Apa beza laptop dengan manusia?

Nama surah dan no ayat
3) A-li’Imraan 200 : Ayat 27

Artikel ini ditulis oleh Norzalyana

“Allah, laptop ni dah nazak dah. Sparepart dah tak de. Buat2 kerja tiba2 terpadam. Bila hidup balik, MasyaAllah, hilang semua kerja.😂 Nampak gaya kena juga la beli yang baru 😂 Stressnya! 😂😂😂”

KITA & LAPTOP
😊Kita pun makin lama makin tua dan lemah macam laptop. Kurang efektif, lambat, semput.
😊Bila2 je boleh terpadam (mati). Allahu, dengan masih memikul hutang dan dosa?
😊Hidup memberi manfaat, meninggalkan legasi saham akhirat. Bantu mudahkan urusan orang. BUKAN menyusahkan.

😊Allahuakbar! Boleh tak rasanya jika ALLAH kata nak GANTI KITA DENGAN KHALIFAHNYA YANG BARU?

MasyaAllah tiada yang mustahil bagi Allah. Kun faya kun. Sedangkan Allah gantikan siang dan malam, malam dan siang setiap hari mengikut aturan masa (without fail).

Surah Ali Imran, ayat 27.
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ ۖ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ ۖ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ
“Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya”.

Kalau laptop diganti baru, laptop kelak takkan dihisab. Tapi kalau manusia Allah gantikan yang baru, kita TETAP AKAN DIHISAB. Maka, bersediakah kita??? 😭

🔰Ya Allah, sebelum Kau menggantikan kami, izinkan kami berjihad demiMu. Kurniakanlah kami kekuatan untuk istiqomah fisabilillah. Pandanglah kami dengan pandangan rahmat kasihMu. Pilihlah kami menjadi ahli jannahMu. 🔰

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.