Cinta Teledor
Cinta Teledor
Tangisan air mata yang lalai ini merupakan pembaziran buat diri ini.
Sesungguhnya ia tiada nilai dalam kebaikan malah ianya perkara yang teledor.
Hanyut mengingati dan memuja ia sebelum ini.
Malam terkenang akan teledoran ini.
Sangkakan telah tinggalkan telerdoran ini tetapi tidak.
Apakah yang masih membuatkan diri ini masih mengingati teledoran ini?
Bagaimana untuk diri ini atasi teledoran ini?
Dimanakah cinta hakiki?
Yang nyata?
Yang benar?
Yang Lurus?
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَتَّخِذُ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَنْدَادًا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللَّهِ ۖ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ ۗ وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُوا إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا وَأَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ ﴿١٦٥﴾
(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).
(Al-Baqarah 2:165)
Cinta hakiki masih tidak dibina kerana alpa dengan akhirat kelak malah ia berlaku zalim terhadap cintanya yang hakiki.
Betul apa yang cinta hakiki katakan bahawa ini adalah sifat semula jadi iaitu alpa.
۞ وَإِذَا مَسَّ الْإِنْسَانَ ضُرٌّ دَعَا رَبَّهُ مُنِيبًا إِلَيْهِ ثُمَّ إِذَا خَوَّلَهُ نِعْمَةً مِنْهُ نَسِيَ مَا كَانَ يَدْعُو إِلَيْهِ مِنْ قَبْلُ وَجَعَلَ لِلَّهِ أَنْدَادًا لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِهِ ۚ قُلْ تَمَتَّعْ بِكُفْرِكَ قَلِيلًا ۖ إِنَّكَ مِنْ أَصْحَابِ النَّارِ ﴿٨﴾
Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Tuhannya dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya; kemudian apabila Allah memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) daripadaNya, lupalah ia akan segala bahaya yang menyebabkannya merayu kepada Allah sebelum itu dan ia pula menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah, untuk menyesatkan dirinya (dan orang lain) dari jalan Allah. Katakanlah (kepadanya): “Bersenang-senanglah engkau dengan kekufuranmu itu bagi sementara, sesungguhnya engkau dari penduduk neraka.
(Az-Zumar 39:8)
Betul!
Dahulu tidak dapat cinta teledor, bersungguh-sungguh meminta pertolongan dari cinta hakiki untuk mengejar cinta teledor kerana tidak sedar bahawa cinta teledor tampak nyata dimata kasar berbanding cinta hakiki.
Ya!
Ternyata dapat apa yang diminta dan cinta hakiki ditinggalkan.
Secara benarnya cinta teledor adalah jalan yang penuh dengan kegelapan seperti masuk kedalam gua gelap gelita dan tiada jalan keluar serta buta dengan kebenaran dan cahaya yang hakiki.
Seronok berada didalam sana kerana telah buta, sedangkan itu semua hanyalah sementara.
Sedar tidak sedar perjalanan didalam gua itu adalah siksaan yang menanti.
Kenapa begini diri?
Mengapa begini?
Sedarlah…..
يَا أَيُّهَا الْإِنْسَانُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ الْكَرِيمِ ﴿٦﴾
Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu – (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? –
(Al-Infitaar 82:6)
الَّذِي خَلَقَكَ فَسَوَّاكَ فَعَدَلَكَ ﴿٧﴾
Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya;
(Al-Infitaar 82:7)
Mudahnya terpedaya dengan cinta teledor ini.
Sedangkan cinta hakiki sentiasa membuat diri kuat dan gagah. Lupakan Dia yang sentiasa memberi sokongan kekuatan tika suka dan duka.
أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ ﴿١﴾
Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), –
(At-Takaathur 102:1)
Ini semua kerana diri ini terlalu seronok bersama cinta teledor dan duniawi. Megahnya bersama cinta teledor dan cinta hakiki makin dilupakan.
Semakin jauh diri ini dihanyut. Diri masih tidak sedar bahawa cinta hakiki tetap setia bersama dan menegur untuk kembali.
Masih tidak puas dengan apa yang ada bersama cinta teledor. Meminta-minta lagi pada si cinta hakiki dengan berlebih-lebih!
وَإِذَا مَسَّ الْإِنْسَانَ الضُّرُّ دَعَانَا لِجَنْبِهِ أَوْ قَاعِدًا أَوْ قَائِمًا فَلَمَّا كَشَفْنَا عَنْهُ ضُرَّهُ مَرَّ كَأَنْ لَمْ يَدْعُنَا إِلَىٰ ضُرٍّ مَسَّهُ ۚ كَذَٰلِكَ زُيِّنَ لِلْمُسْرِفِينَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ﴿١٢﴾
Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia ditimpa Kami (dalam segala keadaan), sama ada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan.
(Yunus 10:12)
Minta berlebih-lebih dan dapat apa yang dipinta kerana cinta teledor. Penghargaan kepada cinta hakiki masih tiada. Sikap yang dahulu berulang kembali. Mudahnya cinta hakiki dilupakan. Diri ini semakin melampau.
كَلَّا إِنَّ الْإِنْسَانَ لَيَطْغَىٰ ﴿٦﴾
Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),
(Al-Alaq 96:6)
أَنْ رَآهُ اسْتَغْنَىٰ ﴿٧﴾
Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.
(Al-Alaq 96:7)
Sememangnya melampaui batas kerana sentiasa rasa puas dengan apa yang dimiliki(cinta teledor) sedangkan diri ini pasti akan kembali kepada cinta hakiki.
Sekali cinta hakiki merasakan kelampaun pada diri ini. Dia tarik semula semua yang diberikan. Senang sekali cinta teledor itu mengkhianati diri ini kerana sudah tiada apa-apa. Kosong sahaja yang ada pada diri ini. Mulalah diri ini berkeluh kesah apabila menjadi fakir dari segala-galanya.
إِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوعًا ﴿٢٠﴾
Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah;
(Al-Maarij 70:20)
لَا يَسْأَمُ الْإِنْسَانُ مِنْ دُعَاءِ الْخَيْرِ وَإِنْ مَسَّهُ الشَّرُّ فَيَئُوسٌ قَنُوطٌ ﴿٤٩﴾
Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan. Dan kalau ia ditimpa kesusahan maka menjadilah ia seorang yang sangat berputus asa, lagi sangat nyata kesan putus harapnya (dari rahmat pertolongan Allah).(Fusilat 41:49)
Setelah ditinggalkan dan dikhianati cinta teledor, mulalah merasakan hidup ini tiada guna dan harapan. Lahirnya putus asa dalam diri yang hina dan sememangnya hina dari awal lagi kerana lupa siapakah cinta hakiki.
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَا يَسْمَعُونَ بِهَا ۚ أُولَٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ ﴿١٧٩﴾
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
(Al-Araf 7:179)
Selama ini hati diri ini gelap kerana tidak memahami cinta hakiki, tidak pandang cinta hakiki dan tidak mendengar kata-kata cinta hakiki. Sememangnya diri ini pun TELEDOR.
#tadabburtazakkur
Pengabdian itu hadir dgn rasa cinta. Tidak terpisah. Seorang yg mencintai seorg yg lain akan sanggup berbuat apa2 bg memenangi hatinya.
Dan bagaimana dgn seorg hamba yg kuat beribadah namun tatkala berhadapan dgn larangan Allah, dia lantas melanggarnya? Cinta kpd hawa nafsu mengakibatkan pengabdian. Meskipun pd masa yg sama, turut mengakui hamba Ar-Rahman?
Bilamana cinta hawa nafsu melebihi cinta kpd Tuhan.
Kerana cinta, memerlukan perkenalan.
Sudahkah mengenali Tuhanmu?
Bagaimana mungkin mencintai zat yg tidak dikenali.
Bagaimana utk taat kpd perintah tatkala tidak mengenali yg memberi perintah.
P/s Aiman, jom khatam blajar asmaul husna (buku prof Ratib Nabulsi best sbb dia pentafsir quran. So content asmaulhusna dia semua based on ayat quran. Dan buku tafsir dia cenderung tqdabbur alam. Mcm HAMKA plak hehe)
Nak join jugak.
Jom kak wan!!
Insha Allah…jom….💪🏼