Wahai Ubun-ubunku..
Nama surah dan no ayat : 96) Al-‘Alaq 19 ayat 15
Artikel ini ditulis oleh rohanah
*****
كَلّا لَئِن لَم يَنتَهِ لَنَسفَعًا بِالنّاصِيَةِ
“Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan meyeretnya ke dalam neraka)”
(Al Alaq:15)
كَلّا
“Janganlah dia buat begitu – Akibatnya sangat bahaya kalau dia teruskan
ناصِيَةٍ كاذِبَةٍ خاطِئَةٍ
“Ubun-ubun orang yang mendustakan lagi derhaka”.
(Al Alaq:16)
Ayat diatas diturunkan kepada nabi Muhammad SAW pada abad ke tujuh. Ayat ini diturunkan setelah Abu Jahal memberi amaran kepada Nabi untuk tidak solat dihadapan kaabah dan berbagai larangan lagi. Kemudian Allah menurunkan ayat ini sebagai amaran kepada Abu Jahal dan secara umumnya kepada sesiapa sahaja yang menolak seruan Nabi kearah menghayati isi kandungan al-Quran. Apa yang menarik ialah amaran Allah yang menyatakan akan menarik ubun-ubun orang-orang yang mendustakan al-Quran. Mengapakah Allah menggunakan perkataan ubun-ubun atau dalam bahasa inggeris frontal lobe. Mengapa bukan anggota lain dari tubuh manusia seperti tangan atau kaki etc?
Menurut Kajian sains di dalam buku Essentials of Anatomy and Physiology
menunjukkan bahawa bahagian ubun-ubun ini lah yang bertanggungjawab sebagai mastermind untuk berfikir, merancang tindakan dan memberi motivasi serta mengerakkan anggota tubuh badan yang lain untuk mengambil tindakan seterusnya. Bahagian inilah yang akan di tarik sekiranya dia tidak berhenti melaksanakan rancangan buruk yang telah difikirkannya.
Berbagai kajian sains yang dijalankan juga menunjukkan bahawa bahagian ubun -ubun ini juga bertanggungjawab dengan fungsi berbohong di dalam otak. Satu kajian di Universiti Pennsylvania di mana beberapa orang sukarelawan ditanya beberapa soalan telah membuktikan aktiviti di ubun-ubun sangat tinggi dikala mereka berbohong semasa menjawab soalan yang ditanya.
Fungsi otak di ubun-ubun ini hanya diketahui dengan menggunakan medical imaging equipment yang direka cipta pada abad ke duapuluh..SUBHANALLAH..
Terfikir… Siapakah yang lebih mengetahui design ciptaan rekaannya melainkan pereka design itu sendiri. Kita tidak tahu design sesuatu benda melainkan kita sendiri yang menjadi designer pada produk tersebut.
Terfikir..Kita memarahi seseorang kerana menganiaya orang lain tetapi tidakkah kita terpikir apa yang ada di ubun-ubunnya yang menyebabkan dia menjadi orang yang zalim dan menganiaya orang lain.
Terfikir.. Kita melakukan dosa dan menzalimi diri kita sendiri dan orang lain di sekililing kita.. adakah kerana kita jahil dan kurang ilmu atau kita ada ilmu tetapi memang degil dan sengaja tidak mahu mengikuti kebenaran itu..seperti Abu Jahal?
Terfikir,…Adakah selama ini kita telah menggunakan frontal lobe atau ubun-ubn kita untuk mengenali siapa diri kita, apa tujuan hidup dan apa erti kehidupan/keujudan kita di sini?
Terfikir…Adakah kita selama ini telah menggunakan frontal lobe/ubun-ubun kita untuk cuba memahami ayat-ayat tanda-tanda kebesaran Allah yang ada pada diri kita dan di sekeliling kita untuk lebih mengenali Allah, merasakan keujudanNya dan merasakan kebenaran, kebesaran dan keagunganNya..Mengapakah tidak terasa dihati semua itu?
Ayat ini adalah satu ugutan yang dahsyat dari Allah SWT kepada manusia yang diberi akal tapi tidak digunakan untuk berfikir lalu menolak ajaran al Quran. Adakah kita golongan itu? Ayat ini memberi motivasi untuk sentiasa mengambil langkah-langkah seterusnya agar kita tidak tergolong dalam golongan ini..
Allah Ya Sami’, Ya Basiir, Ya Hafiz, Ya Muhaimin,Ya Waliy…Ayat ini menambah keyakinan bahawa Allah SWT tidak sesekali membiarkan hamba-Nya yang berada dalam kebenaran dan yang sentiasa membantu AgamaNya sebagaimana Allah tidak membiarkan NabiNya dianiaya sesuka hati. Ayat ini boleh menjadi “ubat” dan memberi motivasi kepada hamba Allah SWT yang sentiasa berjuang dan sabar dalam perjalanan menjadi insan bertaqwa.