Al-Araf 7:38-51
Tadabbur
- Allah telah beritahu Dialog Ahli neraka yang akan mengajak yang lain bertanggungjawab menyesatkan mereka malah berlipat kali ganda.
- Allah memberitahu akan sikap ahli neraka iaitu Kejam, bengis dan sombong (HR Muslim :5092)
- Allah juga menerangkan sikap ahli syurga iaitu merekatiada dendam di hati mereka. Dan tempat mereka di bawah air yang mengalir.
- Ahli Syurga nanti akan menyeru kepada Ahli Neraka tentang apa yang telah mereka dapatkan nikmat dari Allah.
- Surah ini juga bertemakan *jangan menjadi golongan di atas pagar* Ayat 44-51 adalah mengisahkan tentang penamaan surah Al-Araf.
- Ayat 47 mengisahkan orang di atas pagar. Tidak di syurga dan tidak di neraka. Mereka di tengah tengah malah Ahli syurga dan neraka mengenali mereka yang di tempatkan di tempat yang tinggi ini.
- Dialog orang di “al-araf,syurga dan neraka” berlaku di sini. 48-50
Tazakkur
Ingat!! Allah sudah ada script untuk kita semua ketika di akhirat kelak, baik mereka yang syurga, neraka ataupun golongan atas pagar. Sunggu Al-Quran itu benar, segala penolakkan kita di dunia ini juga telah ada script yang di sebutkan dalam Quran. Saya kena tahu apakah lagi script yang Allah telah katakana.
Leganya bila tahu akan kedudukan dan situasi orang atas pagar. Saya kena teruskan mencari siapakah golongan atas pagar ini agar saya bukan tergolong di antara mereka yang duduk di atas pagar (tempat yang tinggi) mahupun neraka Allah.
Saya Jelas bahawa akhirat itu benar, dialog yang bakal di perdengarkan juga ini benar. Saya tidakmahu menjadi mereka yang memarahi ahli neraka.. saya mahu menjadi orang yang mengajak ahli Al-Araf untuk ke syurga.
Ya Allah, ampunkan kami ya Allah, kami lemah dan serba tidak tahu ya Allah dan hanya engkau yang mengetahui.. Terimakasih kerana telah engkau berikan Mukjizat ini kepada ku Ya Allah. Sungguh aku beriman dengannya dan janganlah engkau ambil nikmat ini setelah engkau berikan kepadaku. Ya Allah tuhan yang mengasihi lagi maha Agung.. limpahkanlah olehmu akan Rahmah mu akan AQ ini.. berikan kami kefahaman dalam AQ.. sungguh engkau ya Rashid ya Wahab.. terimalah permintaanku…
Aamiin