Kita pernah tak merekacipta Ayat ayat Allah????

SURAH AL-AN’AM 6:132-142

Ketika membaca AQ seperti biasa… (Requirement Group Sehari Sehelai Muka Surat dengan membaca terjemahan) saya membaca terjemahan Ayat… Tapi kali ini agak pening sebab menceritakan kisah kekuasaan Allah,  binatang, tanaman.. kenapa yang sampai besar sangat isu ini… Baca sekali … hmm.. blur.. akhirnya… pasrah.. Jomlah Tadabbur jap…

 

TADABBUR

Surah Al-an’am ini bertemakan tentang Keyakinan dan Mengesakan Allah.. maka *berkali kali Allah menunjukkan kekuasannya*.  Dalam mencakupi dari ayat 132- 142 ini.. secara ringkasnya Allah menyampaikan tentang *Keadaan Manusia* dan  2 mesej jelas di sampaikan tentang *Dugaan adalah satu Kemestian* buat manusia dan *Ketetapan yang tidak masuk akal!! (rujukan Sinopsis 114)

Allah memberitahu akan *tidak terlepas manusia itu dari kemusnahan dengan apa yang telah Manusia itu sendiri lakukan* (dengan menentang agama Allah)  Mereka bukan sahaja menentang *malah merekaciptakan akan peraturan Allah*.   Malah para pemimpin musyrikin ini pula memandang baik pula dengan perbuatan yang melampaui batas (membunuh anak mereka) dengan mengambil kisah nabi Ibrahim as.  Padahal mereka sebenarnya takut akan kemiskinan.

Tidak cukup dengan itu.. sembelihan mereka itu pula di ada adakan syarat syarat memakannya. *Allah tegur dalam ayatnya, 6:138 Allah pasti akan membalasnya dengan apa yang telah di ada adakan cerita ini*.

Allah memberitahu bahawa rugilah bagi mereka membunuh anak-anak mereka akibat dari kebodohan mereka sendiri malah mereka inilah orang-orang yang Allah biarkan dalam kesesatan.

Allah memberitahu ada makanan dan tanaman yang halal dan berkelpebagaian hasilnya. *Makanlah dan selebihnya keluarkanlah zakat* apabila memetik hasilnya.  Allah tidak suka akan berlebihan. Malah *ada binatang ternakan yang di bolehkan untuk pengangkutan dan ada untuk sembelihan.*  Maka keduanya di bolehkan.  Dan di akhir ayat ini Allah berpesan akan larangan tentang mengikuti jejak Syaitan kerana Syaitan itu musuh yang nyata.

 

 

TAZAKKUR

Ingat!! Jangan sesekali kita nampak jalan cerita di ayat ini tentang sikap umat terdahulu.  Inilah cermin kita hari ini.  Betapa ramai orang merekaciptakan tentang hukum hukum yang Nampak seperti hukum Allah..  dan akhirnya kita bertidak bodoh dalam membuat keputusan.  Allah tidak melindungi orang sebegini.. Begitu juga keadaan sekarang dimana berleluasa bilamana ada perbuatan yang salah ini di sokong pula oleh para pembesar.

 

Leganya bila mana tahu Allah dah beri petunjuk buat kita agar tidak mudah terpengaruh dengan cerita-cerita bawaan yang tidak di ketahui asal usul cerita.  Malah ini menyebabkan saya berazam untuk terus bertadabbur agar saya tidak tertipu oleh tipudaya syaitan, jin dan manusia.

 

Saya Jelas untuk bahawa manusia itu sangat mudah memberi alasan untuk keselesaan mereka hinggakan menghalalkan sesuatu dengan cara untuk keselesaan dan mengikut kehendak akal fikiran. Sedangkan Allah mengariskan aturan yang lengkap dalam Al Quran bahkan siap dengan petunjuk dan larangan agar manusia beroleh jalan yang lurus.

 

Ya Allah ampunkan saya/kami kerana sangat cetek ilmu kami.. kami hanya melihat manusia itu sebagai manusia malah adakalanya menjadi musuh kami.. kami tidak Nampak itu semua adalah kehendakmu dan aturan yang engkau berikan.  Berikanlah kami petunjuk melalui hamba-hambamu dan bukan dari kalangan mereka yang menyesatkan. Tambahlah rasa kecintaan kami kepada Musyaf hebat mu agar kami lebih mengerti pesan dan laluan hidup kami.  Wahai Allah ya Bari’ yang Fatah.. permudahkanlah urusan kami dalam mengejar syurga mu.

 

One thought on “Kita pernah tak merekacipta Ayat ayat Allah????

  • May 11, 2017 at 7:32 am
    Permalink

    Tadabbur dengan mendalam adalah sangat susah apabila iman kurang kerana hati tidak murni….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.