Coretan untuk DiriCUD Belum Disemak

I Wonder Why The Bird Fly In V Shape?

Nama surah dan no ayat
16) Al-Nahl 128 : Ayat 78

Artikel ini ditulis oleh Afida

I Wonder Why The Bird Fly in V shape?
===================================

Sekilas Coretan Disuatu Petang.

***
Berbual dgn sahabat yg tinggal di UK, dia memberitahu musim luruh adalah musim Favorite nya setiap tahun.. Saya rasa pelik sket, sbb biasanya musim luruh kan semua pokok daun gugur and berwarna coklat.. Then dia mengatakan, dia suka musim luruh sebab suka tgk “Bird Fly in V Shape”.

Saya pun terus ‘DING’ berfikir2 dlm otak ni.. A’ah la, tak terfikir pulak ttg ni.. Maybe sbb kita di Malaysia bukan negara bermusim, jd ia bukan fenomena yg biasa dpt dilihat. Namun saya selalu tgk National Geography and Movie, ada scene2 burung terbang V formation.

So why Bird fly in V shape? 🤔

Sy bertanya dgn sahabat itu,
“knp ye burung terbang V shape?”

Beliau jawab secara ringkas
“Oh ni utk reduce aerodynamic drag.
Bila manusia mula buat kapalterbang dan mula terbang dekat2, baru la kita tahu memang terpaksa terbang in V.
Malah ini rasanya yg awal2 di ajar pd pilot cadet.”.

Kemudian saya pun terus google mencari information ttg ini.. Jari laju menaip di keyboard, “Why Bird Fly In V Shape” – Enter- ….. And tadaaaa, byk article yg telah ditulis di barat ttg ini.. Salah satunya blh anda baca article dikeluarkan oleh National Geographic ini.

Jemput baca ya.. 😀

https://www.nationalgeographic.com/science/phenomena/2014/01/15/birds-that-fly-in-a-v-formation-use-an-amazing-trick/

Saya pun Terus rasa WOW dgn ciptaan Allah ini.. 😮

Dalam article diatas, kajian yg telah dibuat oleh Henri Weimerskirch pada 2001 mengenai ini.. Namun walau sehebat mana pun kajian mereka ini, masih ada soalan yg mereka tidak mendapat jawapannya..

Sebab ape? Kerana jawapan itu hanya Allah yg menciptakanya sahaja yg tahu.. 😍

Lihat bagai mana Allah s.w.t menciptakan sesuatu itu dengan info intellectual yg Amazing untuk kita manusia berfikir, research dan berinovasi dengannya.. Bukan itu sahaja, Allah juga telah berikan Buku Nota Yg sgt Hebat segala Data2 maklumatnya pada kita iaitu Al Quran utk kita lebih fahami dan berinteraksi..

Dalam Surah An Nahl ayat 78&79, telah dinyatakan Antara misi sebagai manusia, kita diberikan kesempurnaan oleh Allah utk kita melihat, mendengar dan berfikir dgn hati yg nurani.
Allah dah bagi Nota juga selepas ayat 78, utk kita perhatikan burung2 terbang bebas di angkasa.. Allah dah bg Nota Tips lagi tu suh kita PERHATIKAN, maka apa lg yg hendak kita Dustakan Nikmat yg Allah berikan ini???

Masyallah, Hebatnya Nota Allah Ini..

An-Nahl 16:78

وَٱللَّهُ أَخْرَجَكُم مِّنۢ بُطُونِ أُمَّهَٰتِكُمْ لَا تَعْلَمُونَ شَيْـًٔا وَجَعَلَ لَكُمُ ٱلسَّمْعَ وَٱلْأَبْصَٰرَ وَٱلْأَفْـِٔدَةَۙ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

An-Nahl 16:79

أَلَمْ يَرَوْا۟ إِلَى ٱلطَّيْرِ مُسَخَّرَٰتٍ فِى جَوِّ ٱلسَّمَآءِ مَا يُمْسِكُهُنَّ إِلَّا ٱللَّهُۗ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَٰتٍ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang melayang-layang di angkasa? Tiada yang menahan mereka (dari jatuh) melainkan Allah; sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.

*******

Namun Dalam Surah Al Mulk juga ada Nota AMARAN..

Al-Mulk 67:19

أَوَلَمْ يَرَوْا۟ إِلَى ٱلطَّيْرِ فَوْقَهُمْ صَٰٓفَّٰتٍ وَيَقْبِضْنَۚ مَا يُمْسِكُهُنَّ إِلَّا ٱلرَّحْمَٰنُۚ إِنَّهُۥ بِكُلِّ شَىْءٍۭ بَصِيرٌ

Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Bila dah lihat bagaimana cara burung terbang buka tutup sayapnya itu, adakah setakat itu sahaja?

“Owhh mcm tu burung terbang”.. Kemudian Dah tak fikir lg?

Burung pun meletakkan kebergantungan yg SANGAT TINGGI kepada Allah s.w.t dalam hal ia terbang..

Namun kita manusia?
Dimanakah letaknya Nilai Kebergantungan kita kepada Sang Pencipta?

Adakah kita betul2 meletakkan Keyakinan dalam setiap Urusan kepada Sang Pencipta?

Atau kita meletak kan berharap kepada manusia dan harta?

Astaghfirullah… Ya Allah Maafkan aku kerna hati dan akal ku sasar sebelum ini..

Insyallah akan afida tazakkur (amal/action) dgn ilmu yg telah di pelajari.. ☺

Semoga Afida istiqomah dalam amalnya dan menjadi seorang muslimah solehah yang berjaya dunia akhirat. Ameen..

Ps: Teringat Bulan lepas sy menonton movie cartoon Duck Duck Goose yg sy download di laptop… Di dalam cerita ini ada banyak pengajaran yg boleh kita belajar and fikirkan.. Sesuai utk tonton bersama anak2 sefamily..

#JourneyToBeAmazingKhalifah
#nukilanQalbu
#ayatcintadariAllah
#iwonder

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.