Tadabbur Tazakkur

TIADA v2.0

TIADA v2.0

“Untunglah Harfiz tu….hidup dia senang je….kereta ferrari merah…..rumah besar……duit banyak…..semua adalah…..senang-senang je rezeki die mengalir….berbanding dengan kita ni apalah sangat…..apa pun tak dak!”

Alhamdulillah…

Kini bersambung semula dengan tiada v2.0….

Berdasarkan keluhan hamba diatas, ia menunjukkan beliau tidak puas dengan apa yang beliau miliki atau erti kata lain beliau tidak bersyukur.

Tidakkah tuan puan tahu bahawasanya Allah:

رَبُّكُمُ الَّذِي يُزْجِي لَكُمُ الْفُلْكَ فِي الْبَحْرِ لِتَبْتَغُوا مِنْ فَضْلِهِ ۚ إِنَّهُ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا ﴿٦٦﴾؅

Tuhan kamulah yang menjalankan untuk kamu kapal-kapal di laut, supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; sesungguhnya Ia adalah Maha Mengasihani kepada kamu.
(Surah Al-Isra’ 17:66)

Telah memberikan manusia kapal-kapal di laut untuk mencari rezeki.

Eh! Ingat aku ni kaya sangat ke nak beli kapal??!!

Cuba tuan dan puan perhatikan semula,kapal..

Apakah kapal?
Satu! Kapal adalah sebuah kenderaan yang beroperasi di permukaan air.

Dua! Apakah kenderaan?
Kenderaan merupakan sesuatu benda atau mesin yang dinaiki oleh manusia untuk pergi dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Tuan puan,
Mudah tidak hendak pergi dari satu tempat lain ke tempat yang jika ada kenderaan?

Mudah!

Erti kata lain kapal-kapal yang Allah maksudkan adalah kemudahan.

Tuan puan,
Sedar atau tidak sahaja Allah berikan kemudahan untuk hambanya mencari rezeki.

Allah telah permudahkan. Bukannya Allah menyusahkan hambaNya!

Mudahkan cerita Allah hendak hambaNya bersyukur dengan segala kurniaan yang hambaNya terima.

Seterusnya, laut…

Eh! Tadi suruh naik kapal untuk cari rezeki. Sekarang ni kena pergi lau pulak?! Ingat semua manusia kena jadi nelayan ke untuk cari rezeki?!

Rezeki Allah dimana-mana…

Jika diperhatikan laut, sungguh luas dan mustahil seorang manusia dapat menjelajah setiap inci dilautan mahupun di permukaan manakan pula di dasarnya.

Laut bermaksud rezeki Allah sangat luas. Tidak! Rezeki Allah ini tiada penghabisan dan tiada penghujungnya. Terlalu banyak untuk hambanya kaut sehingga hambaNya meninggalpun rezeki tetap tidak habis.

Tuan puan,

Allah sudah berikan kapal(kemudahan), laut (rezeki yang luas). Apa lagi yang kita perlukan?

Eh! Susah nak cari rezeki! Mana cukup! Tidak cukup la… ingat mudah ke?
اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَأَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقًا لَكُمْ ۖ وَسَخَّرَ لَكُمُ الْفُلْكَ لِتَجْرِيَ فِي الْبَحْرِ بِأَمْرِهِ ۖ وَسَخَّرَ لَكُمُ الْأَنْهَارَ ﴿٣٢﴾؅
Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu; dan Ia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahNya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya).
(Surah Ibrahim 14:32)

Berdasarkan perkataan سخر ia bermaksud kemudahan malah ia juga bermaksud menundukkan.

Tidak cukup lagi ke?

Allah berikan kemudahan….
Kemudia Allah tundukkan kemudahan tersebut.
Kalaulah Allah beri sahaja kemudahan tetapi tidak menundukkan kemudahan itu. Nescaya kemudahan itu akan menolak untuk kita menggunakannya.

Jangan sangka Allah tidak memberikan kemudahan. Terlalu banyak yang Dia kurniakan.
Bukan sekadar kemudahan malah…
وَهُوَ الَّذِي سَخَّرَ الْبَحْرَ لِتَأْكُلُوا مِنْهُ لَحْمًا طَرِيًّا وَتَسْتَخْرِجُوا مِنْهُ حِلْيَةً تَلْبَسُونَهَا وَتَرَى الْفُلْكَ مَوَاخِرَ فِيهِ وَلِتَبْتَغُوا مِنْ فَضْلِهِ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ ﴿١٤﴾؅

Dan Dia lah yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut hidup-hidup, dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya; dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; dan supaya kamu bersyukur.

(Surah An-Nahl 16:14)

Laut juga Dia permudahkan, bukan sekadar permudahkan malah menundukkan laut yang sangat luas, besar, dan tidak terkawal oleh manusia.

Tuan puan,

Jika Allah tidak tundukkan laut itu, laut pun tidak terima untuk kita mencari rezeki di sana.
Tanpa Allah, tidak dapat untuk mencari rezeki.

Perhatikan semula dua ayat ini, ia sangat berkait rapat dimana Allah tundukkan kapal dan laut untuk hambaNya mencari rezeki.

Tanpa kapal tidak dapat untuk kita mencari rezeki di laut dan tanpa laut kapal tiada gunanya.

Laut itu luas fizikalnya dan dipenuhi dengan rezeki Allah SWT malah kapal juga mempunyai pelbagai saiz, Kecil, sederhana dan besar. Hebatnya! Allah menjadikan kapal itu sebesar-besar gunung.
وَلَهُ الْجَوَارِ الْمُنْشَآتُ فِي الْبَحْرِ كَالْأَعْلَامِ ﴿٢٤﴾؅

24. Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang;

Kalau dah besar kapal itu, banyak rezeki yang boleh dikaut. Sebanyak-banyaknya sehingga penuh seperti saiz gunung ganang.

BanyakNya nikmat rezeki yang Allah kurniakan.

Subhanallah….
Alhamdulillah…..
Allahuakbar…..
وَمَا يَسْتَوِي الْبَحْرَانِ هَٰذَا عَذْبٌ فُرَاتٌ سَائِغٌ شَرَابُهُ وَهَٰذَا مِلْحٌ أُجَاجٌ ۖ وَمِنْ كُلٍّ تَأْكُلُونَ لَحْمًا طَرِيًّا وَتَسْتَخْرِجُونَ حِلْيَةً تَلْبَسُونَهَا ۖ وَتَرَى الْفُلْكَ فِيهِ مَوَاخِرَ لِتَبْتَغُوا مِنْ فَضْلِهِ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ ﴿١٢﴾؅

Dan tidaklah sama keadaan dua laut (sekalipun satu jenisnya), yang satu tawar lagi memuaskan dahaga serta sesuai diminum, sementara yang satu lagi masin lagi pahit. Dan (kedua-duanya itu berfaedah kepada kamu): dari tiap-tiap satunya kamu dapat makan daging yang lembut – hidup-hidup, dan dapat pula kamu mengeluarkan benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya; (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal membelah air belayar padanya; (diadakan semuanya itu) supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurnia Allah, dan supaya kamu bersyukur.

(Surah Al-Fatir 35:12)
Rezeki-rezeki yang Allah kurniakan dapat menjana kesihatan kepada hambaNya. Tidak cukup kesihatan, Dia juga memberikan kecantikan(perhiasan) kepada tubuh badan hambaNya.
Apa lagi yang hambaNya mahukan?
Apa lagi yang hendak kamu dustakan pada nikmat yang Allah berikan!!!
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
(Surah Ar-Rahman 55:13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, dan 77)

Tak terasa seperti Allah perli ke?
Tanya hambaNya 31 kali….

Tak terasa macam Allah beri peluang ke?
Tanya hambaNya 31 kali….

Tak terasa Allah mengajar untuk bersyukur ke?
Tanya hambaNya 31 kali….

Tak terasa Allah sayangkan kita ke?
Pujuk rayu dia….
Tanya hambaNya 31 kali….

Ya Allah…..
Alhamdulillah…..
Lega aku tahu……
Engkau sayangkan hamba Mu yang hina ni…….
Sesungguh nikmat mu…
TIADA PENGHABISAN…..

Jazakallah Khairan Kathiran….

5 thoughts on “TIADA v2.0

  • Bestnya. Besarnya skop penjelasan. Sgt meaningful.sgt mudah. Tq Aiman. Moga Allah mudahkan utk dpt penjelasan begini. Subhanaallah.tq Allah

    Reply
  • Akhirnya muncul sambungan ‘tiada’. Terima kasih Aiman!

    Reply
    • Aiman La Yubali

      Hahahaha…maaf ea miss toha….sebab ambil masa…..Insha Allah….akan sambung dengan Tiada v3.0

      Reply
  • Rasa macam Aiman tengah bersyarah depan mata. Thank you Aiman.

    Reply
    • Aiman La Yubali

      You’re welcome kakak…..Alhamdulillah….doakan aiman menjadi seperti tokoh2 pendakwah seperti Tuan Fazrul…..Aamiin

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.