Syukurku Pasca Aidil Fitri

Nama surah dan no ayat
55) Ar-Rahmaan 78 : Ayat 4

Artikel ini ditulis oleh Syahrul-Niza

Aidil Fitri 1440H merupakan tahun ke 22 Haris dan Asma melayari bahtera rumahtangga bersama. Cuma tahun ini Haris merasakan rasa syukur ini perlu lebih dizahirkan apatah lagi dengan 4 cahaya mata yang dikurniakan oleh Allah.

Selepas puas berhari raya di kedua – dua kampung Haris kembali berkerja, usai Solat Asr, Haris berdoa bersungguh – sungguh agar ditunjukkan jalan.  Tetiba dia teringatkan pesanan Ustaz Kamil, untuk mencari kasih sayang dari Surah ArRahman.

Ketika tahajud Haris membacakan 4 ayat pertama Surah ArRahman, menyelak – nyelak tafsir, tanpa disedari airmatanya mengalir setelah merasakan Allah Yang Maha Pengasih telah mengajarkan Al Quran dan juga mengajar pertuturan. Ya Allah, inikah tujuan hidupku? Kepetahan berkata – kata ini untuk menerangkan Kalam-Mu yang suci? Haris melafazkan pertanyaan ini tanpa disedari.

Esoknya, Haris mengajak Asma dan anak – anak berbincang untuk merangka pelan tindakan untuk belajar Al Quran, semoga Allah bimbing keluargaku ke arah jalan yang diredhai.  Dia amat bersyukur kerana pada usia hampir mencecah 50 tahun Allah lorongkan hatinya ke jalan ini.

Semoga Allah terus membimbing diri ini dan keluarga untuk istiqamah dan seterusnya menyampaikan kepada yang lain.  Haris tekad untuk sentiasa menyebut rasa syukur untuk setiap nikmat yang dipuji oleh sahabat – sahabatnya agar mereka pun merasai segalanya datang dari Allah.

Terima kasih Ya Allah, kerana memberi makna kepada Aidil Fitri tahun ini, bisik hatinya berkali – kali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.