Tadabbur Tazakkur

SANG AWAN DAN POHON

SANG AWAN DAN POHON

 

20 Jun 2017(Selasa) dan 28 Julai 2017 (Jumaat), berlangsungnya program perkongsian pengalaman dan motivasi daripada bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara Tun Ghazali Shafie(TGS) ataupun dikenali sebagai Anak Sains Mara (ANSARA) Tun Ghazali Shafie(TGS). Fasilitator program ini telah dijemput oleh Guru Kaunselor MRSM TGS, Norhayati binti Abdul Wahab untuk kongsikan pengalaman mereka dan motivasi kepada bakal calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) agar mereka dapat melonjakkan semangat calon SPM untuk menghadapi peperiksaan akan datang. Fasilitator yang terlibat adalah seramai 18 orang. Berikut adalah nama para fasilitator yang terlibat:

 

Program 20 Jun 2017:

  1. Muhammad Syakir Bin Mohamad Jamali
  2. Azri Bin Muhammad Hamdan
  3. Muhammad Amirul Amin Bin Razali
  4. Mohammad Syafiq Bin Zainozaman
  5. Mardhiatul Asma Binti Abdul Rahim
  6. Nur Syafinaz Binti Kamaruzaman

Program 28 Julai 2017:

  1. Mohammad Syafiq Bin Zainozaman
  2. Muhammad Syazwan Bin Sarif Kamal
  3. Wan Nor Fadhilah Bt Wan Nawawi
  4. Azidul Ikmal Bin Abdul Rahman
  5. Jasmin Adrina Binti Mohd Eerza
  6. Nurul Nabilah binti Abu Kasim
  7. Nur Fatihin Nazhirah Bt Nor Azman
  8. Nur Athirah Bt Tajuldin
  9. Nurfarah Aryssa Binti Mohd Fadzuri
  10. Prasanna Muthualagu
  11. Chong Hui Min
  12. Aiman Afiq Bin Darus

 

Perkongsian pengalaman dan motivasi adalah sangat penting kerana ia dapat meningkatkan semangat serta motivasi kepada para pendengar. Pendengar yang lemah semangat sebelumnya ini kemungkinan akan lahir semangat yang amat tinggi. Mengikut sejarah, Penakluk Kota Konstantinopal (kini Istanbul) iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh merupakan salah seorang tokoh islam yang amat terkenal. Sangkaan masyarakat beliau dapat meraih kejayaan dengan sendirinya tetapi beliau juga pernah merasa kejatuhan dan lemah semangat. Untuk pengetahuan, beliau mempunyai seseorang yang sentiasa menaikkan motivasi dan semangat beliau iaitu Syeikh Shamsuddin Al-Wali keturunan Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a . Perkara ini membuktikan bahawa sesi motivasi dan kaunseling amatlah penting dalam membentuk semangat dan peribadi seseorang dalam meraih kejayaan di dunia dan akhirat.

Sesetengah masyarakat menganggap bahawa perkongsian pengalaman atau motivasi ini hanya diberikan oleh golongan yang berjaya dan mempunyai perwatakan yang ‘gah’ agar ia dapat menjadi inspirasi pendengar. Perkataan berjaya pada masyarakat sering dikaitkan dengan apa yang diperolehi oleh seseorang seperti wang yang diperolehi, kereta, rumah, dan perkara-perkara berasaskan fizikal. Masyarakat sering dibutakan dengan perkara-perkara yang fizikal sedangkan terdapat perkara yang lebih penting daripada itu. Perkara fizikal tidak akan kukuh dalam jangka masa yang panjang malah ia akan lebih lengkap dengan perkara spiritual, emosi dan intelek. Empat perkara ini sangat penting dalam memupuk kejayaan iaitu fizikal, intelek, emosi dan spiritual.

وَٱلنَّٰشِرَٰتِ نَشْرًۭا

Dan demi (makhluk-makhluk) yang menyebarkan (pengajaran dan peringatan) dengan sebaran yang sesungguh-sungguhnya,

(Al-Mursalat 77:3)

 

فَٱلْفَٰرِقَٰتِ فَرْقًۭا

Serta yang memisahkan (antara yang benar dengan yang salah) dengan pemisahan yang sejelas-jelasnya,

(Al-Mursalat 77:4)

 

فَٱلْمُلْقِيَٰتِ ذِكْرًا

Lalu menyampaikan pengajaran dan peringatan (kepada manusia),

(Al-Mursalat 77:5)

 

عُذْرًا أَوْ نُذْرًا

Untuk menghapuskan kesalahan orang-orang yang bertaubat serta memperbaiki keadaan dirinya, dan untuk menakutkan orang-orang yang ingkar – derhaka; –

(Al-Mursalat 77:6)

 

Perkongsian ini amat mengejutkan apabila dua orang bekas pelajar iaitu Encik Azri Bin Muhammad Hamdan dan Encik Mohammad Syafiq Bin Zainozaman, mereka tidak merasa malu dengan apa yang dikongsikan malah beliau menganggap perkongsian mereka adalah infaq buat mereka kepada calon-calon SPM agar tidak putus harapan dalam meraih kejayaan di dunia dan akhirat. Pengalaman mereka yang dipenuhi pahit berbanding manis amat sukar diluahkan oleh seseorang tetapi bagi mereka pengalaman ini perlu dikongsikan agar ia menjadi pengajaran dan peringatan kepada generasi akan datang. (Mohon pembaca mendoakan kejayaan mereka di dunia dan akhirat). Ini menunjukkan bahawa mereka sangat mencintai tempat yang mereka pernah menuntut ilmu. Mereka juga pernah meluahkan perasaan bahawa mereka sayang akan sekolahnya dan sebak apabila tinggalkan tempat mereka menuntut ilmu. Senakal mana pun mereka dahulu yang menuntukan siapakah mereka adalah siapakah mereka sekarang. Perkongsian ini menunjukan bahawa ia adalah salah satu kejayaan buat mereka kerana kejayaan terbentuk apabila lahirnya jasa seseorang kepada orang yang lain. Perkongsian mereka amat penting kerana mereka telah menunjukkan bahawa perkongsian mereka ini amatlah bersungguh-sungguh seperti mana yang dinyatakan ayat Al-Quran di atas.

Encik Mohammad Syafiq Bin Zainozaman, Usahawan (Berbaju Merah)

Encik Azri Bin Muhammad Hamdan, Usahawan (Berbaju Kelabu)

 

Seseorang yang berjasa kepada orang lain boleh diibaratkan sebagai pohon yang kukuh.

 

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ ٱللَّهُ مَثَلًۭا كَلِمَةًۭ طَيِّبَةًۭ كَشَجَرَةٍۢ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌۭ وَفَرْعُهَا فِى ٱلسَّمَآءِ

Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.

 

(Surah Ibrahim 14:24)

 

تُؤْتِىٓ أُكُلَهَا كُلَّ حِينٍۭ بِإِذْنِ رَبِّهَا ۗ وَيَضْرِبُ ٱللَّهُ ٱلْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ

Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).

(Surah Ibrahim, 14:25)

 

Seseorang yang berjasa ini lahir daripada ajaran yang suci malah membentuk peribadinya yang teguh. Mereka diibaratkan pohon yang dapat memberikan teduhan kepada orang lain malah pada masa yang sama orang berteduh dapat menikmati kelazatan buah-buahan yang mereka hasilkan atau erti kata lain jasa mereka kepada orang lain melahirkan pohon-pohon teguh yang lain. Jika ini berterusan, pastinya pohon-pohon lain ini juga akan melahirkan pohon-pohon yang lain. Semangat perkongsian pengalaman dan motivasi perlu diteruskan agar ia menjadi salah satu akar kejayaan kepada generasi akan datang agar mereka dapat menjadi pohon-pohon yang amat teguh malah mendatangkan kesenangan kepada generasi yang seterusnya.

 

Tanpa disedari mereke yang berkongsikan pengalaman dan motivasi ini telah menjalankan amanah yang terdapat didalam kitab suci al-quran.

 

ٱللَّهُ ٱلَّذِى يُرْسِلُ ٱلرِّيَٰحَ فَتُثِيرُ سَحَابًۭا فَيَبْسُطُهُۥ فِى ٱلسَّمَآءِ كَيْفَ يَشَآءُ وَيَجْعَلُهُۥ كِسَفًۭا فَتَرَى ٱلْوَدْقَ يَخْرُجُ مِنْ خِلَٰلِهِۦ ۖ فَإِذَآ أَصَابَ بِهِۦ مَن يَشَآءُ مِنْ عِبَادِهِۦٓ إِذَا هُمْ يَسْتَبْشِرُونَ

Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan; kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendakiNya, dan menjadikannya berkelompok-kelompok; lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambanya, mereka serta merta bergembira;

(Ar-Room 30:48)

 

وَإِن كَانُوا۟ مِن قَبْلِ أَن يُنَزَّلَ عَلَيْهِم مِّن قَبْلِهِۦ لَمُبْلِسِينَ

Dan sesungguhnya mereka dahulu, sebelum diturunkan hujan kepada mereka, adalah orang-orang yang telah berputus asa.

(Ar-Room 30:49)

 

فَٱنظُرْ إِلَىٰٓ ءَاثَٰرِ رَحْمَتِ ٱللَّهِ كَيْفَ يُحْىِ ٱلْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَآ ۚ إِنَّ ذَٰلِكَ لَمُحْىِ ٱلْمَوْتَىٰ ۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍۢ قَدِيرٌۭ

Maka lihatlah olehmu kepada kesan-kesan rahmat Allah, bagaimana Ia menghidupkan bumi sesudah matinya (dengan tanaman-tanaman yang menghijau subur). Sesungguhnya Allah yang demikian kekuasaanNya, sudah tentu berkuasa menghidupkan orang-orang yang telah mati. Dan (ingatlah) Ia maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

(Ar-Room 30:50)

 

Mereka ini diibaratkan pendakwah maka pendakwah ini juga adalah tentera-tentera Allah malah mereka juga diibaratkan awan manakala hujah-hujah mereka adalah hujan. Para pendengar kemungkinan hati mereka hampir mati tetapi dengan hadirnya awan-awan ini telah menyuburkan semula spiritual mereka dengan hujah-hujah yang berhikmah. Perumpamaan yang telah Allah ajarkan kepada manusia amatlah bermakna kepada semua ciptaannya ada sebab mengapa Allah menciptakan alam agar hambanya dapat berfikir dengan anugerah yang telah diberikan iaitu pemikiran yang mendalam.

Para guru dan pelajar amat bersyukur dan menghargai kehadiran mereka semua dalam memberikan sokongan dan semangat dalam membangunkan kejayaan taman-taman syurga iaitu sekolah mereka yang tercinta. Semoga mereka tidak berasa jemu dan sentiasa memberikan sokongan yang bersunguh-sungguh.

 

Akhir sekali, marilah jalankan amanah sebagai awan dan pohon agar lahirnya anak-anak benih yang suci dan bersih malah bersungguh-sungguh dalam menyiram anak-anak benih tersebut supaya anak benih tersebut menjadi pohon yang dapat mendatangkan kesenangan kepada pohon-pohon yang akan datang.

 

“JANGAN TUNGGU KESENANGAN BARU HENDAK SEDEKAH TETAPI BERSEDEKAHLAH UNTUK MENJEMPUT KEJAYAAN.”

“SHARING IS NOT TO SHOW OFF BUT TO TELL OTHERS THE REALITY OF LIFE,

SHARING IS PART OF INFAQ,

SUCCESS IS NOT ABOUT HOW MUCH PHYSICAL MATTER (MONEY, CAR AND OTHERS) YOU OBTAINED,

BUT!

HOW MUCH CHARITY THAT YOU SPEND TO OTHERS AND RAISE THEM UP TO DEVELOP THEMSELF TO THE END.”

    

4 thoughts on “SANG AWAN DAN POHON

  • Nurul Nabilah binti Abu Kasim

    👍 insya Allah akan perbaiki diri menjadi lebih baik

    Reply
  • Saya sedang berkira-kira mahu ‘turun padang’ ke sekolah dulu, yang ada di Kelantan. Tp, jujurnya kekuatan belum ada sbb masih belum membina team. Semoga saya boleh buat perkongsian -berkaitan quran- untk sekolah.

    Bestnya aiman

    Reply
    • Aiman La Yubali

      Aamiin…semoga tuan dpt kumpul team!!

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.