TENANG, PANIK DAN STRESS

Nama surah dan no ayat
7) Al-A’raaf 206 : Ayat 200

Artikel ini ditulis oleh Norzalyana

TERCABAR SAAT PANIK DAN STRESS

6.00pagi
Liat pula anak soleh bangun hari ini. Allahu rabb. Enak dipeluk tilam dan didakap bantal.

“Assalamualaikum, anak soleh, jom bangun mandi, solat subuh.”

Mungkin asbab terganggunya tidur, anak soleh menjadi marah dan mula merengek di pagi hari. Golek-golek, masih belum bergerak dari tilam untuk mandi. Jam dah hampir 6.30pagi.

Ibu mula panik. Bila panik. Tenang pun hilang. “Cepat mandi, nanti Subuh habis. Lambat pula ke sekolah. Bangunlah sayang.” Masih terkawal dalam ketidaktenangan. 🤣🤣

Anak rasa dibebel dan diarah pagi hari. “Dah bangunlah ni.” Nada agak tinggi, emosi marah anak menghantui. Nak masuk ke bilik air, disepak2 pintu toilet. Dah masuk, pintu tak ditutup, air shower dibuka besar, sinki ditakung air. Sambil menyepak2 air di lantai ke luar tandas.

Dengan sabar, mama seru anak soleh untuk menutup pintu. Namun tak diendah. Air makin banyak hingga basah ruang jalan. Di pagi hari, saat segalanya kelam kabut, si anak begitu, si mama hilang PAUSEnya. 😭

“Allahu rabb. Kan dah pesan, tutup pintu, kan kita kena jaga aurat. Malu. Jangan sepahkan air keluar toilet ni. Basah habis. Mama tau, siap mandi, lap air ni semua sampai kering. Kalau tak, tak payah gi sekolah. Tinggal kat rumah.” (Ni kes anak suka sekolah kot. Kalau anak tak suka sekolah, mesti yang seronok ugut cenggini 🤣)

Bicara mama mula bercampur antara ‘The Six Qaulan’ dengan bahasa ugutan. Opss.. Suara mula meninggi. Sangat tinggi. Nak juga tunjuk amarahnya. 😭😭 Allahu rabb. Saat ketenangan berkocak, laju si syaitan datang menghasut.

Astaghfirullah. Mama sedar, namun bicara dah terlepas. Lepas mandi, dilihat anak soleh lap air yang melimpah depan toilet. Alhamdulillah. Mama istighfar. Mama mohon ampun gagal kawal marah mama.

Mama kembali tenang. Anak soleh juga kembali tenang. Tiada lagi rengek tangis amuk dari si anak. Dan hilang sudah kenyaringan suara mama.

Tiba2 bersiap untuk bergerak ke sekolah. Anak soleh panjat meja kecil untuk ambil kunci kereta. Mungkin niatnya memujuk si mama tadi. Tiba2 ditakdirkan Allah, meja kecil tergolek dan anak soleh jatuh terhentak di atasnya.

Mengucap mama. Tanpa sempat mama mendapatkan anak, si anak sambil memegang pehanya yang sakit akibat hentakan jatuh tadi berlari memeluk mama.

“Mama, Asyraf minta maaf. Sebab tadi Asyraf tengking mama. Asyraf sepak air buat mama marah”

Mama yang sedang membalas pelukan anak soleh sambil berselawat terkedu dengan kata2 anak soleh. Ya Allah, bersihnya sucinya hati anak ini. Cepat muhasabah anak kepada silap diri. Tapi, mama.. Masih memilih menyalahkan dan membebel… 😭

Makin kuat pelukan si mama sambil berdoa.
“Ya Allah, anakku, Asyraf ini anak soleh. Aku redha atasnya dunia akhirat. Aku ampunkannya. Ku mohon juga keampunan untuknya daripadaMu, Ya Ghaffur.

Bila di’check’ kecederaan di kaki anak, dipehanya berdarah, kesan berseret dan ada lebam. Allahu anak… Maafkan mama atas amarah mama tadi. Andai mama memilih untuk terus tenang….
============================

Mama, ibu, ummi, mummy dan bonda di luar sana. Tiada kekuatan dan daya upaya kita menjadi seorang ibu yang baik melainkan dengan bantuan Allah. Setiap tutur adalah doa. Maka tuturkanlah kebaikan di setiap masa. Bimbang saat tutur kata kurang indah itulah, terkabulnya bicara. Wana’uzubillah.

Ketika anak buat perangai, bukan anak yang menguji kita, tetapi Allah yang menguji kita. Dalam setiap ujian, Allah kirimkan malaikat untuk melaporkan respon kita terhadap ujian itu.

Kita selalu terbabas. Aana la tu. Bak buku Dr Mohd Fadzillah Kamsah, ‘Syaitan tak pernah amik MC’ 😭. Ada peluang, takde peluang, syaitan tetap bekerja. Lagi laju hasutan si syaitan pada ketika kita marah dan stress.

Al-A’raf 7:200

وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ ٱلشَّيْطَٰنِ نَزْغٌ فَٱسْتَعِذْ بِٱللَّهِۚ إِنَّهُۥ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Kita stress kita panik sebab kita rasa kita yang kawal dan uruskan mereka. Walhal Allah Al Bari, yang menguruskan dan Dialah sebaik2 pengurus. Maka, serahkan pada Allah. Serah dan yakin. 💪

Ya Allah, ampunikan kami atas ketelanjuran dosa kami. Seringkali kami menyahut hasutan musuh kami. Ya Allah, hanya padaMu kami memohon ampun dan kami juga memohon perlindunganMu daripada syaitan yang dilaknat. Lahaulawala quwatailla billah. Amin amin ya rabbal alamin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.