Ingat sampai tersengat

Bismillahiromanirahim
💐🏠💐🏠💐🏠

*Ingat* *sampai* *tersengat*

Al-Baqarah 2:83

وَإِذْ أَخَذْنَا مِيثَٰقَ بَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ لَا تَعْبُدُونَ إِلَّا ٱللَّهَ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَانًا وَذِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْيَتَٰمَىٰ وَٱلْمَسَٰكِينِ وَقُولُوا۟ لِلنَّاسِ حُسْنًا وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ ثُمَّ تَوَلَّيْتُمْ إِلَّا قَلِيلًا مِّنكُمْ وَأَنتُم مُّعْرِضُونَ

Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat *perjanjian* setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan *berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa*, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat”. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.

💐Apa *janji* kita? Menjaga mak dengan baik. Mak x punya sapa2 selain kita 6 org adik beradik ni. Yang penting dulu mak dan abah dah jaga kita semua sampai dah boleh berdikari sendiri walaupun x sempurna. Tiada yg sempurna. Manusia pasti silap. Cuma sedar atau tidak.

Al-Baqarah 2:180

كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ ٱلْمَوْتُ إِن تَرَكَ خَيْرًا ٱلْوَصِيَّةُ لِلْوَٰلِدَيْنِ وَٱلْأَقْرَبِينَ بِٱلْمَعْرُوفِۖ حَقًّا عَلَى ٱلْمُتَّقِينَ

Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada *meninggalkan harta*, (hendaklah ia) membuat *wasiat*untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa.

💐 *wasiat*apa yg mak tinggalkan utk kita? Xde😰. Bukan harta segunung, bukan kereta mewah, maupun tanah sekangkang kera..subhanallah.Adakah itu yg kita harapkan? Mak ni masih bernafas, hanya membebankan😭 tiada manfaatkan, menyusahkan..kencing sana sini..selalu buat perangai..menyusahkan cucu dan menantu..huru hara rumah tangga..nauzubillah. Kenapa itu jadi ukuran😰. Mmg kita x ingat jasa mak pada kita masa masih pakai pamper..susu badan, suka menangis, kembung perut,semput.Manusia itu mudah lupa😭

Al-Baqarah 2:215

يَسْـَٔلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَۖ قُلْ مَآ أَنفَقْتُم مِّنْ خَيْرٍ فَلِلْوَٰلِدَيْنِ وَٱلْأَقْرَبِينَ وَٱلْيَتَٰمَىٰ وَٱلْمَسَٰكِينِ وَٱبْنِ ٱلسَّبِيلِۗ وَمَا تَفْعَلُوا۟ مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٌ

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: “Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu *belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa* dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).

💐Kenapa nak berkira kebaikan pada mak?Makan pakai mak dirumah mmg tambah kos. Ekonomi pun teruk. Barang dapur pun mahal. Jadi semua x cukup😰. Allah dh sebut byk kali, harta (x kisah dlm bentuk apa;kasih syg, perhatian,brg keperluan) untuk ibu ayah dulu. Mmg anak bini suami nak tgk juga, tapi ini pun kene jenguk. Doa mak dan ayah penting utk kita berjaya dunia dan akhirat. Bukan hidup disini saja..nanti mati juga. Then apa?ke akhirat ke.😰 Di tanya semuanya apa yg kita buat. Bukan pakai mulut, anggota lain yg bercakap.

Aal-e-Imran 3:116

إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ لَن تُغْنِىَ عَنْهُمْ أَمْوَٰلُهُمْ وَلَآ أَوْلَٰدُهُم مِّنَ ٱللَّهِ شَيْـًٔاۖ وَأُو۟لَٰٓئِكَ أَصْحَٰبُ ٱلنَّارِۚ هُمْ فِيهَا خَٰلِدُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang kafir, *harta benda mereka dan anak-anak mereka, tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkan mereka dari (azab) Allah* sedikitpun, dan mereka itu ialah ahli neraka; mereka kekal di dalamnya.

💐Ya Allah, ampuni aku,maafkan aku..satukan hati2 kami dalam ikatan kasih sayang dan ketenangan. Sesungguhnya kami tahu anak2 dan harta x bisa membawa kami ke syurga Mu kecuali digunakan dgn cara yg baik. Anak2 yg soleh. Harta dibelanjakan kpd yg hak.Bagaimana nak anak soleh,jika ibuayah pun x soleh?😭.
Saya bukan ustazah,tetapi cukup menyampaikan utk diri dan insan yg disayangi.

3 thoughts on “Ingat sampai tersengat

  • June 2, 2017 at 2:17 pm
    Permalink

    Allah berkait rapat dengan ibu bapa…
    Jangan sembah selain Allah dan berbuat baik dengan ibubpa…5x diulang dalam quran….

    Reply
  • June 3, 2017 at 6:52 pm
    Permalink

    Allah, Sang Pencipta, Pentadbir, Pemberi rezeki . Dia yang paling banyak berjasa kepada kita. Dan Dia ghaib, tidak nampak dek penglihatan.

    Ibu bapa adalah yang ke-2 paling banyak berjasa kepada kita. Dan ibu bapa, kita nampak. Kalau dengan ibu bapa yang nampak dengan deria ini pun sulit untuk kita menzahirkan rasa kesyukuran dengan pengorbanan,
    mesti lebih sulit untuk bersyukur kepada Dia yang ghaib?

    Mak, abah, maafkan saya

    Reply
    • June 4, 2017 at 8:36 am
      Permalink

      Semoga Allah merahmati kedua ibu bapa…didunia dan akhirat…Aamiin

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.