Tadabbur Tazakkur

Personality test : Agar tidak tercorot, paling bawah

“Hari ni nak bagi test.”

-“ Heh. Test apa pulak ni”

“Personality test.”

-“Menarik.”

“Cuba jawab, ya atau tidak.”

 

  • Kalau senang, saya nak bersama-sama dengan geng muslim yang baik-baik. Kalau susah, dan disakiti sebab ikut apa yang agama suruh, saya tak nak dah geng dengan mereka  nih. [29 :10-13]
  • Saya berdiri solat dengan rasa malas [4 : 142]
  • Saya ingat Allah sedikit je waktu solat. Banyaknya fikiran saya menerawang entah ke mana. [4:142]
  • Bila orang ajak saya bangun untuk buat program atau amal yang membawa manusia kepada Tuhan, saya rasa berat sangat nak bangun tolong. [9:38]
  • Bila ada orang minta bantuan saya menyumbang untuk membawa manusia kepada Tuhan, saya akan fikirkan alasan untuk minta izin tidak membantu mereka [9:86-87]
  • Saya selalu lupa Allah [9:67-69]
  • Saya tak kisah bakar hutan dan buat kerosakan pada tumbuh-tumbuhan dan haiwan. [2:204-206]
  • Saya solat dengan maksud tunjuk kepada manusia. Kalau takde manusia, saya tak solat. [107 :1-7 ; 4:142]
  • Saya sibuk dengan urusan dunia, tak sempat bersedia untuk akhirat. [9:38]
  • Saya ada angan-angan yang panjang dalam kehidupan dunia ini. Saya nak itu, saya nak ini. Jadi kadang-kadang saya tak kisah pun “langgar” apa yang Tuhan suruh supaya saya dapat apa yang saya nak. [47:25-30]
  • Bila saya ada isu atau hak yang perlu diselesaikan, saya lebih selesa mendapatkan khidmat kawan-kawan. Saya tak nak tahu apa yang Allah dan Rasul dah tetapkan hukumnya terhadap isu tersebut. [24:47-50]

 

“Weih! Personality test apekebendo ni?”

– “Personality test anda munafiq atau tidak. Penting tau. Sebab orang munafiq ni, ada yang tak sedar dia munafiq. Jangan sampai dah jumpa Tuhan baru sedar posisi diri. Waktu tu dah tak sempat menyesal. Dan tempat kembali adalah tempat yang terbawah.”

 

Sesungguhnya, orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada peringkat yang paling bawah daripada neraka. Dan kamu tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka.

An-Nisa’, 4 : 145

 

“Ha? Teruk ni. Habis tu macammana?”

-“Macammana? Jangan risau. Selagi masih hidup ni, ada peluang untuk kembali.”

 

Kecuali orang-orang yang bertaubat memperbaiki diri dan berpegang teguh pada (agama) Allah dan dengan tulus ikhlas (menjalankan) agama mereka kerana Allah. Maka mereka itu bersama-sama orang-orang beriman dan kelak Allah akan memberikan pahala yang besar kepada orang –orang beriman. Allah tidak akan menyeksamu jika kamu bersyukur dan beriman. Dan Allah Maha Mensyukuri, Maha Mengetahui.

An-Nisa’, 4 : 146-147

 

Munafiq?

Ada kaitan dengan jiwa yang enggan bersyukur dan sangat cintakan dunia.

2 thoughts on “Personality test : Agar tidak tercorot, paling bawah

  • Bagus. Test ni x de site mana2 yg buat lagi

    Reply
  • Aiman La Yubali

    Adakah golongan kafir tarafnya lebih tinggi drpd org munafiq??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.