Banyak sangat aku belum infaq

Nama surah dan no ayat
57) Al-Hadiid 29 : Ayat 7

Artikel ini ditulis oleh Fazrul

Ada masa rasa penat

Ada rasa tidak layak untuk memegang banyak jawatan dan amanah dalam hidup ini.

“Kau tu bukan baik sangat.”
“Kau tu bukan mengaji tinggi sangat dalam bab agama, tapi nak tunjuk baik.”

Adakah saya perlu berhenti dari meneruskan kebaikan yang dibuat lantaran banyak sangat kelemahan yang ada? Adakah saya perlu mencari ruang di tempat lain lalu berhijrah ke tempat orang tidak kenal?

Allah memujuk saya dalam Surah al-Hadeed ayat 7.

Allah menyeru saya dua perkara: beriman dan infaq.

Saya perlu percaya kepada Allah yang menentukan saya di tahap ini. Saya yakin Rasul juga suka saya menyampaikan mesej kebenaran menyambung tali perjuangan beliau. Saya yakin Allah tahu kelemahan diri saya. Ya Allah, mohon untuk tunjuki diri ini.

Infaq? Allah kata infaq dengan apa yang diberi saya kuasa. Apa yang dikurniakan itu bukan milik saya. Kuasa pada mata, telinga, keluarga, kereta, minda yang boleh berfikir, boleh mengkaji dan bercakap itu semua adalah kuasa yang dipinjamkan oleh Allah. Saya perlu infaqkan sebahagiannya. Gunakan untuk manfaat orang lain.

Sungguh banyak yang belum saya infaqkan. Ada masa saya infaq, saya ungkit pula, nauzubillah. Ketika jiwa tidak stabil, itulah masa mudah untuk mengungkit dan menyakitkan hati orang yang saya beri infaq. Paling banyak pada ahli keluarga.

Oh sebenarnya saya kena baiki perkataan dan perbuatan saya agar makin sabar dan tidak mengungkit atau menyakiti orang sekitar saya. Sudahlah banyak potensi pinjaman Allah saya tidak infaq, malah kini suka menyakitkan hati orang.

Ya Allah, pimpini diri ini. Untuk iman dan infaq agar mampu menggapai ganjaran besar dariMu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.