ALLAH ATAU MANUSIA? v2.0

Allah atau manusia? V2.0
By: Ustazah Ayat Ibrahim

Ibarat pintalan urat yang berselirat lalu dipaksa diurut dan diuraikan satu persatu.

Sakit bukan?

Isteri yg selama ini bergantung harap rezeki, nafkah, emosi dan lain-lain tiba-tina diuji utk dilepaskan, meluruskan aqidahnya kembali kepada Rabb.

Anak yg selama ini bergntung harap, perlindungan, belas kasih terhadap ibu bapa tiba-tiba diuji dengan kehilangan, dipaksa untuk kembali berharap hanya kepada rabb.

Pekerja yg selama ini bergntung harap dan rezeki daripada majikan tiba-tiba diuji dengan majikan yang tidak amanah, memutarbelit haknya, memaksa untuk kembali berharap hanya kepada Rabb.

Teman sekerja yg selama ini bergntung harap bantuan dan sokongan emosi tiba2 enggan berkerjasama & bertoleransi, memaksa diri untuk kembali tawakal kepada Nya, memohon pertolonganNya setiap ketika.

Seorang yg berketrampilan, berpotensi luar biasa tiba-tiba diuji ditarik nikmat pancaindera, memaksa untuk kmbali berharap hanya kepada Nya.

Mensucikan Allah.
Mengesakan Allah.

Membicarakannya tidak semudah mengamalkannya. Tiba saat diuji baru tahu senipis apa iman & aqidah. Baru tahu langit itu tinggi atau rendah.

Bicara soal perceraian, bukan soal perkara kecil. Terlerainya mitsaqan ghalizan. Sehinggakan diperuntukkan satu surah khusus utknya. Surah Ath-Thalaq. Di dalamnya terselit bicara penuh cinta Rabb kpd hambaNya yg jatuh trduduk hilang sumber pergantungan. Dan Dia memujuk penuh rahmat.

(فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمْسِكُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ أَوْ فَارِقُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ وَأَشْهِدُوا ذَوَيْ عَدْلٍ مِنْكُمْ وَأَقِيمُوا الشَّهَادَةَ لِلَّهِ ۚ ذَٰلِكُمْ يُوعَظُ بِهِ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا)
[Surat At-Talaq 2]

Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara yang baik; dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; *dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),*

(وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ ۚ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا)
[Surat At-Talaq 3]

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

***

Buat kamu yg diuji. Renunglah bicara Tuhan teristimewa untukmu. Tatkala terlepasnya pergantunganmu daripada  makhluk, Dia ada untuk mencukupimu dari arah yg tidak disangka-sangka.

#tadabburtazakkur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.