Infaqku kepadamu

Nama surah dan no ayat : 57) Al-Hadiid 29 ayat 7

Artikel ini ditulis oleh Sofea

*****

Coretan ini untuk hamba yang hina…

Keimanan kita kepada Allah dan Rasulullah perlulah tinggi dan mematuhi apa yang disuruh seperti menginfaqkan harta.

Bukan sahaja boleh menginfaqkan harta,malah menginfaqkan ilmu juga satu sedeqah.

Jelasnya disini,menginfaqkan harta adalah satu amanah bagi kita kepada orang yang fakir miskin.Dan bagi siapa yang menginfaqkan harta di jalan Allah (niat) nescaya Allah akan menggandakan pahala kepada kita.

“Ya Allah,bantulah aku untuk sentiasa menginfaqkan harta ke jalanMu, dan memberi kemudahan kepada orang lain…”