Tadabbur Tazakkur

Parti Allah VS Parti Syaitan

Sempena, #pru14 yang kian menjelang saya suka berkongsi artikel ini sebab kita dihidangkan dengan pelbagai jenis parti. Semua nak berkempen yang terbaik. Ada yang hijau, biru, oren dan sebagainya. Namun, dalam Quran ada dua jenis parti yang Allah beritahu. Iaitu pertama, parti Allah dan kedua parti syaitan.

Siapa parti Allah?

  • Pertama, menjadikan Allah dan Rasul serta orang beriman yang mendirikan solat serta tunai zakat sebagai penolong. (Surah al-Maidah 5:56).

Orang yang berada dalam parti (hizb) Allah, mereka tidak menjadikan orang kafir atau orang yang ingkar sebagai penolong. Hanya berharap kepada Allah dan Rasul serta orang beriman sebagai penolong mereka.

  • Kedua, menjadikan syaitan sebenar-benar musuh (fatir, 35:6).

Golongan parti Allah tidak terpedaya dengan hidup dunia, menyedari dan merasai bahawa janji Allah itu benar dan serius sungguh-sungguh menjadikan syaitan itu musuh. Mereka tahu syaitan pandai menipu dan tidak terpengaruh dengan trick syaitan.

  • Ketiga, menjadikan musuh Allah musuh mereka juga  (58:22)

Golongan ini menjadikan musuh Allah, musuh mereka juga. Walaupun orang tersebut orang yang mereka sayang yang terdiri dari ayah, saudara mara atau keluarga terdekat mereka. No kompromi!

Ini adalah ciri-ciri golongan parti pertama, iaitu parti Allah. Parti kedua, ialah parti syaitan.

Jom kita tengok apa pula ciri golongan parti syaitan.

  • Pertama, mengingkari al-Kitab. (Ar-Ra’du 13:36)

Sepatutnya, orang yang diberi al-Kitab bergembira dengan nikmat pemberian ini. Namun, parti syaitan ini mereka dah tak suka dan mengingkari pula apa yang dah diturunkan. Haish pelik betul.

  • Kedua, parti syaitan ni mereka membuat agama sebagai bahan ejekan (5:57).

Antara buktinya, bila orang panggil nak solat mereka tak serius. Bukan setakat tak serius nak solat malah mengejek-ngejek pula. Mereka ni main-main dengan rukun kedua Islam yang paling utama iaitu solat.

  • Ketiga, dikuasai oleh syaitan. (al-Mujadilah, 58:19)

Golongan ni sangat terpengaruh dan dikusai dengan syaitan sehingga syaitan boleh buat mereka lupa dari memperingati Allah. Allah beritahu bahawa ini golongan rugi dan yang menentang agama Allah tu adalah yang hina.

Lepas kita dah kenalpasti karakter kedua-dua parti ni, saya nak beri 1 je tips untuk pemilihan parti. Jangan pilih parti yang menjadikan fahaman agama ikut kecenderungan mereka. Sebab, parti yang macamni, mereka rasa gembira dengan apa yang mereka ada. (ar-Rum 30:32)

Nak tahu parti mana yang tak jadikan fahaman agama ikut kecenderungan mereka, itu yang sahabat dan kawan perlu kepada sedikit penyelidikan dan tambahan maklumat dari sumber-sumber yang sahih dan tidak dimanupulasi. Sebab kita dihidang dengan banyak sumber tapi ada yang sahih dan banyak juga yang tak sahih.

Maka, akhirnya pilihan ada di tangan kita. Buatlah pilihan yang bijak. Bijak itu, bukan seperti yang kita mahu tapi sebagaimana yang Allah mahu.

Dari saya, yang first nak mengundi. 🙂

p/s: Gambar ihsan Google

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.