Buku Baru & Sunset
BUKU BARU DAN SUNSET
Tahun baru ini aku berazam nak jadi lebih baik lah!!
Azam aku camni …….. !!
Impian aku pulak nak camni…. !!
Alhamdulillah..
Semua orang berniat untuk menjadi lebih baik. Masuk tahun baru je nak ada peningkatan dan perubahan yang cemerlang.
Tapi….
Tahu tak sebenarnya alangkah indah jika jadi baik, sucikan diri, menambahkan peningkatan prestasi diri pada setiap hari.
Bukan lagi terperinci jika kita berubah lebih baik pada setiap hari malah jika dikumpulkan setiap hari dalam masa setahun kita boleh jadi lebih baik 365 kali ganda!!
Perghhh!!!
Senang cerita hampa nak RM1.00 atau pun RM365.00??
Memang konfem semua orang nak RM365.00!!
*bab duit laju je….baru boleh faham…
فَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ الْغُرُوبِ ﴿٣٩﴾
39. Oleh itu bersabarlah (wahai Muhammad) akan apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu itu), dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu (terutama) sebelum terbit matahari dan sebelum matahari terbenam.
(Qaaf 50:39)
Ayat diatas menceritakan masa terbaik untuk bertasbih adalah sebelum terbit matahari dan terbenam matahari.
Jom kita fokus kepada terbenam matahari…
Mengikut kalendar islam hari yang baru bermula pada waktu maghrib(terbenam matahari)!!
Bertasbih pula disebut سُبْحَانَ اللّهُ (subhanallah) maksudnya “Maha Suci Allah”.
Apakah kaitan nak berubah jadi lebih baik dan bertasbih?!!
فَلَمَّا رَأَى الشَّمْسَ بَازِغَةً قَالَ هَٰذَا رَبِّي هَٰذَا أَكْبَرُ ۖ فَلَمَّا أَفَلَتْ قَالَ يَا قَوْمِ إِنِّي بَرِيءٌ مِمَّا تُشْرِكُونَ ﴿٧٨﴾
78. Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: “Inikah Tuhanku? Ini lebih besar”. Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: ` Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya).
(An’aam 6:78)
Nabi Ibrahim mengubah dirinya menjadi lebih baik waktu terbenam matahari.
Atau erti kata lain Nabi Ibrahim mensucikan dirinya atau nak lebih faham dia ubah dirinya jadi lebih!
tidakkah anda sedar apakah itu bertasbih??
Bertasbih ayat surah (Qaaf 50:39) bermaksud mensucikan diri.
*bertasbih(sebut subhanallah) pun dapat pahala apa!
Mesej disini, Allah hendak kita setiap hari mensucikan diri dari segi segala-galanya!!
Fizikal, intelek, emosi dan spiritual!!
Adakah jelas? Apa yang hendak disampaikan oleh Allah kepada hamba yang Dia amat-amat sayangi!!
Tapi ingat setiap perubahan yang baik perlu disalutkan dengan kesabaran yang tinggi rujuk ayat (Qaaf 50:39).
Ayat ini juga ada highlight “oleh itu bersabarlah….” sebab setiap kebaikan yang kita buat pastikan ada ujian yang perlu dihadapi kerana Allah hendak kita lebih beriman!!!
Bukan lebih beriman setiap tahun!!
Tetapi!!!
Jadi lebih baik setiap hari dan lebih beriman setiap hari!!
Semoga sama-sama kita beramal dan menjadi orang yang diberi nikmat (Al-Fatihah 1:7)
#tadabburtazakkur