Hidup ini pilihan : Siapa menanam terung, niscaya dia masuk syurga.

Suatu ketika dahulu, kecoh di Indonesia kerana rumah-rumah dipenuhi dengan terung-terung busuk. Puncanya, seorang sheikh yang diakui kefahaman agamanya dan dipercayai telah mengeluarkan fatwa “Barangsiapa yang menanam terung, niscaya dia akan masuk syurga.”

Keyakinan dan kepercayaan kepada tokoh ini iaitu Sheikh Abdul Ghaffar mengakibatkan umat Islam di Indonesia berebut-rebut menanam terung di rumah-rumah mereka. Semua pastinya mahukan syurga bukan? Tanpa terfikirkan Snouck Hurgronje yang punyai niat memesongkan umat Islam telah berhasil merosakkan aqidah mereka dengan sedikit demi sedikit menjauhkan muslim daripada Al-Quran.

Demi memastikan tipu daya dan gerakan pemesongannya yang telah bertahun-tahun bertapak di Indonesia berjaya, dia sempat mengeluarkan fatwa sesat terkait penanaman terung. Terbukti, umat Islam mempercayainya. Lalu, dia pulang ke Belanda penuh rasa bahagia.

Siapa yang harus dipersalahkan?

Munafiq bertopengkan ulama’?

Atau umat islam yang tidak tahu bicara Tuhannya (Al-Quran) sehingga tidak mampu menilai manakah petunjuk dan yang manakah kesesatan?

Saat aqal tidak mampu menangkap kebenaran dek pilihan-pilihan kehidupan yang berpaksikan selain Al-Quran, kesesatan-kesesatan terus memakan diri. Potensi cahaya yang menerangi itu semakin malap. Akankah keluar daripada kegelapan sebelum terjatuh ke gaung neraka?

Permainan dunia saat ini tidak semudah menjadikan umat Islam berpindah agama ke Kristian atau Yahudi. Musuh-musuh Islam sedari hakikat ini. Lalu usahanya adalah untuk memesongkan umat Islam agar jauh daripada Al-Quran. Jauhnya manusia daripada Al-Quran sama sahaja kesannya seperti muslim yang memilih keluar daripada agama Islam.

Muslim tetapi mengingkari.

Kafir setelah beriman.

Seperti Bani Israel.

Dan usaha ini begitu halus dan licik berbalutkan bahasa-bahasa indah dan tidak bersumberkan wahyu. Dihadirkan melalui hadis-hadis palsu yang mengelabui mata.

***

“Kamu hafal satu Al-Quran, boleh masuk syurga terus. Boleh tarik mak ayah sekali.”

Lalu lahirlah para penghafal Al-Quran yang tidak peduli memahami kandungannya. Rasa “selamat” dengan apa yang telah dilakukan. Rasa cukup dengan ijazah hafalan. Meskipun masih tidak menutup aurat saat berehat-rehat di kawasan luar rumah dan hanya memakai tudung ketika keluar dari pintu pagar rumah.

Sudi kiranya kongsikan kepadaku walau SATU DALIL daripada ALQURAN tentang janjiNya bahawa jika manusia menghafal Quran, PASTI memasuki syurga?

SATU sahaja dalil.

Tolonglah

Sedangkan Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad yang paling fasih mengenai makna kandungan Al-Kitab serta menghafalnya, mereka turut tidak mampu menyelamatkan bapa mereka daripada api neraka, bagaimana pula dengan diri ini?

 

***

Sesiapa yang dah mengucap syahadah, menjadi muslim, kalau buat dosa, akan masuk neraka sekejap. Lepas tu masuk syurga semula.

Apa kesannya memahami perkara ini?

Tidak kisah berbuat dosa kerana masih “selamat”.

“Tidak apa mengingkari Tuhan. Kita ni umat yang istimewa. Dapat layanan istimewa di akhirat. Masih boleh jadi permanent resident di syurga.”

Tahukah kalian bahawa pemikiran ini adalah pemikiran yang sama dengan orang Islam zaman dahulu (Bani Israel dan Ahli Kitab Nasrani)? Mereka menganggap diri mereka istimewa. Seandainya berdosa sekalipun, masih boleh memasuki syurga asalkan masuk neraka sekejap.

Justeru, sudi kongsikan dengan saya walau SATU DALIL daripada ALQURAN yang menjanjikan umat Islam PASTI masuk syurga meskipun berbuat dosa?

Sudi kongsikan walau SATU DALIL daripada ALQURAN mengenai janjiNya bahawa sesiapa yang memasuki neraka akan keluar dan masuk ke syurga?

Sedangkan sehingga saat ini, ayat-ayat Al-Quran mengenai syurga dan neraka hanyalah 2 konsep. Masuk syurga selama-lamanya atau masuk neraka selama-lamanya. Ini bergantung kepada timbangan amalmu mana yang lebih berat.

Tiada pilihan untuk merasa kedua-dua tempat.

Satu sahaja.

Syurga selamanya.

Atau neraka selamanya.

Ketaatan kepada Tuhan ini apakah engkau ingat perkara main-main?

***

“Haish! Tapi saya dah belajar semua ini lama dah. Sejak di bangku sekolah.”

Apa gunanya saling menyalahkan?

Mengapa tidak menggunakan kapasiti aqal mencari kebenaran?

Mahu menyalahkan Snouck Hurgronje?

Bukankah Allah telah memperingatkanmu dalam QalamNya?

Eh? Ada ke Allah ingatkan?

Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalanNya. Yang mereka ikuti hanya persangkaan belaka dan mereka hanyalah membuat kebohongan.

Al-An’am, 6 : 116

Tapi semua orang berkefahaman begitu. Atuk nenek dan mak ayah saya juga berfikiran begitu.

Kerana sesungguhnya mereka mendapati bapa-bapa mereka dalam keadaan sesat (tak dapat petunjuk Al-Quran). Lalu mereka sangat tergesa-gesa mengikuti jejak orang-orang tua mereka itu. Dan sesungguhnya telah sesat sebelum mereka sebahagian besar dari orang-orang yang dahulu.

As-Saffat, 37 : 69-71

“Saya tak salahlah. Mereka yang ajar saya begitu.”

Dan (ingatlah) ketika mereka membuat bantahan di dalam neraka, maka orang yang lemah berkata kepada orang-orang yang menyombongkan diri “Sesungguhnya kami dahulu adalah pengikut-pengikutmu, maka dapatkah kamu melepaskan sebahagian (azab) api neraka yang menimpa kami?” Orang-orang yang menyombongkan dirinya menjawab “Sesungguhnya kita semua sama-sama di dalam neraka, kerana Allah telah menetapkan ketputusan antara hamba-hambaNya” .

Ghafir, 40 : 47-48

Masih mahu menyalahkan?

Bagaimana dengan potensi aqal kurniaan Tuhan yang memampukan setiap manusia mencari kebenaran dalam rentang kehidupan di dunia ini?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.