Tadabbur Tazakkur

SUNYI TETAPI TIDAK

SUNYI TETAPI TIDAK

Setelah tamat projek BARONIA Rejuvenation PETRA dibawah anak syarikat carigali ibu pertiwi, awalnya aku ditugas pada siang hari. Kini aku ditugaskan pada waktu malam kerana kakitangan dikurangkan.

Mengeluh dalam diri mengatakan…

“Aduh..Jadi burung hantulah lepas ni..”

amat menyeksakan mental dan fizikal kerana tubuh ini sebati dengan kehidupan yang normal, siang berjaga malam tidur. Hari pertama sebagai burung hantu membuatkan tubuh ini lesu berlapik juga dengan pening kepala.

A047

Dan Dia lah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian, dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki.

(Al-Furqaan 25:47)

Mengeluh dalam diri mengatakan…

“Ini yang buat aku malas ni…”

Pemikiran dalam diri ini masih tenggelam dengan lautan hitam yang membuatkan diri ini runsing dan tidak suka dengan keadaan yang diselami. Rasa seperti waktu gelap ini tidak memberikan apa-apa kepada diri ini malah membawa keburukan dan hilang rasa bersyukur. Alangkah indahnya aku bekerja sebagai manusia biasa bukan sebagai burung hantu.

A020

Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

(Al-Baqarah 2:20)

kemudian hari merasakan hari malam ini sunyi tidak seperti dulu, ada teman memecahkan kesunyian walaupun ada alat komunikasi yang canggih tetapi fungsinya tiada kerana waktu tiada yang terjaga. Hmmmm…kenapalah sunyi sangat….kenapalah tiada yang teman….kenapalah nasib aku ni….

Mengeluh dalam diri mengatakan…

“Macam aku seorang je yang wujud kat dunia ni”

 

A004

Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

(Al-Hadiid 57:4)

 

Sakit hatilah kalau macam ini gayanya…benda yang diinginkan tidak dapat…benda yang tak mahu dapat pula. Kalau macam inilah gayanya makin sakit hati…

Tapi…(selepas selesai solat subuh)

memang selalunya…cantik ke matahari terbit?

aku tak perasan pula matahari terbit secantik ni….aku seorang je yang dapat tengok matahari terbit ni….orang lain bila dah terpacak baru nampak matahari kalau boleh mereka pun taknak menghadap matahari waktu-waktu macam ni.

Alhamdulillah…

terasa juga sikit nikmat tengok matahari terbit…

kadang-kadang terpikir apa yang boleh aku nikmati pada waktu yang sunyi dan gelap ini…

Cuba fikir…Siang dulu nak solat mesti tidak fokus dan terganggu sebab masa tu otak memikirkan kerja-kerja yang bertimbun dan memikirkan manusia-manusia yang sibuk akan kerja-kerja yang telah ditugaskan.

Ya Allah..

kalau masa kerja siang nak bangun tahajud memang kelaut lah jawabnya tapi sekarang senang-senang untuk aku solat malam. eh! buakan satu hari je ta! banyak hari boleh solat malam..ikut kontrak tinggal lagi sebulan lebih…jadi, dapatlah menunaikan solat malam selama sebulan lebih. Harap-harap balik ke kampung nanti dapat la tubuh ni sebati dengan solat malam..

A079

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.

(Al-Israa’ 17:79)

 

lepas solat tu…mesti tenang kalau mulut ini menyebut nama-nama Dia….Sunyi sahaja…yang denagr hanyalah nama Dia…seperti diri ini Dia yang menemani…

 

A040

Serta bertasbihlah kepadaNya pada malam hari dan sesudah mengerjakan sembahyang.

(Qaaf 50:40)

 

Terkesan hati ini….kadang-kadang air dari mata menitis dengan sendirinya…bukan mudah untuk menyelami malam yang penuh suci ini…

 

A006

Sebenarnya sembahyang dan ibadat malamlebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.

(Al-Muzzammil 73:6)

 

Apa yang ada lagi pada waktu malam?

Mulalah untuk mencari nikmat-nikmat yang Dia berikan terutamanya pada waktu ini…

Kelihatan bulan menerangi malam ditemani kerdipan bintang yang indah sama seperti matahari menerangi siang…

 

A061

Maha Berkat Tuhan yang telah menjadikan di langit, tempat-tempat peredaran bintang, dan menjadikan padanya matahari serta bulan yang menerangi.

(Al-Furqaan 25:61)

 

kedua-keduanya mempunyai tugas yang sama tambahan setia taat kepada Nya dengan mengikut peredaran yang ditetapkan. Hebat sekali kejadian mereka….betapa kerdilnya diri ini…alangkah baik jika aku teladani sifat matahari dan bulan yang mampu menerangi orang lain dan taat kepada Allah.

terdetik dari hati kenapa aku tidak sedar dari awal akan perkara ini…

terbukti bahawa setiap apa yang berlaku kepada diri ini penuh dengan kebaikan, hanya bersangka buruk menjadikan diri ini tidak bersyukur dan alpa kepada Dia.

 

A216

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

(Al-Baqarah 2:216)

Ingatlah diri bahawa Allah memilih untuk aku bersamanya…

Nikmat RahmatNya..

Nikmat KecantikanNya..

Nikmat RahmanNya..

serta… Nikmat mana yang perlu aku dustakan….

A013

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?

  • Ar-Rahman 55:13
  • Ar-Rahman 55:16
  • Ar-Rahman 55:18
  • Ar-Rahman 55:21
  • Ar-Rahman 55:23
  • Ar-Rahman 55:25
  • Ar-Rahman 55:28
  • Ar-Rahman 55:30
  • Ar-Rahman 55:32
  • Ar-Rahman 55:34
  • Ar-Rahman 55:36
  • Ar-Rahman 55:38
  • Ar-Rahman 55:40
  • Ar-Rahman 55:42
  • Ar-Rahman 55:45
  • Ar-Rahman 55:47
  • Ar-Rahman 55:49
  • Ar-Rahman 55:51
  • Ar-Rahman 55:53
  • Ar-Rahman 55:55
  • Ar-Rahman 55:57
  • Ar-Rahman 55:59
  • Ar-Rahman 55:61
  • Ar-Rahman 55:63
  • Ar-Rahman 55:65
  • Ar-Rahman 55:67
  • Ar-Rahman 55:69
  • Ar-Rahman 55:71
  • Ar-Rahman 55:73
  • Ar-Rahman 55:75
  • Ar-Rahman 55:77

 

Nikmatilah siang dan malam yang Allah berikan, manfaatkan sepenuhnya atas nikmat yang diberikan…

Jazakallah Khayran Kathiran…

#tadabburalam

2 thoughts on “SUNYI TETAPI TIDAK

  • Fazrul Ismail

    Moga Aiman terus istiqamah dan mengaut peluang bersama Quran. Ramai orang mencari detik damai dan lapang itu, kekadang bertemu di hujung usia. Ada juga yang menagih setelah pergi bertemu dengan-Nya.

    Teruskan Aiman

    Reply
    • Aiman La Yubali

      Insha Allah tuan, Semoga dapat kekal bersatu dengan Al-Quran…
      Sama-sama doakan..Aamiin..

      Reply

Leave a Reply to Fazrul Ismail Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.