Redha vs pasrah
Bismillahiromanirrahim
Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
An-Nisa’,4:32
🍀Peringatan: Ingat, segala kurniaan Allah dalam bentuk harta kekayaan ,ilmu pengetahuan dan pangkat sudah ditetapkan dalam Qada dan qadar. Setiap manusia sudah dituliskan 4 perkara: antaranya maut,jodoh dan rezeki.
🍀Penawar:Alhamdulilah..bilamana semua ketentuan telah Allah tetapkan untuk saya.Tugas saya hanya menjalani kehidupan INI dengan mengikut arus dan tenang.
🍀Petunjuk: Saya jelas untuk sentiasa redha dengan takdir saya dalam erti lain redha dengan ketetapan Allah.Berbeza dgn pasrah. Pasrah tak dapat pahala. Redha insyaallah Allah bagi pahala.
🍀Rahmat: Ya Allah Ya Barr..pengatur segala hal , semuanya dalam lingkungan kuasaNya. Aturkan untukku segala kebaikan didunia akhirat dalam menuju syurgaMu..amin😍
Aamiin…..semoga sama2 kita dapat amalkan…