Tadabbur Tazakkur

Pemuda Yang Cerdik dalam Al quran

Pemuda yang cerdik dalam Al quran

Al-Kahf 18:10

إِذْ أَوَى ٱلْفِتْيَةُ إِلَى ٱلْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”.

Berdoa memohon Rahmat & Petunjuk

Akhirnya apa yang mereka peroleh:
1. Pahala kerana mempertahankan iman & tinggalkan pemerintah yang mensyirikkan Allah.
2. Ketenangan kerana berlindung dalam gua
3.Keselamatan,tiada ketakutan
4. Rezeki, tidak rasa lapar kerana tidur
5. Panjang umur.

Yang bestnya semua berpahala
Kerana tujuan mempertahankan tauhid & iman.
Cerdiknya doa dengan memohon rahmat & rasyada/petunjuk.

Apa yang diharapkan dalam hidup ini?

Sudah pasti petunjuk yang dapat menerangi kehidupan.

Mana sumber petunjuk.

Sudah pasti di dalam Al quran.

Yang mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya

الر ۚ كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ لِتُخْرِجَ النَّاسَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِ رَبِّهِمْ إِلَىٰ صِرَاطِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ – 14:1

Alif Lam Ra. Ini adalah kitab yang kami turunkan kepadamu (Muhammad) agar engkau mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya terang benderang dengan izin tuhan iaitu menuju jalan Tuhan yang Mahaperkasa Maha terpuji.

Ayuh, terus memohon rahmat & petunjuk dalam kehidupan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.