Air Mata Orang Yang Beruntung
Nama surah dan no ayat
22) Al-Hajj 78 : Ayat 77
Artikel ini ditulis oleh Siti zubaidah
Pernah suatu ketika, seorang hamba Allah ni call saya.
Dan pada saat saya memberi salam “Assalamualaikum”, tidak ada balasan salam. Yang kedengaran adalah tangisan yang penuh kesenduan dan kesayuan.
Perlahan-lahan saya bersuara semua. “Allahumma Ya Salaam Ya Mukmin, kurniakanlah ketenangan kedalam jiwa dan roh sahabat ini Ya Allah, dakaplah dia dengan kasih sayangMu ya Rahman Ya Rahim. Sesungguhnya aku yakin dan pasti rohnya sedang merinduiMu Ya Wadud”
Masih lagi tidak ada jawapan balas. Yang ada cuma gema tangisan yang semakin syahdu yang mendalam.
“mungkin dia sedang diuji”, bisik hati saya.
Saya tidak mendesak untuk dia menceritakan apa yang terjadi.
Sebaliknya saya katakan pada dia, “silalah menangis dengan sepuasnya. Lepaskanlah segala apa yang terbuku di dalam hati melalui tangisan ini. Dan jadikan ini tangisanmu yang terakhir kerana makhluk. Selepas ini, biarlah setiap air mata yang gugur di pipimu semata-mata kerana Allah, Kerana mengenang dosa-dosamu kepada Allah, tangisan kerana merindu Allah Ya Waduud, tangisan merintih merayu memohon redha dan restu Allah Ya Rahman Ya Rahim, tangisan mensyukuri setiap nikmat yang diberikan oleh Allah Ya Rahman Ya Syakur. “
Perlahan-lahan suara tangisan yang bergema di corong telefon tadi semakin tenggelam dan hilang.
Alhamdulillah Ya Salaam Ya Mukmin, Allah berikan dia ketenangan.
Tidak ada apa yang diluahkan kepada saya ketika itu, cuma Allah Ya Baarik mengatur lidah saya utk menyuruh dia mengambil wudhu’. Wudhu’ dengan membawa ingatan yg tidak putus-putus kepada Allah, wudhu’ dengan penuh penghayatan dan keinsafan.
Dan kemudian solatlah, rukuk sujudlah di hadapan Allah. Tinggalkan segala hal berkaitan dunia. Bawa roh yang rukuk sujud patuh kepada Allah Ya Qohhar ya Sami’ Ya Baqi Ya Quddus, bawa hati yang fokus dengan solat, bukan menerawang mengingat masalah dan dunia.
Saya teringat sahabat ini pernah menceritakan kepada saya bahawa bisnes dia sedang diuji, sedang dalam cabaran yang sangat dahsyat.
Saya tanya dia, “ada masalah dengan bisnes”, dia diam sejenak dan kemudian menjawap “ye”.
Saya tanya dia, “nak jadi orang yang beruntung?”
Laju dia menjawap, “nak”
Buka Alquran dan cari Surah Al-Hajj ayat 77.
Firman Allah dalam ayat tu.
“Wahai orang-orang yabg beriman! Rukuklah, sujudlah dan sembahlah TuhanMu dan beebuatlah kebaikan agar kamu beruntung.”
“cepatlah dan bersegeralah jadi orang beruntung, ambillah wudhu dan segeralah solat dan istiqomahlah” pesan saya sebelum mengakhiri perbualan kami.
💖💖💖💖💖💖💖💖💖
Awak tahu siapa awak, andai Allah Ya Baarik atur awak baca cerita ni, nanti hubungi saya untuk sesi personal coaching ye. InshaaAllah Ya Baarik Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid.
Ingatlah, Allah tak pernah kejam pada hambaNya. Malah Allah Ya Quddus sangat sempurna mengatur segala perjalanan dan ujian dalam hidup kita supaya kita tak lalai dan hanyut dengan kehidupan kita di dunia ni.
Sayang awak Lillahi Taala.
Ya Rahman Ya Rahim Ya Rauf Ya Karim 💓💓💓