Pakaian termahal

“Kak, pinjam kunci nak masuk bilik. Penting ni. Dalam tu assignment saya nak kena hantar supaya lulus semester ni.”

-“Mana kunci awak?”

“Hilang, tak jumpa.”

-“Saya di luar ni. Tak dapat balik. Awak nak buat apa sekarang?”

“Terpaksalah pergi office. Lapor.”

-“Kena bayar denda RM50 kan?”

“Ya. sobss..”

_______________________________

Kunci itu bukan tujuan.

Tetapi kunci adalah alat (tools) untuk mencapai tujuan (hantar tugasan agar lulus semester).

Ketika situasi kritikal sebegitu, kunci menjadi terlalu penting dan berharga sehingga sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk mendapatkannya. Bahkan sanggup membayar denda.

Jika benar-benar mahu mencapai matlamat yang lebih besar.

______________________________

 

Dalam kehidupan seharian , ada sesetengah perkara yang sebenarnya di posisi alat (tools) tetapi diposisikan di tempat tujuan. Bila alat menjadi tujuan, apa impaknya?

Misalnya seorang yang tersilap meletakkan usaha mendapatkan kunci sebagai tujuan, dia akan berhenti berbuat selanjutnya tatkala memperoleh kembali kuncinya. Tidak diendahkan tugasan di dalam bilik untuk dihantar agar lulus semester tersebut.

Dunia adalah alat, bukan tujuan. Kerana tujuan adalah Akhirat. Apa berlaku seandainya seseorang meletakkan dunia sebagai tujuan? Sebaik sahaja mendapat dunia, langsung berhenti usaha memanfaatkan dunia untuk kebaikan akhirat. “Kan dah dapat dunia. Misi tercapai. Teruslah bersenang-lenang dengan dunia yang dikecapi.”

Solat adalah alat, bukan tujuan. Kerana tujuan adalah komunikasi dengan Tuhan,  mengingati Tuhan (20:14) ,bermohon petunjuk daripada Tuhan (1:6-7) lalu mengharapkan kehidupan di luar solat memperoleh petunjuk. Apa berlaku seandainya solat diletakkan sebagai tujuan? Selesai sahaja solat, terhenti usaha mencari petunjuk (memahami wahyu Tuhan), terhenti usaha “connect” dengan Tuhan. Meneruskan kehidupan seperti biasa.

Taqwa adalah alat, bukan tujuan. Eh, yang ini agak tricky sikit. Boleh jadi alat dalam satu proses yang lain. Dan jadi tujuan untuk satu proses yang lain.

Tetapi, cuba bayangkan Taqwa sebagai pakaian. Ya, sebagai alat.

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah m enurunkan keapda kamu pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda Allah supaya mereka mengambil pengajaran.

Al-‘Araf, 7 : 26

Apa pentingnya “alat” yang satu ini?

Apa  yang “alat” ini boleh buat kalau seorang mukmin memilikinya?

Boleh beli je ke? hehe

Bagaimana nak mendapatkan “alat” ini?

Menarik jika direnung alat ini, pakaian taqwa ini, tidak bersifat fizikal. Tetapi keperluan mendapatkannya sangat kritikal.

Kelebihan alat , pakaian taqwa ini adalah, memampukan si pemilik:

  1. Memelihara diri daripada menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang rendah (2:41)
  2. Beriman, memberikan harta yang disayangi kepada kerabat terdekat, anak yatim, orang miskin, orang yang telantar, zakat, menunaikan janji, tabah dan sabar dalam kesempitan (2:177)
  3. Tidak menzalimi isteri (2:223)

 

Cara-cara mendapatkan pakaiaan taqwa ini adalah :

  1. Mengabdikan diri kepada Allah (2:21)
  2. Pegang kuat-kuat apa yang Dia turunkan dan sentiasa ingat akannya (2:63)
  3. Menjalankan hukum Qisas (2:179)
  4. Berpuasa (2:183)
  5. Tidak menghampiri batasan Allah (2:187)
  6. Melaksanakan haji sebaiknya, mengikuti perintahNya (2:196)
  7. Bermaaf-maafan suami isteri dalam konflik rumahtangga (2:237)

Dan wah, apa keistimewaan jika seseorang dah dapat pakaian taqwa ini?

  1. Allah bersama dengannya (2:194)
  2. Dapat maghfirah (keampunan) dan syurga seluas langit dan bumi (3:133)

 

***

 

Sekian marathon Al-Baqarah saya terkait kata kunci taqwa. Andai diteruskan satu Quran, pasti lebih banyak pedoman yang diperoleh.

Till next time.

Amal dulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.