Coretan untuk DiriCUD Belum Disemak

ENAK CHEESEKUT INI

Nama surah dan no ayat
49) Al-Hujuraat 18 : Ayat 12

Artikel ini ditulis oleh Norzalyana

Coretan untuk diri ku…

“Mula2 celup biskut dalam susu dan susun biskut, lepas tu letak cream cheese. Akhir sekali, letak lapisan nestum atas sekali.” demo daripada teacher Aina.

“Kalau biskut pecah boleh buat ke juga?” tanya anak2 tadika.

“Boleh, letak je susun sebab nanti dah tutup tak nampak dah. Tutup cantik2.” jawab teacher Aina.

>>> Lepas masuk peti ais sejam.
“Subahanallah, sedapnya.” 😍😍😍
>>> Seronok anak2 makan cheeskut buatan sendiri

Tiada siapa pun yang perasan, yang pada asalnya, ada biskut pecah dalam cheeskut tu kan??? 🤣🤣🤣

=============================

Hidup ini, sebagai seorang manusia pendosa, ada baik pasti banyak juga buruk dan aibnya. Kita dipandang baik bukan kerana kita benar2 baik tapi kerana Allah izinkan aib kita ditutup.

Kita sendiri pun, sangat dituntut untuk menutup aib sesama manusia. Adalah berdosa membuka aib orang lain.

Seperti biskut tadi. Ada yang sempurna rupanya dan ada yang pecah2, dah tak berapa cantik. Namun, apabila kita menutupnya elok2 dengan lapisan cream cheese, tertutup sudah pecah2nya. Dihias pula dengan nestum. Cantik. Dah siap disejukkan, dimakan pula. Enak dan sedap.

Aib orang yang kita tahu, tutup seraapt-rapatnya, rahsiakan. Bukan dicanang dan distory mory kan, tau. Umpama kita tutup cream cheese dan hias dengan nestum lagi.

Aib orang yang kita tak tahu pula, janganlah pergi diselidiki. Usahlah dikorek aib orang walau sedikit apatah lagi ke akar umbi. Ada ke antara kita, sebelum makan cheesekut, ‘check’ dulu biskut asal pecah ke tak?

Takde, kan? Kita terus ‘ngap’ sambil menikmati rasanya yang enak. Sambil pejam-pejam mata dan tergeleeng-geleng kepala. 🤣Subhanallah. Selak cream cheese tu puan tak.

Al-Hujurat 49:12

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱجْتَنِبُوا۟ كَثِيرًا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ ٱلظَّنِّ إِثْمٌۖ وَلَا تَجَسَّسُوا۟ وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًاۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan JANGANLAH kamu MENGINTIP atau MENCARI-CARI KESALAHAN dan KEAIBAN  ORANG; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya ALLAH PENERIMA TAUBAT, lagi MAHA MENGASIHANI.

Sedarlah Zalyana, kau manusia, mereka pun manusia. Kau ada aibmu, mereka ada aib mereka. Kau ada salah silap buruk mu, mereka jua begitu. Maka tutuplah sebaiknya aibmu dan aib mereka.

Banyakkan istighfar. Bertaubatlah. Hanya Allah yang menerima taubat. Moga Allah ampunkan salah silap dosa kita dan mengasihani kita.  Astaghfirullahal’azim. 😌😌

Maka, apa dan di mana ‘enak’ dan ‘sedap’nya apabila kita menjaga aib orang? Bahagianya tiba bila Allah jaga aib kita. Malah, bukan aib itu terjaga didunia sahaja, malah hingga ke akhirat. Alhamdulillah. Bahagianya. 😍

Hadith At Tirmidzi ada meriwayatkan :
مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ فِي الدُّنْيَا يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَمَنْ سَتَرَ عَلَى مُسْلِمٍ فِي الدُّنْيَا سَتَرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَاللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ

“Barangsiapa yang meringankan (menghilangkan) kesulitan seorang muslim kesulitan-kesulitan duniawi, maka Allah akan meringankan (menghilangkan) baginya kesulitan di akhirat kelak. Barangsiapa yang memberikan kemudahan bagi orang yang mengalami kesulitan di dunia, maka Allah akan memudahkan baginya kemudahan (urusan) di dunia dan akhirat. Dan BARANGSIAPA YANG MENUTUPI (AIB) SEORANG MUSLIM SEWAKTU DI DUNIA, MAKA ALLAH AKAN MENUTUP (AIBNYA) DI DUNIA DAN DI AKHIRAT. Sesungguhnya Allah akan senantiasa menolong seorang hamba selalu ia menolong saudaranya.”

Wahai Zalyana, si insan pendosa.. Mudahkan urusan orang, Allah akan mudahkan urusan kita. Ringankan kesusahan orang, Allah hilangkan kesushana kita. Bukan di dunia je. Di akhirat jua. Allah..

Habluminannas…. Zalyana, sentiasa jaga hamba Allah, moga Allah jaga dan redha diri ini. Amin, amin ya Rabb.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.