Tadabbur Ringkas Surah Surah ar ra’d ayat Ayat 22
Ini ialah dari Ain – Teknik Ulul Albab
Tadabbur Surah Surah ar ra’d Ayat Ayat 22
Ayat ke 22 ini menceritakan mengenai ciri-ciri orang ulul albab. Yang mana dalam ayat ini menekankan orang ulul albab ini cirinya ialah orang yang bersabar semata mata kerana Allah, mendirikan solat tepat pada waktunya dan berinfaq daripada harta yang dikurniakan oleh Allah kepadanya sama ada dalam keadaan tersembunyi atau terbuka. Dan orang ulul albab ini menolak perbuatan jahat yang mereka dapat dengan perkara yang baik. Dan sesungguhnya balasan yang mereka akan dapat di akhirat adalah sebaik baik balasan di akhirat kelak.
Tazakkur
Saya mesti belajar untuk menjadi seorang ulul albab seperti mana yang telah digariskan oleh allah dalam quran. Dalam masa yang sama, saya juga memerlukan orang untuk membimbing saya