CORNFLAKES MADU DAN MANUSIA

Nama surah dan no ayat
24) An-Nuur 64 : Ayat 55

Artikel ini ditulis oleh Norzalyana

Coretan untuk diri sebagai khalifah Allah :

“Ala, senang je buat cornflakes madu.”

Dalam membuat cornflakes madu ni, ianya bukan sekadar mengambil, mencampur, mengadun dan memasukkan.

Yang lebih penting adalah proses beberapa bahan menjadi satu bahan lain :
🍿 Cornflakes + madu + butter = cornflakes madu.

Menjadi seorang khalifah, bukan sekadar menjadi manusia. Ia memerlukan pakej yang lengkap/hampir lengkap walau pastinya tak sempurna.

Apakah pakej itu??
Beriman + Beramal soleh + Berkuasa + Berjihad menguatkan dan mengembangkan agama + Membawa keamanan + Beribadat kepada Allah + Tidak mempersekutukan Allah = Khalifah.

Adunan yang membentuk khalifah ini adalah merujuk kepada Surah An-Nur, Ayat 55 :

وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ لَيَسۡتَخۡلِفَنَّهُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ كَمَا ٱسۡتَخۡلَفَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمۡ دِينَهُمُ ٱلَّذِي ٱرۡتَضَىٰ لَهُمۡ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّنۢ بَعۡدِ خَوۡفِهِمۡ أَمۡنٗاۚ يَعۡبُدُونَنِي لَا يُشۡرِكُونَ بِي شَيۡـٔٗاۚ وَمَن كَفَرَ بَعۡدَ ذَٰلِكَ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡفَٰسِقُونَ
Allah menjanjikan orang-orang yang BERIMAN dan BERAMAL SOLEH dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang MEMEGANG KUASA PEMERINTAHAN DI BUMI, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan MENGUATKAN dan MENGEMBANGKAN UGAMA mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka KEAMANAN setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus BERIBADAT kepadaKu dengan TIDAK MEMPERSEKUTUKAN sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.

MasyaAllah.. Andai adunan cornflakes madu tidak lengkap, mana mungkin cornflakes madu dimakan enak.

Maka, andai adunan menjadi khalifah (QS 24:55), tidak lengkap teradun dengan baik, mungkinkah kita mampu menjadi khalifah Allah yang baik??

Responsibilities of being khalifah :
💪 Make myself good.
💪 Make myself benificial to others.
💪 Take good care of environment.

Ya Allah, aku hanyalah hambaMu yang lemah. Tiada daya bagiku tanpaMu. Ya Rabb, jadikanlah aku khalifah umat Muhammad yang beriman dan beramal soleh

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.