Mama dan Makan

Nama surah dan no ayat : 57) Al-Hadiid 29 ayat 7

Artikel ini ditulis oleh Yusra Adilah

*****

“Jom pergi makan kambing bakar. Mama belanja!” Si ibu beriya-iya mengajak anaknya

“Jom!” Laju saja anak-anak mama, membalas WhatsApp ajakan mama tu.

Begitulah seadanya sifat mama yang sangat suka belanja kami anak menantu dan cucu-cucunya makan, sedangkan kami semua sudah bekerja, ada pendapatan sendiri.

Kadang-kadang, rasa malu pula. Tapi kami ikut kan juga, sebab itu salah satu cara dapat bahagiakan dia. Kalau difikir logik akal, berapa sangat pendapatan mama yg bergantung duit pencen arwah abah tu. Tak sampai hati kami nak buat mama keluar duit.

Sungguh, mama ni murah betul rezekinya. Sentiasa ada je yg masuk.

Betullah apa Allah SWT kata dalam Surah Al-Hadiid 57:7 yg bermaksud

“Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan nafkahkanlah sebahagian dari hartamu yang Allah telah menjadikan kamu menguasainya. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu dan menafkahkan (sebahagian) dari hartanya memperoleh pahala yang besar”

Mama menggunakan kuasa veto, memanggil anak menantu balik untuk ajak makan. Allah sentiasa melipat ganda rezeki mama baik dari segi material, fizikal, kesihatan, harta dan sebagainya.

Selamat hari ibu buat mama!