LeGards

Legacy Garden(LeGards)

Sesi Sua beringat dan sambutan hari raya LeGards di rumah Puan Fathiah. Jazakillah khayran kathiran Puan Fathiah. Semoga Allah merahmati perjuangan mu.
Tidak lupa juga kepada Tuan Fazrul Ismail dan ustaz Harfiz yang memberi nasihat dan sokongan dalam perjuangan ini serta kepada Encik Raja Azmi (Pengerusi LeGards) dan Puan Hayati (Timb.Pengerusi LeGards) yang banyak berusaha dalam perjuangan ini. Terima kasih juga kepada ahli-ahli LeGards tanpa mu siapakah kita semua.
Semoga perjuangan LeGards sentiasa berpandukan jalan Allah SWT.
Kami juga berharap akan dapat bantuan dan sokongan daripada semua pihak.
Bersama kita membina kebun-kebun disyurga biarpun kita tidak mampu berkebun di dunia.
Lebih baik jika kita berkebun didunia dan akhirat. Sesungguhnya Allah SWT akan sentiasa membantu kedua-duanya sekali.
(Petikan Surah Al-Israa 17:18-20)

Insha Allah, LeGards akan meneruskan perjuangan dalam pendidikan.

Dimana pendidikan merupakan kemahiran terpenting dalam Al-Quran.
Terciptanya Adam dan kemahiran pertamanya adalah belajar (Al-Baqarah 2:31)
Nabi pertama.

Dan Rasulullah! Wahyu pertamanya!!
Iqra!!
(Al-Alaq 96:1)

Mengapakah pendidikan itu penting?!!
Siapakah yang sebenarnya menyuruh semua menuntut ilmu?!!

Lain tak bukan jika….

عَلَّمَ الْقُرْآنَ ﴿٢﴾؅
2. Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.
(Ar-Rahman 55:2)

Betapa sayangnya Dia kepada ciptaanNya.
Sentiasa mengajar ciptaannya agar belajar dan mendidik.

Tidak lupa juga untuk beramal dengan ilmu.

Kerana untuk memperoleh jalan yang lurus adalah dengan mempunyai ilmu dan beramal agar kita dapat jalan yang diberikan nikmat!! Bukan jalan yang dimurkai Allah!! Dan bukan jalan yang sesat!!
(Surah Al-Fatihah 1:1-7)

follow FB LeGards:

Legacy Gardens

#LeGards
#2xkebun
#tadabburtazakkur
#biarpunberulangulang

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.