Tadabbur Ringkas Surah surah Ar-Ra’du ayat 19

Ini ialah dari Nurul – Teknik Ulul Albab

Tadabbur Surah surah Ar-Ra’du Ayat 19
Al-Quran diturunkan kepada semua manusia secara sama rata. Tetapi hanya orang yang mampu berfikir secara sempurna sahaja yang yakin dengan kekuasaan dan ke-Esaan Allah seperti yang terkandung dalam Al-Quran. Manakala orang yang tidak mahu menerima dan meyakini ayat-ayat Al-Quran dia tergolong sebagai manusia yang telah buta mata dan hatinya. Dia dapat melihat kekuasaan Allah tetapi dia tidak mahu mengambilnya sebagai iktibar lalu menolak ayat-ayat Al-Quran.

Tazakkur
Hanya orang yang berakal sempurna sahaja yang mampu memikirkan kekuasaan Allah dan mengambil iktibar daripadanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.