SATE PELBAGAI SAIZ

Nama surah dan no ayat
3) A-li’Imraan 200 : Ayat 14

Artikel ini ditulis oleh Norzalyana

SATE PELBAGAI SAIZ

“Akak, nak sate Small atau Medium?”

Ok.. ni unik. Kedai ni ada sate pelbagai saiz. Fikir2, amik yang medium je. Sebab yang besar takut muak dan tak habis pula. 😆

Sampai je order. Mata tertancap pada order sate Medium meja lain. Sate small tadi dah tak disyukuri kehadirannya. 😨

“Hubby, macam bestlah yang medium. Besar 🤩 Nak try tak?”

Nafsu mula mengetuk pintu hati. Sebab nampak unik, best dan besar. Lain dari lain. Sampai order, excited kejap je. Rasa sama, saiz je besar. Lepastu makan…. tak berapa nak habis. Alhamdulillah bawa balik, habis juga… Hurm.. 😅

=============================
Camtulah kita ni kan, dalam membuat keputusan melawan nafsu.

Mula2, dah ok. Dah buat keputusan atau tindakan untuk berpaksikan akhirat. Niat di hati, nak makan sate. Bersederhana. Wasatiyyah. 😍😍

Tiba2…. Jeng jeng jeng…. Baru ditayangkan sikit nikmat dunia, tawaran hebat, ditunjukkan harta, pangkat dan nama, kita pun terus terpesona. Terlalai dan melalaikan..😭😭😭

Aal-e-Imran 3:14

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَٰتِ مِنَ ٱلنِّسَآءِ وَٱلْبَنِينَ وَٱلْقَنَٰطِيرِ ٱلْمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلْفِضَّةِ وَٱلْخَيْلِ ٱلْمُسَوَّمَةِ وَٱلْأَنْعَٰمِ وَٱلْحَرْثِۗ ذَٰلِكَ مَتَٰعُ ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَاۖ وَٱللَّهُ عِندَهُۥ حُسْنُ ٱلْمَـَٔابِ

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

Walhal, ianya sementara. Hanya besar, cantik dan unik di luar, rasa tetap sama. Malah, menimbulkan muak pula. Subhanallah. Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Pengampun.

Lupa wasatiyyah, jadi pembaziran. Lupa akhirat, jadi dunia. Lupa di sana, hanya di sini. Allahu rabb.. 😭😭😭

Kita sendiri goyah. Tak perlu pujukan, tak perlu promosi dari petugas kedai. Hanya deria sendiri MENAWAN hati untuk bertindak. 😢😢😢

Allah, mampukah diri ini melawan nafsu mengikut dajjal kelak, ketika kering kontang tapi disajikan emas dan kenikmatan?

Mendidik hati adalah proses.
Proses yang istiqomah.
Dan ianya tidak mudah.

Ya Allah, ampunilah hambaMu ini dan bantulah hambaMu ini menjaga iman dan mendidik hati. Amin ya Mujib, ya muqollibalqulub.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.