Tadabbur Tazakkur

Al-A’la Surah ke 87 (Yang Paling Tinggi)

Ia merupakan surah Peringatan untuk di Dunia

Dalam ayat ini Allah memerintahkan agar bertasbih dengan menyebut namaNYA.   Tidak cukup dengan itu satu kenyataan yang Allah berikan bahawa Ayat ayat dalam AQ ini di turunkan kepada Nabi Junjungan kita Muhammad saw di bacakan berkali kali kepadanya sehingga ia tidak lupa.  Dalam AQ juga di beritahu akan kemudahan dalam hidup bersyariat berpandukkannya.

Allah juga berfirman bahawa orang yang akur dengan perintah Allah dan temukan peringatan dalam AQ kerana ia bermanfaat dan mereka yang taat mendapat pelajaran darinya dan balasan syurga buat mereka.  Allah juga memberitahu bahawa orang yang mengingati Allah dan Solat adalah orang orang yang beruntung.

Bagi orang Kafir, mereka memang memilih kehidupan di dunia, malah mereka menjauhkan diri dari memilih jalan ke Akhirat padahal hidup di dunia ini tidak kekal dan akhirat itu kekal dan lebih baik. Mereka ini akan tinggal dalam keadaan tidak hidup dan tidak juga mati.

 

TAZAKKUR SAYA

Subhanallah… rupanya menjumpai peringatan dari Allah di Dalam Al-Quran itu adalah sesuatu yang bermanfaat buat saya.. ini sebuah janji Allah yang perlu saya akur dan terus mencari peringatan-peringatan dalam setiap ayat di dalam AQ.

Syukur kerana Allah beri sekali lagi peluang utk mentadabbur Surah ini sebagai petunjuk, rahmah, penawar dan peringatan buat saya.  Saya dapat bertadabbur dan tazakkur dengan surah ini kerana memberi satu lagi amalan iaitu untuk lebih Mengenali nama-nama Allah (asmaul Husna)

Saya juga faham dan jelas akan ayat awalan  dalam surah ini yang memberitahu, Allah sendiri memberitahu bahawa Ayat ayat dalam AQ ini di turunkan kepada Rasullullah saw dan memahatkannya di hati Rasul kami agar tidak lupa.  Ini untuk memudahkan perlaksanaan syariat dalam kehidupan di dunia ini.

Ya Allah, ampunkan saya adakala tidak istiqamah dalam mencipta kejayaan hidup saya di dunia untuk akhirat. Ya Allah, aku bermohon darimu, berikanlah kekuatan untuk aku terus mencintai dan faham akan pesan pesan mu di dalam setiap surah AQ.  Berilah aku kesempatan untuk kenal semua surahmu dalam AQ sebelum engkau menjemput aku pulang … dan tujukkanlah jalan yang lurus sepanjang aku berada tetap bersama mushafmu dan beramal dengannya… Wahai Allah ya Rahman.. Ya Rahim… ya Mujib.. perkenankanllah permintaan saya…

One thought on “Al-A’la Surah ke 87 (Yang Paling Tinggi)

  • Aiman La Yubali

    Tadabbur L7:
    Kejar dunia sahaja, Allah bagi neraka
    (Al-Isra 17:18)

    Kejar akhirat, Allah bagi balasan yg baik
    (Al-Isra 17:19)

    Kejar dua2 sekali, Allah akan berikan pertolongan.
    (Al-Isra 17:20)

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.