Agar anak-anak dijaga Tuhan
#Random
“Mama, nak main dengan jiran sebelah.” Seorang anak kecil meminta izin ibunya untuk keluar dengan teman setadikanya.
“Boleh, tengahari nanti balik makan.” Tanpa ragu-ragu, si ibu membenarkan.
Si ibu tidak pernah terfikir bahawa kawan-kawan anaknya sekecil usia tadika telah mengajak anaknya main “kahwin-kahwin”, mengajak anaknya menonton bahan yang tak sewajarnya. Lalu menginjak usia darjah satu,dua tiga, selari dengan teori perkembangan pendidikannya, dia turut membuat eksplorasi. Sedihnya, dia membuat eksplorasi hal-hal “orang dewasa” yang realitinya tidak mampu digarap kefahaman akal sekecil usia itu.
Menakutkan.
Itu realiti zaman kini.
Kes² yang didengari, dibaca di dada² akhbar.. Rasa loya dengan sakitnya jiwa masyarakat.
Seawal usia sekolah rendah & menengah rendah sudah terjebak zina?
Nak salahkan siapa?
Nak salahkan jiran berusia tadika itu?
Menyedari rosaknya masyarakat zaman ini lebih-lebih lagi bermula wujudnya internet, kerosakan dan kemusnahan jiwa manusia itu mewabah.
Entah kenapa, terus terbayangkan suasana ya’juj ma’juj yang turun dari benteng yang selama ini kukuh. Tiba-tiba “musuh-musuh” durjana ini menyerang anak² sekecil 6 tahun, masuk menembusi bilik-bilik di rumah yang sepatutnya memberi perlindungan fizikal, intelektual, emosional & spiritual.
Dalam dunia yang segalanya berada di hujung jari, dirasakan seolah-olah “pembunuhan” jiwa masyarakat itu berlaku setiap detik.
Hanya dengan satu “klik”, seorang insan boleh dihancurkan jiwanya melalui perang Minda yang dilancarkan syaitan.
Kes pengetua yang meliwat 2 pelajar sekolahnya.
Kes datuk yang merogol cucunya.
Penculikan demi penculikan.
Pemerdagangan orang.
Dadah yg digunakan merata-rata, turut digunakan kpd mangsa penculikan agar tak rasa sakit didera, diperhambakan.
Hanya dengan satu “klik”, menyumbang kepada semua ini berlaku.
Semua ada kaitan dengan perniagaan gelap pornografi yang bahkan menyelinap masuk ke bilik² tertutup anak-anak kecil.
Ada manusia menjadi hamba nafsu seks, semalaman menonton pornografi lalu paginya tak tahan mencari mangsa. Menerkam guru tadika yang awal pagi membuka tadika menerima kedatangan anak² yang dihantar ibu bapa berkerja. Ingat lagi berita ini?
Dah, saya nak berhenti bercakap tentang berita-berita yang membuatkan kepala saya jammed dan takde mood seharian. Pagi tadi pun baru dengar berita kezaliman kes pengetua tu.
Berbalik kepada “gambaran situasi” yang saya kongsikan tadi, terkait ya’juj ma’juj…
Saat merenung apa yang berlaku zaman ini, memang membuatkan saya teringat suasana Yang Allah gambarkan dalam hujung surah Al-Kahfi.
آتُونِي زُبَرَ الْحَدِيدِ ۖ حَتَّىٰ إِذَا سَاوَىٰ بَيْنَ الصَّدَفَيْنِ قَالَ انْفُخُوا ۖ حَتَّىٰ إِذَا جَعَلَهُ نَارًا قَالَ آتُونِي أُفْرِغْ عَلَيْهِ قِطْرًا
Bawalah kepadaku ketul-ketul besi“; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: “Tiuplah dengan alat-alat kamu” sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: “Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya”.
فَمَا اسْطَاعُوا أَنْ يَظْهَرُوهُ وَمَا اسْتَطَاعُوا لَهُ نَقْبًا
Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.
قَالَ هَٰذَا رَحْمَةٌ مِنْ رَبِّي ۖ فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ رَبِّي جَعَلَهُ دَكَّاءَ ۖ وَكَانَ وَعْدُ رَبِّي حَقًّا
(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar”.
وَتَرَكْنَا بَعْضَهُمْ يَوْمَئِذٍ يَمُوجُ فِي بَعْضٍ ۖ وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَجَمَعْنَاهُمْ جَمْعًا
Dan Kami biarkan mereka pada hari itu (keluar beramai-ramai) bercampur-baur antara satu dengan yang lain; dan (kemudiannya) akan ditiup sangkakala, lalu Kami himpunkan makhluk-makhluk seluruhnya di Padang Mahsyar.
-Sura Al-Kahf, Ayah 96-99
====================
Beberapa keywords yang saya tangkap dalam ayat-ayat ini.
1) Pentingnya HADID (besi) sebagai tembok menghalang kejahatan. Dan eh, ada kaitan ke dengan surah Al-Hadid?
2) Kedudukan RAHMAT sebagai pendinding/tembok yang menjaga.
3) BERCAMPUR-BAUR. Akan tiba satu saat bila ya’juj ma’juj tu keluar , saat hadid runtuh, manusia dibiarkan bercampur baur dengan musuh² Allah, rosak jiwa & iman masyarakat.
Sebelum melanjutkan, saya nak buat disclaimer. Saya bukan ustazah. Saya bukan ahli Quran. Dan saya takut untuk tafsir tanpa ilmu.
Jadi apa Yang saya kongsikan adalah sebatas kefahaman cetek khusus untuk saya ambil pengajaran sebagai aktivis & Kaunselor , dalam menangani isu ini.
____
Pertama.
Saya pernah hadir ke kelas² tafsir surah Al-Hadid dan kesimpulan yang saya dapat adalah Al-Hadid merupakan segala tools yang dimanfaatkan untuk menyampaikan ayat² Tuhan. Dan surah al-Hadid banyak mengajar saya tentang INFAQ di jalan Allah. Kita menggunakan kereta, PA system, Lcd, duit dan macam², semuanya ada komponen besi, sebagai tools menyeru manusia kembali pada Tuhan. Bila tools ini tak digunakan di jalan Allah, pasti musuh-musuh Allah ligat menyerang. Saat perisai Iman itu hancur, memanglah syaitan bersorak gembira.
لَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلَنَا بِالْبَيِّنَاتِ وَأَنْزَلْنَا مَعَهُمُ الْكِتَابَ وَالْمِيزَانَ لِيَقُومَ النَّاسُ بِالْقِسْطِ ۖ وَأَنْزَلْنَا الْحَدِيدَ فِيهِ بَأْسٌ شَدِيدٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ وَرُسُلَهُ بِالْغَيْبِ ۚ إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ
Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan ugama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
-Sura Al-Hadid, Ayah 25
________
Kedua.
Rahmat. Saat Zulkarnain & kaumnya berjaya mendirikan tembok yang diperbuat daripada hadid (besi), menyelamatkan mereka daripada ya’juj ma’juj, dia tak namakan tembok itu sebagai “tembok”. Tapi, dia kata “inilah rahmat dari Tuhanku (Robbi)”.
Ada apa dengan rahmat?
Seolah-olah memberikan mesej kepadaku, kalaupun berjaya buat tembok fizikal, tapi tiada rahmat Tuhan, tak berjaya juga mungkin.
Allahu’alam.
Dan rahmat yang berulang kali disebut adalah terkait Quran. Itulah rahmat terbesar.
.
.
.
Akan tiba suatu waktu, tembok penghalang ya’juj ma’juj itu akan runtuh. Bila? Saya tak tahu.
Adakah Saat tiada lagi kaum yg sama² berusaha secara kolektif (seperti kaum Zulkarnain & Zulkarnain sendiri) memanfaatkan hadid membina tembok? Saat tiada lagi usaha manusia menjemput rahmat Tuhan?
Justeru…
Hmmm…
Kita fikir-fikirkan konklusinya.
Saya, nak main watak apa sekarang?
Di zaman yang nak izinkan anak main dengan jiran sebelah pun dah rasa tak selamat.
Saya nak buat apa sekarang.
______
Anyway.
Sebenarnya asal post ini adalah tadabbur surah al-An’am. Tak tahu bagaimana boleh meleret ke cerita Al-Kahfi & Al-Hadid. Surah Al-An’am nya tak muncul lagi .
Sebenarnya, saya terbaca satu ayat ini pagi tadi.
وَوَهَبْنَا لَهُ إِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ ۚ كُلًّا هَدَيْنَا ۚ وَنُوحًا هَدَيْنَا مِنْ قَبْلُ ۖ وَمِنْ ذُرِّيَّتِهِ دَاوُودَ وَسُلَيْمَانَ وَأَيُّوبَ وَيُوسُفَ وَمُوسَىٰ وَهَارُونَ ۚ وَكَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ
Dan Kami telah kurniakan kepada Nabi Ibrahim: (anaknya) Ishak (dari isterinya Sarah), dan (cucunya) Yaakub. Tiap-tiap seorang (dari mereka) Kami telah berikan petunjuk, dan Nabi Nuh juga Kami telah berikan petunjuk dahulu sebelum itu; dan dari keturunan Nabi Ibrahim itu (ialah Nabi-nabi): Daud, dan Sulaiman, dan Ayub, dan Yusuf, dan Musa, dan Harun. Dan demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amal perbuatannya.-Sura Al-An’am, Ayah 84
👆👆 Istimewanya ayat ini terkait kes zaman sekarang yang ibu bapa pun tak mampu nak Jaga anak² kecil.
Ye lah, pergi ke rumah pengasuh, anak² juga diuji macam².
Bila membaca ayat ini, melihat betapa perlunya ibu bapa terhadap Allah, agar Allah yang menjaga keselamatan anak-anaknya dalam bentuk fizikal, intelektual (perang Minda) mahupun spiritual (imuniti Iman). Biar Allah yang memelihara keturunan & generasi kita.
Dalam zaman yang bahayanya hadir dari segala arah, semudah paparan YouTube di gadget anak², ibu bapa itu sangat mengharapkan Allah untuk terus memelihara keturunannya.
Justeru, untuk layak mendapat penjagaan Allah, teladanilah para Nabi.
Mereka adalah muhsinin (berbuat Ihsan. Berbuat baik pada org lain. Infaq kpd org lain). Nak describe muhsinin Tu apa, sangat luas dlm Quran.
Tapi, dengan menjadi muhsinin, moga² ibu bapa layak diterima Allah, sehingga Allah yang menjaga, memelihara keturunan, anak² kita. Dalam keadaan kita tiada 24 jam di Sisi anak-anak.
Lihat sahaja Nabi Yaakub. Terpisah daripada anaknya (Nabi Yusuf) sejak kecil. Tapi. Allah memelihara anaknya physically, intellectually bahkan spiritually. Dalam keadaan si bapa jauh, tak mampu didik anak, Nabi Yusuf berjaya menjadi manusia yang soleh, kuat menjaga hawa nafsunya, bertaqwa kepada Allah.
Teringat juga teladan dalam surah Al-Kahfi. Saat Nabi khidir nak jaga harta anak yatim atas perintah Allah. Kerana ibu bapa tersebut adalah org yg soleh. Itu menjadi asbab keturunannya dipelihara Allah.
Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu; dan di bawahnya ada “harta terpendam” kepunyaan mereka; dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu , sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka). Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya.
Al-Kahfi, 18 : 82
Jadi, nak anak² dijaga Allah? Peduli menjadi muhsinin. Peduli menjadi manusia yang beramal soleh. Moga-moga Allah memelihara, menjaga anak² kita.
Ok.
Sekian curhat hari ini .
Moga mendapat sesuatu.
(Nota ditulis sepanjang perjalanan LRT KJ37 kembali ke KJ1)