkannya maka mereka itu penghuni neraka. Mereka kekal di dalamnya.

Al-Baqarah, 2 : 80-81

Walaupun di dunia beragama Islam. Andai memilih pengingkaran, berbuat dosa berkali-kali, memilih untuk tidak taat, meskipun ada “passport Muslim”, Allah menjanjikan neraka yang selama-lamanya. Ketaatan kepada Allah itu boleh dibawa main-main?

Iblis mengakui Allah itu Tuhannya. Dia mengakui Allah penciptanya. Dan dia mengingkari. Dan dia enggan untuk taat. Dan dia ditempatkan di neraka selama-lamanya. Kalau seseorang itu mengakui Allah itu Tuhannya, kemudian memilih untuk tidak taat, sama sahajalah dengan iblis.

Mari lihat cerita orang ummiy  dalam surah Ali-Imran pula.

“Dan katakanlah kepada orang-orang yang telah diberi kitab dan ummiy “Sudahkah kamu masuk Islam?”. Jika mereka masuk Islam, bererti mereka telah mendapat petunjuk, tetapi jika mereka berpaling, maka kewajipanmu hanyalah untuk menyampaikan. Dan Allah Maha Melihat hamba-hambaNya.

Ali-Imran, 3:20

Golongan ini, setelah dapat Kitab, apa mereka buat? Buat endah tak endah. Tak nak belajar kandungannya?

Tidakkah engkau memperhatikan orang-orang yang telah diberi bahagian Kitab ? Mereka diajak berpegang pada kitab Allah untuk memutuskan (perkara) di antara mereka. Kemudian sebahagian daripada mereka berpaling sambil menolak (kebenaran). Hal itu adalah kerana mereka berkata “Api neraka tidak akan menyentuh kami kecuali beberapa hari sahaja”. Mereka terpedaya dalam agama oleh apa yang mereka ada-adakan.

Ali-Imran, 3 : 23-24.

Bayangkan, seorang pelajar yang suka main-main dan berseronok-seronok, tiba-tiba diberitahu kawannya

“Engkau jangan risaulah, cikgu tu confirm bagi kau lulus punya! Dia tak sampai hati nak failkan kau.”

Lalu keyakinan begitu membuatkan pelajar yang suka main-main terus main-main dengan hidupnya, tidak peduli belajar dan skor dalam peperiksaan.

Sekadar analogi.

Bukan untuk menyamakan.

Tetapi untuk memberikan gambaran impak negatif yang sangat besar terhadap golongan ummiy (yang tak tahu kandungan Al-Quran, sekadar teka-teka je, menduga-duga), apabila mereka memilih meyakini bahawa mereka CONFIRM masuk syurga. Kalau kena masuk neraka pun, sekejap je. Akibatnya? Endah tak endah belajar Al-Quran. Takpe tak tahu Allah cakap apa.

Rasa selamat dari azab Allah?

Sedangkan pernahkah Allah menjanjikan sedemikian rupa?

One thought on “Perasan

  • May 11, 2017 at 7:56 am
    Permalink

    Ye benar….manusia zaman sekarang pun berfikiran….
    “Ala…lek la…last2 masuk syurga jugak! Allahkan maha pemurah lagi maha penyayang!!”

    Hati2!! Engkau solat pun hari2!! Engkau tidak sedar yang 17x engkau ulang2 surah tu dah warning ⚠️ !!!

    Benar ayat 1 dan 3 cakap Allah maha pemurah lagi maha penyayang…..

    Tengok sikit ayat 4…..

    4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

    Hang pikir balik!! Hang ke Allah yang menentukan hang masuk syurga?!!

    Fikir2 lah sejenak wahai sahabat….

    Allah yang raja…Allah juga yang berkuasa…..

    Itu warning dari Allah…..

    Sila pakai cermin mata…..baru nampak hint dari Sang Pencipta…..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.