MULUT SEORANG ISTERI DAN IBU

Nama surah dan no ayat
2) Al-Baqarah 286 : Ayat 264

Artikel ini ditulis oleh Norzalyana

Bismillahirrahmanirrahim.

Coretan untuk diri ku….

> Kehidupan kita di muka bumi ini adalah untuk berkhidmat. Selagi bernafas selagi itulah kita perlu dipergunakan. Memberi manfaat dalam setiap detik masa.

> Inilah namanya INFAQ. Besarnya ganjaran bagi mereka yang mengamalkan infaq.

Surah Al Bakarah ayat 261.
مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

> Infaq bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit. Infaq masa, infaq ilmu dan infaq tenaga adalah MURAH dan PERCUMA. Namun, apa yang rugi adalah apabila berlaku RUNGUTAN & UNGKITAN secara sedar atau tanpa sedar.

> Almaklumlah manusia. Terutamanya perempuan2, isteri2. Bila letih, penat, tambah2 tak dihargai. Mulut mulalah ringan je berkata2. Membebel tak henti.

Lantas Allah berfirman dalam Surah Al Bakarah ayat 264.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُمْ بِالْمَنِّ وَالْأَذَىٰ كَالَّذِي يُنْفِقُ مَالَهُ رِئَاءَ النَّاسِ وَلَا يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۖ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ صَفْوَانٍ عَلَيْهِ تُرَابٌ فَأَصَابَهُ وَابِلٌ فَتَرَكَهُ صَلْدًا ۖ لَا يَقْدِرُونَ عَلَىٰ شَيْءٍ مِمَّا كَسَبُوا ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.

> Astaghfirullah… Ruginya… Dahlah penat berkhidmat. Mengemas, bekerja, ambil anak, masak, kerja pejabat, urus dan sediakan anak sekolah. Tiba2 tak dapat apa2.

> MasyaAllah. Betapa kita mengharapkan penghargaan manusia, kita lupa penghargaan Allah menanti di sana.

> Sedangkan Allah menghargai setiap apa yang kita lakukan, infaqkan kerana Allah, ke jalan Allah walaupun sedikit, sekejap, setitik atau sekelumit. Sesungguhnya Allah Al Basir Maha Melihat dan Allah As Syakur Maha Menghargai.

Surah Al Bakarah ayat 265.
وَمَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ وَتَثْبِيتًا مِنْ أَنْفُسِهِمْ كَمَثَلِ جَنَّةٍ بِرَبْوَةٍ أَصَابَهَا وَابِلٌ فَآتَتْ أُكُلَهَا ضِعْفَيْنِ فَإِنْ لَمْ يُصِبْهَا وَابِلٌ فَطَلٌّ ۗ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan.

> Ya Allah. Betapa selama ini sering menjadi hamba yang rugi. Ampuni kami Ya Rahman. Allah AnNuur, Yang Maha Bercahaya, terangilah hati kami dengan cahaya kesyukuran dan ketenangan. Amin ya rabbal alamin..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.