Solat dan beri. Ada kaitan?

“Ibu dah banyak beri apa yang adik nak, tapi adik tak buat macam yang ibu suruh..”
.
.
Memberi. Bicara Tuhan dalam kalamNya tentang perbuatan memberi biasanya ada perkaitan dengan solat. Emm, solat dan beri ada kaitankah?

Saya bawa perkaitan bicara Tuhan antara solat dan perbuatan memberi melalui peringkat-peringkat solat.

  • Peringkat pertama, solat yang celaka

Maka kecelakaan besar bagi orang-orang yang solat. (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; (al-Maaun, 107:4-5)

Orang yang solat tetapi celaka ialah yang bersolat namun lalai dalam solat. Solat tidak mampu membentuk peribadi dirinya. Buktinya, dia bukan sahaja merasa memberi itu tidak penting malah enggan memberika bantuan

Dan orang yang enggan memberikan bantuan (kepada orang yang berhak mendapatnya)
(al-Maaun, 107:7)

“buat apa bagi makan kat orang susah, bukan aku dapat balik pun apa yang aku bagi. Dorang ni mana mampu nak bayar”.

 

  • Peringkat kedua ialah, solat yang konsisten

Seorang hamba, mula berubah dari solat yang ‘celaka’ kepada solat yang konsisten. Tidak lagi menjadi golongan yang celaka solatnya. Dia mula konsisten dalam setiap solat dengan cuba bersolat di awal waktu, sudah siap siaga sebelum masuk waktu untuk tunaikan solat.

Cuba bayangkan, jika anda mahu berjumpa seorang CEO jam 9.00 pagi, adakah anda akan cuba terlewat seminit? Bagaimana pula persediaan hamba menghadap CEO segala CEO?

Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya; (al-Maarij, 70:23)

Kesan kepada hamba yang konsisteb dengan solat, terserlah peribadinya yang mahu memberi. Merasakan bahawa dalam setiap harta yang diperoleh, ada hak-hak lain yang perlu dia tunaikan.

Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum. Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta); (al-Maarij, 70:24-25)

“bila dapat gaji akhir bulan ni, aku dah letak bahagian siap-siap untuk derma, bahagian untuk simpan dan bahagian-bahagian lain”

 

  • Peringkat ketiga, solat yang khusyuk

Pada peringkat ini, seorang hamba bukan sekdar mahu menjaga waktu-waktu solatnya, bersedia menghadap tuhan malah mencuba untuk fokus dan sedar sedaya upaya dalam solat. Respon dalam setiap butir ucapan yang keluar semasa solat dan tertib dalam setiap pergerakan.

Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; (al-Mukminun, 23:2)

Juga, kesannya dalam perbuatan memberi dia sudah naik ke satu tingkat yang lain. Bukan sekadar mahu memberi, malah dia sudah mampu untuk meninggalkan hal-hal yang remeh serta melalaikan.

Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); (al-Mukminun, 23:3-4)

  • Peringkat keempat, Solat malam

Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri (al-Furqan, 25:64)

Pada peringkat ini, seorang hamba diberi kekuatan untuk mengurangkan tidur dan mampu untuk bangun solat malam. Hubungan dengan Tuhan, makin erat. Solat malam sudah menjadi sebati dengan diri, melahirkan rasa gembira di hati sehingga terasa seperti pulang ke rumah sendiri.

Kesannya, dia semakin giat memberi. Tidak lokek, pemberiannya sehingga mampu menghalang diri melakukan hal yang sia-sia malah, mampu untuk tetap memberi kebaikan walaupun dibalas dengan kejahatan.

Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan rendah hati dan apabila ada orang bodoh menyapa mereka, (dengan kata yang menghina), mereka mengucapkan ‘Salam’ (kata selamat). (Al-Furqan, 25:63)

Memberi, tidak terhad kepada wang fizikal semata.

Beri dan kongsi apa yang kamu ada, yang direzkikan kepadamu.

Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (al-Baqarah, 2:3)

Solat, adalah hubungan hamba dengan tuhan. Perbuatan ‘memberi’, perhubungan antara hamba sesama hamba. Hamba yang berusaha membaiki hubungan dengan tuhan, sepatutnya berusaha juga memperbaik hubungannya dengan insan.

7 thoughts on “Solat dan beri. Ada kaitan?

  • December 23, 2017 at 12:01 pm
    Permalink

    Haippp.. menulis sambil berBDQ ker?

    Reply
    • December 23, 2017 at 10:07 pm
      Permalink

      Hi hi. Masa BDQ terasa pula mahu menulis di TME. Jom join BDQ.

      Reply
  • December 23, 2017 at 9:02 pm
    Permalink

    Membaca artikel ini, teringat ust Shaari pula. Nak tiru gaya ustaz sikit.
    So here goes…

    Kaitan antara artikel sebelum dengan artikel ini :
    Artikel sebelum ditutup dengan seruan untuk memberi, manakala artikel ini pula menghuraikan konsep memberi dari perspektif solat.

    #munasabah
    *senyum*

    Reply
    • December 23, 2017 at 10:08 pm
      Permalink

      Tak paham part atas tu. Apa maksud ‘nak tiru gaya ust’ ?

      Reply
      • December 24, 2017 at 4:52 am
        Permalink

        ustaz kan suka buat statement yang menghubungkan surah sebelum dan surah selepas. Ambik template statement beliau

        Reply
  • December 23, 2017 at 10:12 pm
    Permalink

    Bila tadabbur satu satu ayat tentang solat dan infaq, nampak kedua skop ini lebih luas. Teringat, formula solat khusyuk yang akan pernah kongsikan sebelum ini, terkait rapat juga dengan infaq.

    Bukan setakat solat ada peringakat peringkat. Rupanya infaq juga sedemikian, penya peringkat tertentu

    Reply
  • December 24, 2017 at 5:34 am
    Permalink

    Arghh.. banyaknya typo!!

    Menjawab komen sambil mata dah tak boleh buka sebenarnya tu. Maaf

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.